46018317 - mother comforting crying daughter, concept of caring parent

Ingatlah bila kita bercakap dengan anak jagalah tutur kata kerana anak mudah mengingatinya. Mungkin perkataan yang kita ucapkan itu juga akan digunakan bila anak bercakap dengan teman sebayanya.

Ibu bapa kena ingat pujian yang keterlaluan juga boleh menyebabkan jadi mudah lupa diri. Walaupun begitu, ada beberapa perkataan yang memang baik diucapkan kepada anak-anak dan ini juga disarankan oleh pakar psikologi Dr Justin Coulson yang juga merupakan pengarang buku What Your Child Needs From You: Creating A Connected Family.

Antara perkataannya adalah:

1. TERIMA KASIH

Ucapan terima kasih dan rasa syukur adalah ayat motivasi yang paling efektif. Perkataan ini dapat membuatkan anak-anak berasa dihargai. Coulson menyarankan ibu bapa untuk mengucapkan terima kasih kepada anda kerana ini akan menjadi contoh baik yang boleh diikuti dan juga membantu membentuk ikatan yang kuat antara ibu bapa dan anak-anak.

2. MAAF, IBU AYAH JUGA MASIH BELAJAR, SAMA SEPERTI AWAK

Ads

Ibu bapa yang sering menunjukkan sikap tahu segalanya dan tidak salah akan membuatkan anak berasa dihakimi dan tidak sempurna. Tetapi, jika ibu bapa melakukan kesalahan dan mengaku salah, ia akan membuatkan anak-anak belajar bahawa kesalahan itu tidak mengapa dan berani mencuba lagi.

Sebutlah Perkataan Yang Baik Bila Dengan Anak. Setiap Kata Itu Membentuk Keperibadiannya Bila Besar

3. BAGUSNYA ANAK IBU AYAH

Ads

Ibu bapa kerap berharap dan meminta prestasi yang baik dari anak-anak. Jika ibu bapa kerap menyokong anak-anak, mereka akan selalu berani untuk mencuba yang terbaik dan tidak berasa rendah diri apabila gagal. Ini pelajaran penting bagi mereka belajar memperbaiki diri.

4. APA PENDAPAT AWAK?

Jika anda ingin memiliki anak yang bertanggungjawab, berilah mereka pegang tanggungjawab. Salah satu cara terbaik adalah memberikan peluang kepada mereka untuk membuat keputusan. Ibu bapa boleh mendorong dan membimbing dengan menanyakan pendapat anak. Jadi, anak boleh memberikan pendapat mereka sendiri.

Ads

5. IBU AYAH SAYANG AWAK

Anak-anak harus dengar perkataan ini setidaknya sekali sehari. Bukan hanya perkataan, ibu bapa harus menunjukkan dan mewujudkan perasaan cinta ketika berkomunikasi. Setiap orang ada cara yang berbeza dalam mengungkap kata cinta kepada anak-anak. Carilah masa dan cara terbaik untuk meluahkan perasaan ini kepada keluarga anda.

Coulson juga turut menyatakan apabila anak-anak sering mendengar perkataan yang baik-baik, mereka akan membentuk peribadi yang berkeyakinan diri, merasa dicintai dan bahagia bersama keluarga sendiri.

Sumber: www.abangbrian.com

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI