Sikap ibu bapa mempengaruhi anak-anak. Apa yang anak lalui masa kecilnya semua akan mempengaruhi keperibadian. Elok yang dia lihat dan dengar, itu yang dia simpan dan jadikan panduan untuk membesar.
Begitu juga dalam mendapatkan ketenangan. Kadang kita sebagai ibu bapa cepat rasa nak marah, gelisah dan sesekali rasa tak kena je. Mungkin faktor penat pun salah satu puncanya. Jadi dalam hal ini cubalah amalan berzikir lepas solat atau waktu terluang.
Hanya beberapa minit kita luangkan, manfaatnya cukup luar biasa untuk hati kita. Mungkin ni juga salah satu terapi ketenangan untuk kita yang menjadi ibu bapa. Dalam zaman sekarang ni ramai yang stres dengan kerja, keluarga dan kewangan. Sekurang-kurangnya dengan cara ini dapat melegakan hati yang kusut.
Bagaimana untuk mendapat ketenangan? Ini yang dikongsikan oleh Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar
Lepas solat kita di suruh berzikir. Biasalah ada yang berzikir. Ada yang bangun terus. Zikir ada kesan langsung pada otak. Kesan hebatnya pada Prefrontal Cortex. Zikir secara khusus tingkatkan aliran darah di PFC.
Ads
Kesannya, otak lebih cerdas. Lebih pantas memproses. Lebih tepat prosesnya. Apa zikirnya? Sebutlah LA ILAHA ILALLAH. Perlahan. Satu persatu.
Rasakan getaran itu. Nikmati kuasa baharu otak. Teruskan alunan itu. Biar sebati dengan diri. Biar menjadi nadi berdenyut tanpa henti.
Ads
Lihat gambar imbasan otak. Belah kanan sebelum. Belah kiri selepas zikir. Otak lebih aktif. Tenang dan damai.
Mohon SHARE. Biar merakyat zikir ini.
Sementara itu, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Ranitururt berkongsi amalan zikir ini setiap pagi boleh beri pahala berlipat kali ganda dan hapuskan dosa lama.
Ads
Setiap pagi, ulangi dan bacalah zikir ini, Allah menyediakan pahala berganda, menghapuskan dosa lama.. bacalah dan ulangilah sahaja, dibibir kita dan dihati kita.. hanya ada DIA.. Allah yang maha kuasa..
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasanya bila dah ada bayi, rutin harian ibu pun mula berubah. Dulu mungkin ada masa sendiri, nak bangun atau tidur ikut suka dan bebas buat apa sahaja. Bagaimanapun, rutin ini hanya dilihat pada wanita yang bergelar ibu semata-mata.
Sebenarnya suami pun tak salah membantu isteri urus anak. Kadang-kadang bila semua beban diletakkan dibahu isteri, itu yang buat golongan ibu cepat rasa stres.
Berikut antara perkongsian dari Zulkifli Mohamed Sharif mengenai tugas menjaga anak yang perlu dibantu oleh suami bergelar ayah.
Jaga baby ni kena bersabar setahun. Bila dah start jalan InsyaALLAH lagi mudah.
Ikut pengalaman lepas.
Memang bapa lebih sesuai untuk ambil tugas syif malam-malam buta. Kalau tak menyusukan anak (sebab kita tak de breast productive) pun jadilah kita buat teman sembang.
Lagipun kita kena pastikan bayi itu tidur secara proper selepas breastfeed. Ye lah kita kena faham ramai para ibu sambil menyusukan anak terus tertidur. Kita yang monitor lah takut tersedak susu dan lain-lain lagi.
Lagipun kita memang tahu .. para isteri ni rasa tak stres sangat lah kalau dia nampak suaminya pun berjaga sambil menguap nguap gitu….. (berlakon prihatin)
The least we can do malam buta boleh lah tukarkan diapers kain atau pampers modern tu. Betulkan selimut dan lain-lain. Manalah tahu perbuatan kita akan menjadi sebab kita akan dapat anak yang akan jaga kita nanti. Bukan tak dapat pahala pun. Pasti tertulis kebaikan.
Ala esoknya kita adalah alasan tertidur masa kerja sebab berjaga. Bos pun tak marah … bagus katanya awak ni tolong isteri dan mesti ada ayat .. biasalah dulu kita pun ngantuk juga setahun.
Sembang bagus tapi susah nak buat.
Tapi siapa dah biasa on call, kerja syif malam mungkin tak berat mana.
Satu cara lagi buat style nurse tu .. every two to three hours set la alarm ….. dapatlah juga kita pahala tengok keselamatan isteri … Isteri pun tak perlu tahu sebenarnya kita berjaga untuk pastikan semua okay. Kalau ada hidayah dapat juga lah solat sunat waktu malam.
Ingat tu SUDDEN INFANT DEATH SYNDROME (SIDS ) ni paling tinggi risiko berlaku pada usia bawah 24 bulan. Jadi kita sebagai bapa ambil lah tugas itu untuk monitor pemberian ALLAH yang kiut miut tu .. dah besar nanti mana ada cute dah.
Dalam kehidupan moden pada masa ini, kita sentiasa berada dalam keadaan stress. Kita mengalami rasa stress tanpa menyedari kita berada dalam stress kerana kita tidak tahu kita berada dalam keadaan stress dan kita tidak merasakan stress ini menganggu kita. Inilah yang dikatakan sebagai stress yang kronik.
Pada zaman silam, orang-orang zaman dulu juga mengalami stress tetapi dalam jangka masalah yang pendek. Sebagai contoh ketika berburu, mereka terserempak dengan harimau. Mereka akan stress. Degupan jantung akan menjadi laju, pernafasan akan bertambah pantas dan tahap gula akan meningkat dalam darah (untuk mendapat tenaga tambahan sama ada untuk lari atau melawan). Keadaan stress ini akan menyelamatkan mereka. Keadaan stress ini akan berakhir apabila mereka selamat kembali ke rumah.
Pada masa sekarang di zaman moden ini kita sentiasa mengalami stress. Kita mengalami pelbagai masalah yang menyebabkan stress dari segi kehidupan peribadi (pekerjaan, kewangan), hubungan suami isteri, anak-anak dan rakan sekeliling kita, dan malah peralatan elektronik seperti telefon bimbit boleh menyebabkan kita stress.
Bayangkan kita bangun awal pagi sekitar pukul 5-6 am ketika kita masih memerlukan rehat (tidur) kerana tidak tidak dapat melelapkan mata malam semalam. Kita terlalu risau dengan pekerjaan dan hal anak-anak kita).
Kita bersiap sedia dengan pantas untuk ke tempat kerja dan menyediakan sarapan anak ke sekolah. Apabila kita memandu di tempat kerja, jalan raya telah dipenuhi dengan kenderaan dan kita berada dalam kesesakan jalan raya. Sedangkan kita sudah agak lambat.
Kita mula gelisah dan mungkin memaki hamun kenderaan yang memotong kita dengan tergesa-gesa atau memandu dengan kelajuan yang perlahan. Kita tengah mengalami stress tanpa kita sedari.
Sampai di tempat kerja, kita pula marah kerana tiada lagi pakir kereta untuk kita. Sampai di meja tempat kita bekerja, seperti biasa kita menjadi sibuk dan tahap stress kita semakin meningkat.
Kemudian bila tamat bekerja, kita cepat-cepat keluar untuk mengambil anak atau mengelakkan kesesakan jalanraya. Kita menjadi stress bila ada pemandu yang meng’hon’ di belakang kita.
Sampai di rumah kita melihat pinggan mangkuk bertimbun dalam sinki, baju berlonggok belum dicuci, ada selonggok kain yang belum dilipat. Kita terus stress sebelum stress kita yang tadi menurun.
Kita pula menyediakan makanan untuk makan malam. Ada anak kita yang telah tertidur tetapi belum mandi lagi. Anak kecil pula bergaduh dengan abang/kakaknya. Kita marah dan stress lagi.
Lepas kita selesaikan semua ini, kita baru hendak berehat setelah menggosok baju, Jam telah menunjukkan pukul 12 atau 1 tengah malam. Bila baru hendak baring di atas katil, kita teringat yang ada barang dalam kereta yang belum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Tentu kita biasa dengan situasi yang lebih kurang begini. Jika ia berlaku sesekali, mungkin tidak mengapa. Tetapi ia berlaku setiap hari, kita mengalami stress yang kronik.
Stress yang kronik, masa tidur kita bukan saja tidak mencukupi tetapi kualiti tidur kita juga teruk, pemakanan kita yang tidak seimbang dan tidak bernutrisi. Kita tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal. Apatah lagi aktiviti kerohanian yang akan membantu kita mendapat ketenangan dan kedamaian.
Kita akan mengalami masalah ketidakseimbangan hormon akibat kerosakan pada kelenjar hormon dalam tubuh kita terutama kelenjar adrenal yang sangat sensitif terhadap stress. Jika ia berlaku bertahun-tahun, kelenjar adrenal kita akan mengalami keletihan. Keadaan ini dinamakan “adrenal fatigue”.
Ini menyebabkan kita akan menjadi lebih mudah mendapat penyakit atau mendapat penyakit pada usia yang lebih muda, berbandingan dengan orang-orang yang terdahulu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rupa paras fizikal sering kali menjadi tumpuan visual yang pertama. Cantik, comel, gebu dan putih adalah antara yang selalu kita dengar. Tidak kisahlah kalau nak puji anak kecil tapi jangan membanding-bandingkan pula dengan adik beradiknya yang lain.
Perkongsian daripada ibu ini membolehkan kita menyelami perasaan bagaimana jika sering dibanding-bandingkan dari kecil. Kata-kata yang dihamburkan mungkin ringkas dan pendek tapi tajamnya menusuk ke sanubari si kecil.
Malah lebih teruk lagi jika ia terbawa-bawa hingga remaja dan dewasa. Yang dipuji disanjung, yang dihina rasa rendah diri dan cemburu. Tiada yang positif tentang membanding-bandingkan ini. Yang ada hanyalah rentan emosi dan pelbagai impak negatif kepada psikologi si kecil. Betapa mudahnya kata-kata ini meranapkan keyakinan diri anak-anak.
Waktu kecil-kecil dahulu, saya selalu juga rasa cemburu dengan adik saya. Sebabnya dia cantik, putih bak salju, pandai belajar pula. Hujung tahun, waktu sekolah rendah dia akan pungut hadiah berkotak-kotak.
Disanjungi ramai cikgu sebab dia pandai dan comel.
‘Rasa’ ni tak datang dengan sendiri melainkan dari mulut-mulut yang lancang suka membandingkan kami berdua.
‘Adiknya macam cina, kakak pula macam keling.’
‘Adiknya cantik, kakak dia kureng la..’
‘Adik cantik kurus. Akak dia gemuk.’
‘KAU HITAM’, ‘KAU BURUK’, ‘PALING TAK CANTIK’
Bayangkan dari umur lebih kurang Insyirah dah di’zikir’kan, ‘KAU HITAM’, ‘KAU BURUK’, ‘PALING TAK CANTIK’ dan sebagainya.
Ibu cerita, waktu saya berumur 4 tahun, filem Dayang Senandung keluar televisyen. Ada satu part, kulitnya yang hitam bertukar menjadi putih, saya yang waktu itu masih kecil tiba-tiba meluahkan, ‘nanti In besar In macam tulah…’
Ayah yang mendengar rasa sayu, kata ayah, ‘pandai pula dia, tahu kulitnya hitam,’
UMUR 4, 5, 6 TAHUN SUDAH BOLEH INGAT
Ya. Jangan ingat dia budak, dia tak faham. Budak kecil bukannya bodoh, dia tahu apa yang kalian hina-hinakan itu. Umur 4, 5, 6 tahun, mereka sudah boleh ingat apa yang orang dewasa lakukan dan katakan kepada mereka.
Luka di dalam hati atas kata-kata yang dilemparkan itu hanya orang yang dihina dan dibanding-bandingkan itu sahajalah yang tahu.
Silap-silap ada kes hingga menjadi penyebab KEMURUNGAN seumur hidup. Kesan lain, boleh menyebabkan LOW SELF-CONFIDENCE.
THE PAIN MIGHT LASTS A LIFETIME.
Bukannya tidak ada orang yang terlalu obses nak kurus dan putih kerana tak sanggup terus kena banding dengan adik beradik. Lebih-lebih lagi jika dia seorang sahaja yang ‘berbeza’ berbanding yang lain.
ANAK JADI PANAS BARAN MEMBERONTAK
Pernah saya jumpa seseorang yang dari kecil mak dia suka membanding dengan abangnya, akhirnya adik perempuan ini tadi berubah menjadi PANAS BARAN, MEMBERONTAK.
Walhal mungkin sifat asalnya bukan sebegitu tetapi perlahan-lahan menjadi sebegitu kerana hatinya merana, mental dan emosinya koyak rabak.
Wahai ibubapa, ingatlah, dosa-dosa anak pada kita hari esok mungkin datangnya dari silap kita kepada anak-anak hari ini. Walaupun kita yang melahirkan mereka, namun, kita bukannya maksum.
Oleh itu, sebelum ibubapa mudah sangat mahu menjatuh hukum seseorang anak itu gagal, celupar, jahat dan derhaka, kadang ibubapa terlupa muhasabah diri mereka mungkin merekalah PUNCA anak-anak menjadi sebegitu. Astaghfirullahal adzhim.
HENTIKAN BODY SHAMING KEPADA KANAK-KANAK
Saya rasa banyak lambakan produk bleaching, suntikan untuk memutihkan kulit, pil itu ini untuk kuruskan badan, mungkin kerana ada golongan yang sampai sanggup sakit demi nak kurus dan putih.
Mungkin juga obses itu datangnya dari hinaan-hinaan seumpama ini sejak kecil. Akhirnya mereka menjadi TERLALU DESPERATE untuk keluar dari kepompong kata-kata hinaan yang pernah diterima.
Siapa tahu kan..?
Oleh itu, saya pinta, kalau sesiapa yang membaca tulisan ini ada sikap negatif sebegini, tolonglah… hentikanlah ‘body shaming’ publicly dan budaya banding-membanding antara adik beradik ketika berkumpul beramai-ramai ini.
YANG DIHINA RASA KERDIL, YANG DIPUJI RASA DIANGKAT
Mak-mak, ayah-ayah, jangan banding-membanding antara anak-anak. Kelak yang DIHINA akan rasa kerdil, yang DIPUJI rasa ‘diangkat’ lalu, terjadilah kurang rasa hormat dan rahmah sesama adik beradik.
Nenek-uwan, atok-atok, jangan laju mulut membanding rupa paras, bentuk tubuh, warna kulit antara cucu-cucu, apatah lagi di khalayak ramai. Malu cucu, terasa hati mak ayahnya. Takut nanti anak menantu dan cucu ‘takut’ nak balik kampung.
Kalau tak tertahan rasa nak memuji, nak mengutuk, nak membanding, BOLEH, tetapi biarlah sekadar di dalam hati. Kerana tak dinafikan ianya banyak memberikan kesan negatif berbanding positif sekiranya diluahkan.
Sebagai manusia, memang kita selalu lupa apa yang kita katakan, tetapi yang mendengar, mungkin tak mampu nak melupakan dan menanggung luka seumur hidup.
So, please be careful with your words!
KEPADA YANG PERNAH DIHINA, MAAFKAN DAN LUPAKAN
Untuk yang pernah terluka, malu, sakit hati dan rendah diri kerana diperkecilkan dan dibandingkan, just remember that, you are unique, you are special. What doesn’t kill you make you stronger.
TRY TO FORGIVE AND LET IT GO.
Maafkan mereka, kasihani mereka. Sekiranya mereka faham, mereka juga malu untuk berbuat demikian kerana seolahnya yang dipersoal dan diperkecilkan itu adalah kurniaan dan ketentuan Tuhan.