Sedap Berlemak, Resipi Mudah Bubur Sumsum Buah Naga Ni Patut Cuba. Bagus Bantu Elak Bayi Sembelit!

Share

Siapa kata pencuci mulut hanya untuk orang dewasa sahaja? Pencuci mulut juga ada untuk si kecil juga tau. Bayi dan kanak- kanak juga memerlukan suatu hidangan yang manis dan boleh membuatkan tubuh mereka berasa segar.

Lebih-lebih lagi pada musim panas yang terjadi di negara kita sekarang ni, pencuci mulut apa yang sesuai untuk si kecil ya? Jom kita lihat resipi mudah dan sihat bubur sumsum buah naga untuk si kecil.

Bubur sumsum ni kalau disejukkan lagi sedap untuk dimakan. Terutama, pada cuaca panas yang melanda negara kita ni. Pasti badan si kecil akan berasa segar dan ceria sepanjang hari.

Resipi ini dikongsikan oleh Aimi Uyu di Kumpulan Resipi Makanan Bayi di Facebook.

RESEPI MUDAH BUBUR SUMSUM BABY 7 BULAN KEATAS
Terima kasih dekat group ni yg banyak kongsi resepi, saya cuba buat untuk anak saya, Alhamdulillah suka sangat, banyak ilmu dalam ni mintak halal ya
Sumber foto: Facebook Aimi Uyu

Bahan- bahan:
– 3 sudu besar tepung beras
– 2 cawana susu full cream
– 1 cawan air
– 1 biji buah naga yang sudah dikupas (boleh gunakan buah- buahan lain mengikut buah kesukaan si kecil)

Sumber foto: Facebook Aimi Uyu

Cara- cara penyediaan:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk, kacau sedikit kemudian buka api.
2. Didihkan semua bahan dalam periuk tersebut sehingga teksturnya kepekatan mengikut kesukaan para ibu.
3. Setelah siap, matikan api dan biarkan sebentar untuk menghilangkan panas.
4. Setelah sejuk, masukkan bubur sumsum ke dalam bekas, isi sehingga separuh bekas.
5. Kisar buah naga sehingga menjadi puree dan tuangkan ke atas bubur sumsum sebagai topping.

Sumber foto: Facebook Aimi Uyu
Bubuh dalam bekas ni, separuh bekas juga, aaya buat dapat 7 bekas comel ni.
Lepas tu baru blend puree buah naga. Atau buah yang mommy suka.
Blend tanpa air, cantik sangat dan sedap!

Mudah sangat resipi yang dikongsikan kali ini. Para ibu boleh lah mencuba resipi ini untuk si kecil tersayang. Selain buah naga, para ibu juga boleh menggunakan buah- buahan lain seperti buah mangga, buah betik, buah nanas, dan sebagainya.

Baca Juga:

Resipi Baked Potato Sedap & Mengenyangkan. Boleh Buat Bekal Anak Pergi Sekolah, Mudah Sangat!

Garing Luar, Lembut Di Dalam. Resipi Bingka Ubi Terlajak Sedap, Harum Satu Rumah Bila Bakar Dalam Oven!

Resipi Mi Sizzling Abang Remy, Makan Panas-Panas Memang Syok! Hidangan Sesuai Untuk Satu Famili

Antara kebaikan buah naga;

1. Tinggi prebiotik
Buah naga mengandungi sejenis karbohidrat yang dikenali sebagai oligosaccharide yang berfungsi sebagai prebiotik yang membantu proses pencernaan.

2. Kaya serat
Makan buah naga juga elok kerana ia kaya serat yang membantu untuk melatih pergerakan usus serta mengelak masalah kembung.

3. Ada vitamin A & vitamin C
Bagusnya buah naga kerana ia kaya dengan vitamin A dan vitamin C yang dapat membantu melindungi anak daripada jangkitan penyakit serta bagus untuk kesihatan kulit.

Selamat mencuba dan semoga memberi manfaat kepada mommies dan si manja!

Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
Emy H