Meriah sungguh majlis sambutan hari jadi anak kepada usahawan terkenal dan ahli politik, Datin Vie Shantie Khan dan Datuk Seri Rahman Dahlan yang diadakan di kediaman mereka.
Kemeriahan majlis anak perempuanya iaitu Vie Raissa yang kini mencecah usia 2 tahun dikongsi oleh Datin Vie di laman Instagram.
“Kalau tak buat her birthday ‘Team Shark Doo Doo’ ni tahun ni, memang takkan terbuatlah for her birthday next year”
Tambahnya lagi, setiap anak perlu diraikan hari lahir mereka walaupun cuma menjemput ahli keluarga terdekat sahaja.
“Sebab pengalaman menjadi ibu beranak 4 ni, masa berlalu terlalu pantas berlalu begitu sahaja. Tahun depan pasti minat da berlainan. Setiap anak-anak saya dulu pun, saya cuma bawa mereka travel atau suprise their birthday only among my family.”
Reaksi anak ketika melihat sambutan hari jadi mereka itu yang paling bermakna bagi Datin Vie.
“Sebab saya nak mereka betul-betul enjoy on their special day. Tapi sebenarnya setiap kali anak-anak birthday, mak-mak yang excited lebih nak tengok face reaction anak-anak bila mereka terkejut dengan apa yang kita buat on their special day kan ? 🥺😅🤭💗”
Rata-rata warga maya mengucapkan selamat hari lahir yang kedua buat Raissa dan mendoakan agar Raissa menjadi anak yang solehah, berjaya dunia dan akhirat.
Datin Vie Shantie Khan mendirikan rumah tangga bersama ahli politik, Datuk Seri Panglima Haji Abdul Rahman bin Dahlan dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Vie Raissa yang kini berusia 2 tahun.
Untuk rekod, Datin Vie pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Dato Eizlan Yusof pada tahun 2007 dan berpisah pada tahun 2015. Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata, Vie Zaara, 14, Zareef Yusof 12, dan Vie Zaalia, 9.
Kredit: Vie Shantie
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!