Pelakon dan personaliti terkenal, Sari Yanti, sekali lagi mengharungi ujian berat dalam kehidupannya apabila disahkan mengalami kehamilan ektopik buat kali kedua.
Menerusi perkongsian di media sosial, beliau memohon doa daripada orang ramai sebelum menjalani pembedahan yang dijadualkan.
Ads
My second ectopic pregnancy surgery
Alhamdulillah ala kulli hal
Tolong doakan semuanya berjalan lancar ya dan semoga Sari yanti cepat sembuh 🤲🏻🤍 terima kasih semua 🥹
Sari Yanti sebelum ini pernah mengalami kehamilan ektopik dan menjalani pembedahan.Kali ini, beliau sekali lagi diuji dengan situasi yang sama.
Menurut pakar perubatan, wanita yang pernah mengalami kehamilan ektopik mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalaminya semula.Faktor-faktor seperti sejarah kehamilan ektopik, penyakit radang pelvis, dan pembedahan tiub fallopio boleh meningkatkan risiko ini.
Ads
Kami di Majalah Pa&Ma mendoakan agar Sari Yanti diberikan kesembuhan yang cepat dan kekuatan untuk menghadapi ujian ini.Semoga beliau terus tabah dan diberikan rezeki kesihatan serta kebahagiaan bersama keluarga tercinta.
Sekadar info, Sari Yanti mendirikan rumah tangga dengan Jep pada 25 Februari 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir, dan Abu Bakr.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biarpun sedang hamil, isteri tidak mahu menyusahkan suami. Mana yang boleh dia lakukan sendiri, akan dibuat tanpa meminta bantuan si suami. Letih dan seksa ketika hamil, hanya Allah SWT yang tahu. Lihatlah pengorbanan si isteri, bukan mudah bawa zuriat anda di dalam rahimnya sepanjang tempoh kehamilan itu.
Benar anda tidak mampu memindahkan kandungan itu kepada diri anda, tetapi beri penghargaan kepada isteri dengan menunjukkan kasih sayang tidak berbelah bahagi kepadanya.
Bagi wanita hamil, biarpun sedikit bantuan atau ganjaran yang anda berikan kepada mereka, itu sudah mampu mengurangkan kepayahan membawa anak comel di dalam perut. Pernahkah anda mencuba beberapa perkara ini untuk menzahirkan rasa cinta anda kepada isteri yang sedang hamil. Ayuh, kita semak bersama-sama!
BANYAKKAN MEMBACA
Jangan malas. Banyakkan membaca maklumat tentang kehamilan dan sebagainya. Ketika mereka bercerita kepada anda tentang kandungan mereka, sekurang-kurangnya anda tahu apa yang perlu dibuat. Memberi tumpuan kepada cerita mereka dan ada solusi kepada permasalahan mereka akan menunjukkan bahawa anda sudah bersedia dengan tanggung jawab baharu menjadi seorang bapa. Biarpun isteri anda bukannya hamil anak pertama, pastikan anda sentiasa bersedia dengan pelbagai pengetahuan tentang kehamilan sekiranya mereka berkongsi cerita dengan anda.
Ini menunjukkan anda peka dan sentiasa mahu terlibat dalam perjalanan kehamilannya. Apabila anda menemaninya ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan berkala, anda akan tahu dengan tahap kesihatan isteri dan anak dalam kandungan.
Pastikan anda sentiasa mengambil tahu dan banyakkan bertanya perihal yang tidak anda ketahui setiap kali berjumpa doktor. Jika anda ada ketika ujian imbasan dibuat, ia akan mewujudkan jalinan kasih sayang antara anda dan bayi dalam kandungan.
KURANGKAN TEKANAN ISTERI
Kehamilan sememangnya memberi tekanan baik dari segi fizikal atau emosi. Jangan bebankan isteri dengan masalah yang tidak perlu. Ambil tugas untuk membantunya membuat kerja rumah supaya isteri dapat berehat.
Semakin besar kandungan, isteri akan mula merasa tidak selesa. Ketika isteri tidur dalam keadaan terlentang, berat kandungan akan memberi beban keada tulang belakang dan otot-ototnya yang membuatkan dia merasa sakit.
Ada masanya, bayi aktif ketika waktu tidur ibu. Bantu isteri anda untuk tidur, dapatkan bantal khas buat ibu mengandung. Bantal ini direka untuk menyokong bahagian tertentu agar ibu dapat tidur dengan lebih lena. Memeluk isteri ketika dia sedang tidur juga dapat memberinya ketenangan.
BAWA-BAWALAH BERSABAR
Ketika isteri sedang mengandung, hormonnya tidak stabil. Anda akan berdepan dengan perubahan emosi serta tingkah laku yang sukar dijangka. Banyakkan bersabar dan fahami keadaan isteri anda. Wanita hamil juga kerap ke tandas, terutamanya pada waktu tengah malam. Sebagai suami prihatin, berjagalah ketika dia ke tandas dan selalulah bertanyakan keadaannya.
BUAT KEJUTAN ISTIMEWA
Inilah yang paling isteri suka. Tidak perlu kejutan besar-besaran. Jika ia hanya melibatkan anda berdua sudah cukup. Tetapi jika ada rezeki lebih tidak salah untuk anda membuat kejutan yang lebih besar. Ajaklah keluarga dan teman-teman rapatnya untuk merancang kejutan untuk isteri anda. Bawa dia bercuti atau menganjurkan majlis khas untuk si dia sudah cukup untuk memberi impak kepada ibu hamil sekaligus memberi kesan positif terhadap kandungannya.
Sepanjang mengharungi proses mengandung, suami adalah semangat terkuat bagi ibu hamil. Isteri memerlukan sokongan serta perhatian dari suami untuk melalui fasa selama sembilan bulan bayi di dalam rahimnya. Oleh itu, sebagai suami yang bertanggungjawab dan menyayangi isteri anda, tunjuklah kasih sayang kepadanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang-kadang orang mengandung ni mengidam macam-macam. Bukan saja makanan, ada juga yang teringin nak buat perkara pelik. Sesetengah perkara tersebut mungkin kedengaran agak sukar untuk dibuat namun selagi tak memudaratkan atau bertentangan dengan syarak, suami pasti akan cuba untuk memenuhinya.
Seorang wanita hamil berkongsi kisahnya di akaun TikTok wanyanjee yang mengidam untuk memegang seekor memerang. Kebetulan dia dan suami berjalan-jalan di zoo, pekerja di sana memberi peluang untuk dirinya memegang haiwan comel tersebut.
Demi memenuhi permintaan si isteri, suaminya meminta kebenaran dari pekerja zoo. Memahami situasi wanita hamil yang mengidam, pekerja zoo tersebut menangkap salah seekor memerang untuk diberikan kepadanya.
Jika ada yang gemar makan beras mentah ketika mengidam, lain pula kisahnya dengan ibu hamil ini yang dikenali sebagai Ekin Norash di Tik Toknya, @ekinnnorash.
Paling gemar makan ais batu. Begitu kongsi Ekin di Tik Toknya. Malah katanya kandungan kembarnya kali ini agak pelik berbanding sebelumnya.
“Sapa mengandung ada pengalaman mengidam pelik-pelik. Kali ni mengandung Twin pelik ngidam,” tulisnya ringkas.
Dek kerana terlalu kuat keinginan untuk makan ais batu, ada waktunya dia sanggup berada di dalam kereta semata-mata untuk menyedut bau penghawa dingin.
Bukan itu sahaja, bahkan di tempat kerjanya, dia acapkali membuka peti ais untuk menikmati bau yang dikeluarkan di tempat beku.
Malah katanya lagi, jika sehari tidak dapat makan ais batu, boleh jadi serba tak kena.
“Sehari tak dapat makan ais batu, Ekin akan sedut bau aircond atau peti ais dekat tempat beku.
“Kalau tak dapat memang tak boleh nak duduk, serba tak kena,” kongsinya.
Bahkan kata Ekin lagi menerusi perkongsian video berlainan, dia juga kurang gemar megenakan make up sepanjang hamil kembar sebaliknya cukup hanya dengan lipstick supaya tidak nampak pucat ke tempat kerja.
Kisah menyayat hati seorang ibu mempertahankan hak pendidikan anaknya, seorang kanak-kanak autisme yang dipinggirkan selepas insiden di sekolah. Ketahui kronologi, perjuangan dan tindakan pihak berkuasa.