Melewati Instagram penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada Khamis lalu pastinya cukup terhibur melihat perkongsian Siti sepanjang majlis pelancaran produk terbarunya, Beaukids Aafiyah dan juga sambutan hari lahir Aafiyah yang sudah pun berusia tiga tahun.
Namun apa yang menjadi tumpuan wargamaya pastinya anak sulung Dato’ Siti, Aafiyah yang kelihatan cukup comel dengan busana serba merah jambu.
Meneliti beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh Dato’ Siti, gaya dan raut wajah Aafiyah kini saling tak tumpah seperti ibunya di masa kecil.
Dan ianya turut diakui oleh seluruh peminat Dato’ Siti di Instagramnya. Kata mereka, seolah-olah melihat gambar Dato’ Siti ketika kecil. Comel sekali.
Rata-rata memuji kecomelan Aafiyah, tidak kurang juga yang menggelarkan Aafiyah sebagai ‘Mini Tokti’
Bukan itu sahaja, bahkan kehadiran Aafiyah yang muncul selepas majlis pelancaran berlangsung mula mencuri tumpuan semua. Hadir menaiki kereta Ferrari kecilnya, Aafiyah kelihatan cukup manis, bak puteri yang dinantikan semua.
Tulisan Aafiyah 19 yang tertera pada kenderaan yang dinaiki Aafiyah merupakan simbolik kepada tarikh lahir puteri kesayangan Datuk K dan Dato’ Siti.
Majlis dua acara ini berlangsung dengan cukup meriah mengikut SOP dan garis panduan yang ditetapkan.
Dalam pada itu, Dato’ Siti yang kini sarat hamil lapan bulan berharap proses kelahiran anak keduanya nanti berjalan dengan lancar pada bulan depan.
“Alhamdulillah saya sihat, anak dalam kandungan juga sihat. Doakan proses bersalin berjalan dengan mudah.
” Saya akan berpantang dan berharap pandemik akan segera selesai agar dapat bekerja seperti biasa selepas ini, ” kata Siti ringkas.
Dalam pada itu, si comel Aafiyah juga khabarnya akan muncul bersama Siti mendendangkan lagu-lagu menerusi Medley Klasik Siti (1) yang turut dilancarkan.
Artikel berkaitan: Aafiyah Jadi Kakak. Dah 4 Bulan. Doakan Saya Kuat & Adik Aafiyah Selamat Di lahirkan
Proud Of Her, 2 Kali Saja Tersasar, Pengasuh Kongsi Tip Potty Train Aafiyah
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)