Sebutlah LA ILAHA ILALLAH. Setiap Sebutan Itu Nikmatnya Bagus Untuk Otak

Share

Sikap ibu bapa mempengaruhi anak-anak. Apa yang anak lalui masa kecilnya semua akan mempengaruhi keperibadian. Elok yang dia lihat dan dengar, itu yang dia simpan dan jadikan panduan untuk membesar.

Begitu juga dalam mendapatkan ketenangan. Kadang kita sebagai ibu bapa cepat rasa nak marah, gelisah dan sesekali rasa tak kena je. Mungkin faktor penat pun salah satu puncanya. Jadi dalam hal ini cubalah amalan berzikir lepas solat atau waktu terluang.

Hanya beberapa minit kita luangkan, manfaatnya cukup luar biasa untuk hati kita. Mungkin ni juga salah satu terapi ketenangan untuk kita yang menjadi ibu bapa. Dalam zaman sekarang ni ramai yang stres dengan kerja, keluarga dan kewangan. Sekurang-kurangnya dengan cara ini dapat melegakan hati yang kusut.

Bagaimana untuk mendapat ketenangan? Ini yang dikongsikan oleh Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar

Lepas solat kita di suruh berzikir. Biasalah ada yang berzikir. Ada yang bangun terus. Zikir ada kesan langsung pada otak. Kesan hebatnya pada Prefrontal Cortex. Zikir secara khusus tingkatkan aliran darah di PFC.

Kesannya, otak lebih cerdas. Lebih pantas memproses. Lebih tepat prosesnya. Apa zikirnya? Sebutlah LA ILAHA ILALLAH. Perlahan. Satu persatu.

Rasakan getaran itu. Nikmati kuasa baharu otak. Teruskan alunan itu. Biar sebati dengan diri. Biar menjadi nadi berdenyut tanpa henti.

Lihat gambar imbasan otak. Belah kanan sebelum. Belah kiri selepas zikir. Otak lebih aktif. Tenang dan damai.

Mohon SHARE. Biar merakyat zikir ini.

Sementara itu, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani tururt berkongsi amalan zikir ini setiap pagi boleh beri pahala berlipat kali ganda dan hapuskan dosa lama.

Setiap pagi, ulangi dan bacalah zikir ini, Allah menyediakan pahala berganda, menghapuskan dosa lama.. bacalah dan ulangilah sahaja, dibibir kita dan dihati kita.. hanya ada DIA.. Allah yang maha kuasa..

Kredit: Dr Rizal Abu Bakar

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy