Masih lagi berada di hospital menjalani rawatan radioterapi, perkongsian Elyana sempena hari bapa baru-baru ini ternyata membuatkan suaminya, Khairul Anuar Husin tersentuh hati.
Khairul berkata dia tidak mahu isterinya itu bercakap tentang siapa yang akan pergi dahulu apatah lagi melihat Elyana tidak pernah berputus asa melawan penyakit kanser limfoma sejak 10 tahun lalu.
“Tentunya, ungkapan ‘biar Bonda pergi dulu dari ayah’ menjentik emosi saya. Memang sedih dan terusik. Cuma, kalau boleh saya tidak mahu Elyana cakap siapa pergi dahulu.
ARTIKEL BERKAITAN [“Biar Bonda Pergi Dulu Dari Ayah.” Sebak Baca Luahan Hati Elyana Buat Suaminya]
“Soal ajal maut, semuanya di tangan Tuhan. Kita tidak mampu menjangka siapa terlebih dahulu dijemput Ilahi. Apa yang penting, saya mahu Elyana terus berjuang melawan kanser limfoma,” katanya kepada BH Online.
Dalam pada itu, Khairul menyifatkan isterinya seorang wanita yang sangat kuat. Elyana juga tidak mahu orang lain tahu dia berdepan dengan kesakitan dan mahu menanggungnya sendiri.
“Sejujurnya, saya tidak sangka Elyana boleh jadi sekuat ini. Kami duduk sebumbung, setiap hari saya melihatnya berjuang melawan kesakitan.
“Ada masa, saya juga sering tertanya-tanya bagaimana isteri boleh jadi sekuat ini. Semangatnya melawan sakit sangat tebal. Namun, ada juga Elyana lemah seperti pesakit kanser lain. Ada ketika, dia jadi ‘down’.
“Cuma mengenalinya, Elyana jenis yang tidak mahu orang lain tahu dirinya sedang berperang dengan kesakitan. Biar sakit ditanggungnya sendiri,” katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan terbaru Elyana, dia memaklumkan berat badannya dah mula naik 7 kilogram.
Sebelum ini Elyana berkongsi beratnya hanya 35 kilogram semasa menjalani rawatan radioterapi. Kini beratnya dah bertambah kepada 42 kilogram.
“Alhamdulillah..Terima kasih yang mendoakan dan yang tak jemu-jemu sedekah makanan pada saya..i love u!”
Sebelum ini, Elyana membuat pendedahan menghidap kanser limfoma tahap empat pada 2017. Elyana dan Khairul Anuar mendirikan rumah tangga pada 2010 dan dikurniakan cahaya mata, Cinta Sumayyah, 10, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia dua tahun.
Kredit: Berita Harian
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-takut-beranak/
FREE je tau Webinar ni!!