“Sedap, Lemak Berkrim” Resepi Pani Puri Hanya Guna Bahan Di Dapur!

Share

Pani Puri merupakan satu satu makanan tradisi di India yang popular di sana. Rasanya yang manis, masam dan pedas memang boleh buat ketagih! Makan satu confirm tak cukup.

Jom cuba buat sendiri di rumah!

Hari ni, saya share satu lagi resepi makanan India yang mudah, hanya guna bahan yang ada di dapur sahaja . Pani puri sangat sedap rangup rasa masam manis dan lemak berkrim.

RESEPI PANI PURI


BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket pani puri chip @ Pani puri papad

Cara-cara:
Panaskan minyak, guna api kecil . Masukkan Pani puri chip dalam minyak panas, balik-balikkan dan angkat bila sudah kembang dan keperangan.


BAHAN INTI KENTANG PANIPURI:

  • Ubi kentang (rebus & lenyek)
  • Daun ketumbar ( potong halus)
  • Bawang merah ( potong dadu)
  • Serbuk cili secukupnya
  • Garam halus
  • Sedikit serbuk jintan manis
  • Sedikit serbuk jintan putih

Cara- cara:
Campur semua bahan gaul sebati.

BAHAN SOS HIJAU:
Daun ketumbar
Daun pudina
Cili hijau
Secubit Jintan Putih
Secubit Jintan Manis
Garam halus
Gula
Air

Cara- cara:
Campur semua bahan kemudian kisar. Kemudian sesuaikan rasa manis dan masin ikut citarasa anda.

BAHAN SOS PUTIH:
Mayones @ yogurt original
Sedikit hirisan daun ketumbar
Sedikit air

Cara- cara:
Campur semua bahan gaul sebati.

BAHAN SOS ASAM:
Asam jawa
Gula pasir / gula perang
SAir

Cara-cara:
Campur semua bahan mengikut jumlah yang disukai. Masak hingga sedikit pekat.

CARA MAKAN:

Tebuk lubang pada bhgn atasPani puri, masuk kentang, sos putih, sos hijau dan sos asam jawa. Sedia di nikmati.

* Boleh tambah podi muruku.
Selamat mencuba!

Kredit:

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
NuFa