Sebut Nama Penuh, Bisik Di Telinga Anak Dengan Lembut Nasihat & Pujian Ketika Tidur

Share

Tanggungjawab ibu bapa membesarkan anak bukan setakat memberi nafkah makan, minum dan pakaian tetapi lebih dari itu lagi. Berjaya bimbing anak dengan sentiasa menggerakkan hatinya ke arah kebaikan satu bonus besar buat ibu bapa.

Disebabkan itulah, ibu bapa digalakkan untuk melakukan beberapa amalan ini semasa anak tidur bagi merangsang minda separa sedar mereka. Ini sangat penting kerana minda separa sedarlah yang akan membentuk emosi dan peribadi anak secara keseluruhannya.

Setiap malam, apabila anak tidur wiridkanlah “Ya Latif” pada ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau sekurang-kurangnya 100x.

Seterusnya, bacakan surah Al-Fatihah sekali dan surah Al-Insyirah (Alam Nasyrah) sekali.

Bisikkan di telinga anak kita dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru nama penuhnya.

Bisiklah yang baik-baik seperti nasihat, pujian dan luahkan perasaan kasih sayang kita kepada mereka.

Artikel Berkaitan [Sehebat Mana Kita Menjadi Ibu, Amalkan Doa Ini Demi Kebaikan Anak]

Mengikut kajian, percakapan kita kepada anak yang sedang tidur sangat berkesan kepada kesihatan jiwa dan rohnya. Hebatkan! Jadi sama-sama amalkan untuk kebaikan anak kita.

Peliharalah diri anak dengan akhlak yang baik dan sikap terpuji kerana merekalah yang akan mendoakan kita pula selepas ini.

Sumber: Hana Shahadan

Published by
Wan Amy