Cara didikan anak setiap orang berbeza-beza. Namun bagi Wawa Zainal, biarpun lebih dari mampu, dia mahu ketiga-tiga anak kecilnya mengenal erti kesusahan malah pandai berdikari sendiri sejak kecil.
Malah kata ibu kepada tiga orang cahaya mata ini juga tidak pernah memewahkan anak-anak kecilnya dengan kemewahan dan wang ringgit.
Kata Wawa, dia tidak pernah memanjakan anak-anaknya dengan wang ringgit malah tidak pernah membiasakan untuk dapat apa yang mereka mahukan.
” Saya dan Aeril tak pernah manjakan anak. Kalau mereka nak beli sesuatu, nak beli itu dan ini, kami memang tak pernah biasakan apatah lagi menjanjikan, senang-senang dapat segala-galanya.
“Kalau dia nak, dalam sebulan saya akan bagi peruntukan RM100.
” Kalau dia rasa tak cukup, saya cakap cari duit sendiri,” kongsi Wawa yang turut membenarkan anak keduanya, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa berlakon untuk mencari duit poket sendiri.
Ads
Kata Wawa lagi, anak keduanya itu sanggup bersengkang mata meneruskan sesi penggambaran dari pagi sehingga malam, semata-mata mahu mengumpul duit poket sendiri bagi memberi aksesori Toca Boca yang cukup digemarinya.
Macam-macam ragam, namun itulah cara kita sebagai mak ayah dalam mendidik anak-anak. Bukan memaksa tetapi mahu anak tahu bahawa wang ringgit tidak semudahnya diinginkan tanpa usaha.
Dulu selalu marah, sekarang lebih terkawal
Ketika ditanya mengenai cabaran dalam mendidik anak-anak yang sedang membesar, berkongsi menerusi Live Pa&Ma Gala Moms yang bersiaran pada Ogos lalu, Wawa mengakui dia juga sama seperti ibu lain yang adakalanya sering marah pada anak-anak, kadang kala menangis dan bermacam ragam lagi kala membesar dan mendidik ketiga-tiga anaknya.
Ads
“Kita ni macam-macam emosi ada, lepas marah anak rasa menyesal lepas anak tidur. Itu biasa. Wawa kalau nak marah anak, dulu ye memang selalu marah anak tapi sekarang Wawa ambil pendekatan Aeril yang lebih tenang, marah tapi lebih terkawal.
“Of courselah kita semua nak yang terbaik buat anak. Pada Wawa, Wawa nak anak-anak jadi anak yang berguna pada penciptaNya, biar mereka menjadi anak yang soleh solehah dan sentiasa mendoakan Wawa dan Aeril kelak,” kata Wawa lagi berkongsi.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sumber: Rotikaya
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Inilah nilai sebuah persahabatan bila mana sanggup membantu insan istimewa lain di saat amat memerlukan bantuan.
Tindakan dua sahabat kepada anak istimewa ini seharusnya diberikan pujian bila mana membantu rakan istimewa lain dengan ikhlas ketika anak kecil itu ingin ke tandas.
Perkongsian Sylvester yang memuat naik dua keping gambar anak-anak kecil ini menjentik hati kita. Betapa mulianya kasih sayang dan erti persahabatan anak-anak kita.
Erti sebuah persahabatan. Selepas waktu rehat, semasa menuju ke kelas saya terserempak dengan 3 sahabat ini ( Murid tahun 1).
2 orang rakannya tengah membantu untuk membuka tali pinggang kerana ingin membuang air.
Murid “J” ini sememang nya istimewa. Dia adalah bekas murid saya di prasekolah. Dia masih tak pandai mengurus diri sendiri.
Bahkan semasa di Tahun 1, dia masih lagi menggunakan pampers. Tapi mungkin hari ini dia tak guna pampers. Percakapan dia pun tak berapa jelas (Agak slow).
Tapi yang membuatkan saya bangga dia mempunyai ramai kawan di dalam kelas yang cukup prihatin dengan dia.
Bahkan kadang-kadang kawan-kawan dia sanggup tolong dia beratur untuk ambilkan makanan RMT di kantin sekolah.
Dia juga seorang yang sangat peramah walaupun dia agak lain daripada murid yang lain.
Pendek kata, rakan yang sekelas dengan dia semua memberikan perhatian kepada dia walaupun mereka masih di usia 7 tahun.
Kawan dia itulah yang tolong bukakan tali pinggang dan juga kemaskan semula baju dia bila dah siap.
Selepas itu mereka pimpin tangan balik ke kelas semula sambil ketawa riang.
Peranan seorang ayah mungkin ramai yang terlepas pandang. Salah satu peranan yang sangat besar sebagai seorang ayah adalah untuk menjaga kestabilan keluarganya. Tak mudah menjadi seorang ayah.
Tekanan dirasakan bukan main main kerana di bahu seorang ayah terletaknya :
-Nafkah isteri
-Nafkah anak anak
-Tanggungjawab mendidik agama isteri
-Tanggungjawab mendidik agama anak anak
Kadang para ayah selalu disalah faham bahawa mereka tak ada masalah dalam hidup mereka
Padahal psikologi kebanyakan lelaki, ketika mereka tertekan:
-Mereka lebih memilih untuk diam
-Mereka suka pendam perasaan
-Mereka tunjuk mereka tenang
-Mereka tunjuk mereka kuat
Sedangkan di dalam diri seorang lelaki bergelar ayah juga ada ribut emosi yang melanda.
Terkadang mereka juga kadangkala mengalami ribut emosi (Irritable Male Syndrome)
-Mudah marah
-Mudah melenting
-Mudah merajuk
Tapi kebanyakan lelaki bergelar ayah akan sedaya upaya menutup semuanya demi melihat anak dan pasangannya bahagia
Bukan kerana mereka kuat tapi kerana itulah yang perlu mereka buat untuk menjadi seorang kepala dan ketua rumahtangga
Allahuakbar! Setelah hampir 5 jam terperangkap dalam kereta, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemukan meninggal dunia setelah nenek terlupa cucu ada di kerusi penumpang bahagian belakang.
Kejadian yang berlaku di Sungai Tiram, Ulu Tiram, Johor baru-baru ini adalah kejadian yang diluar jangkaan.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya menerima satu laporan daripada pihak Hospital Sultan Ismail (HSI) mengenai kes Brought In Death membabitkan kematian seorang kanak-kanak berumur 3 tahun pada jam 6.41 petang.
Bawa mangsa ambil kakak di sekolah
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati pada hari sama, nenek mangsa yang berusia 59 tahun membawa mangsa bersama kakak mangsa ke sekolah di sekitar Sungai Tiram lebih kurang jam 1 tengah hari dengan menaiki sebuah kenderaan Perodua Alza.
Beliau berkata, mangsa kemudian ditinggalkan di dalam kereta di rumahnya di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram Johor tanpa disedari oleh nenek mangsa dan enjin kereta turut dimatikan.
Selepas 5 jam nenek baru teringat cucu dalam kereta
Mohd Sohaimi berkata, kira-kira jam 6 petang ibu mangsa menyedari mangsa tiada di dalam rumah dan mencari di sekitar kawasan rumah namun tidak menjumpai.
“Nenek mangsa kemudiannya mula menyedari mangsa berada di dalam kereta dan mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri di lantai bawah tempat duduk belakang.
“Hasil bedah siasat oleh doktor di Hospital Sultan Ismail pada Isnin lalu mendapati keadaan tubuh badan mangsa adalah sihat dan tiada sebarang kesan lebam atau luka akibat didera.
“Doktor mengesahkan punca kematian mangsa adalah disebabkan ‘Heat Stroke Due To Vehicular Entrapment’ iaitu strok haba akibat terperangkap di dalam kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau dengan denda tidak melebihi RM50,000, atau kedua-duanya. – BERNAMA
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Calon SPM maut dalam perjalanan ke sekolah, tak sempat duduki ujian bertutur. Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut dalam perjalanan ke sekolah untuk menduduki ujian bertutur Bahasa Melayu hari ini.