Penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza kembali mencuri tumpuan apabila tampil lebih langsing selepas melahirkan anak kedua. Perubahan itu dapat dilihat menerusi beberapa gambar terbaru dimuat naik di instagramnya pada 1 Syawal baru-baru ini.
Penampilan terbaru Siti itu sekaligus membuatkan ramai pihak khusus peminat beliau teruja dengan gayanya memandangkan penyanyi kesayangan ramai itu baru saja melahirkan anak kedua pada 17 April lalu.
ARTIKEL BERKENAAN [“Sebab Tu Saya Suka Pantang” Menu Sedap-Sedap Belaka, Siti Kongsi Rutin & Menu Berpantang!]
Dalam posting tersebut, beliau mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga,” katanya.
Kebanyakan peminat Siti meluahkan rasa gembira dan ada yang meminta beliau berkongsi tips. Mereka beranggapan mungkin Siti bersedia untuk membuat ‘comeback’ selepas ini.
“Siti Nurhaliza is back guys, cepat dia kurus”
“Macam zaman anak dara dulu, slimnya TokTi”
“Cantiknya tokti kurus-kurus ni mesti nak buat comeback,” tulis peminatnya.
Sementara itu, Siti turut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menjaganya sepanjang dalam pantang serta anak lelakinya, Muhammad Afwa.
ARTIKEL BERKAITAN [“Saya Percaya Kedua-Dua Anak Ini Akan Sayang & Jaga Ibunya..” Sebak Luahan Datuk K]
Dalam tempoh berpantang itu, Siti cukup menghargai Kak Susy dan Kak Yeni yang begitu baik sekali menjaganya selepas melahirkan Muhammad Afwa secara pembedahan sehingga kembali sihat dan bertenaga.
Alhamdullillah, service sangat baik & kak @susy.dinda.940 menjaga saya dari pantang melahirkan Aafiyah sampailah Afwa.. Dah macam keluarga kami.. inshaaallah semoga Allah SWT berkati setiap seorang dari kita semua yang sentiasa berbuat baik & mendapat pahala dibulan yang Mulia ini.
Kredit: Instagram ctdk