Bagi yang pernah mencuba menyediakan Buko Pandan, pasti terbayang-bayang akan kesedapan rasanya. Apa kata kali ini kita cuba Buko Mangga pula untuk puasa ini. Anak-anak pasti berebut.
Resipi perkongsian Pn Fara Ahmad ini cukup mudah dan sedap. Jom cuba!
Sago Mangga @ Buko Mangga lagi kita harini, saya share bahan bahan ya. Ada yang request cara buat, saya share dekat bawah ya.
Setengah biji mangga masak, 3 cawan susu full cream, 3 cawan air masak, 3 sudu makan gula kasar, 150gram cream cheese (mengikut selera masing masing), perahan lemon, 1/2 cawan susu cair, 1/2 susu pekat. Blend kesemua bahan tadi.
Masak sagu dan tapiskan kanji sebelum sejukkan. Rendam biji selasih sampai kembang.
Ads
8gram serbuk agar agar, blend buah mangga dan tapis serat untuk dapatkan original juice. 5 sudu makan gula kasar. 4 cawan air. 1 sudu besar sunquick mangga. 1 sudu besar sunquick oren. Didihkan atas dapur sehingga pekat.
Potong dadu buah mangga. Masukkan ke semua bahan tadi ke dalam bekas. Potongan dan presentation mengikut kreativiti tersendiri.
Ads
p/s: mangga lily gold & mangga susu gold paling manis. Pastikan buah mangga betul betul masak untuk dapatkan mangga yang manis.
Masuk peti ais biar sejuk, memang layan. Lagi lagi bila agar agar mangga lalu dekat tekak.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bosan duduk rumah waktu PKP ni, seronok juga kalau satu keluarga duduk di rumah sambil menggentel plastik aiskrim Malaysia. Bukan sebarang aiskrim, tapi jenis berkrim penuh rasa lemak.
Aida Radzuan berkongsi cara mudah untuk buat aiskrim Malaysia bersusu ini dan cara mengikat plastik dengan lebih kemas dan mudah disusun dalam peti ais. Menariknya resipi ini bukan sahaja rasanya enak, tetapi teksturnya juga lebih lembut dan tidak berais.
Dah tido ke tu 👀 Haritu Aida ada post pasal #AiskrimMalaysia ,,ada yg msg nak tanya resepi dan cara2 ikat aiskrim tu..Jadiiiii harini Aida nak share resepi dan video ikat aiskrim malaysia..Dengan resepi ni jugak lah Aida buat untuk berniaga online dan offline…Alhamdulillah rezeki anak2 Aida..Tiap2 minggu order masuk..Budak2 area rumah pon ramai dtg beli kat rumah 😍
1 Tin Susu Pekat 1 Tin Susu Cair 4 1/2 tin Air Masak 2 1/2 sudu besar Tepung Jagung (utk lembutkan aiskrim) Garam sikit (utk rase lemak2 ) 1sudu kecik esen vanila
Campurkan susu pekat & susu cair..Aida guna #SusuSuJohan je..Campur sekali #air masak 4 1/2 tin..Lepastu bancuhkan 2 1/2 sudu besar #tepungjagung 🌽dalam bekas sebelum masukkan dalam periuk untuk dimasak..Masukkan perisa ape yg kita nak buat..Campurkan #garam dan #EssenceVanilla..👉masak sampai semua betul2 masak(mendidih)..Dah mendidih tutup api dan biarkan sejuk,,dah sejuk bolehlah masuk dalam plastik aiskrim cap kingkong 🐵
Kat sini Aida ada share skali video cara2 ikat plastik aiskrim tu..Kalau tak berapa clear boleh search kat youtube 🤗
Tak ada oven, mixer atau penyukat bukan alasan untuk elak buatkan kek buat anak-anak kita. Tanpa kesemua peralatan ini pun tetap terhasil cantik dan gebu malah sedap, sama seperti kek-kek lain.
Resipi dan cara yang dikongsikan oleh ibu ini, Puan Marlia Lia di facebooknya sememangnya cukup membanggakan. Demi anak-anak yang meminta disediakan kek, gara-gara terlepas cakap, akhirnya kek tetap berjaya dihasilkan olehnya. Memang hebat!.
Nak tahu apa cara yang digunakannya? Jom intai perkongsian beliau. Superb!
Saya sertakan resepi dibawah dengan cara-cara bakar kek tak guna oven. Saya terr….lepas cakap kat bebudak ni, kata mak nak buat kek. Asalnya sebab nak suruh diorang mandi je. Tak sangka pulak diorang ni ingat. Dah 3 hari menuntut bila nak buat. Bukan tak nak buatkan tapi kat rumah ni tak ada oven, tak ada mixer, tak ada penyukat.
Tapi sebab nak beli jiwa mereka kan, dan maknya pun terrrr….lepas cakap, kita ada kan jugak lah. Struggle sikit la part nak bagi gebu mentega + gula tu. Bergotong royong 3 beradik ni membuat kek. Bersemangat. Alhamdulillah, kek menjadi sesedap rasa. Mereka makan dengan gembira.
Resepi Kek Marble sukatan cawan
*2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula pasir
1 cawan marjerin
*4 biji Telur gred A
1 sudu Teh esen vanilla
*Saya takda tepung naik sendiri. Jadi gantikan dengan 2 cawan tepung gandum + 2 sudu teh baking powder + 2 sudu besar susu pekat. *Telur kat rumah gred B. Jadi saya gunakan 5 biji.
Marjerin + gula dikacau. Tak ada mixer, jadi saya guna sudip kayu. Kacau laju-laju sampai gula tu hancur, marjerin bertukar color putih kuning. Bila penat, anak pulak ganti kacaukan. Anak sorang dah penat, ganti anak lain pulak. Sampailah gebu ye.
Masukkan telur ayam satu persatu dalam adunan. Aduk rata je.
Masukkan esen vanilla. Kacau rata lagi. Tujuannya supaya kek tak bau hanyir telur.
Campurkan baking powder ke dalam tepung gandum. Ayakkan dulu. Tak nak ada yang berketul atau ada bendasing. Lepas tu boleh tuang sikit-sikit dalam adunan. Sampai habis, kacau rata.
Boleh tambah warna ikut suka. Kat rumah cuma ada pewarna hijau dengan serbuk koko. Jadi saya guna yang tu.
Loyang bawah lapik kertas dan keliling loyang sapu marjerin.
Tuang adunan selang seli warnanya. Buat sampai habis.
Sementara tu dah boleh panaskan periuk. Dalam periuk, jangan letak air sebab kita bukan nak buat kek kukus. Kalau ada pasir, letak pasir di dasar periuk untuk tujuan kekalkan suhu. Takda pasir pun tak mengapa. Saya takda pasir, alhamdulillah periuk tak ada bocor pun.
Dalam periuk tu, wajib letak tungku. Yang alas besi letak periuk panas tu. Atas tungku tu nanti la letak loyangnya. Pastikan loyang kuih anda lebih kecil dari periuk. Dan periuk tu hendaklah di tutup rapat.
Periuk dah panas, boleh letakkan loyang yang dah isi adunan tadi. Tutup rapat periuk tu. Bakar guna api kecil sahaja. Jangan cuba nak intai-intai kek tu. Dah 30 minit baru boleh buka penutup. Cucuk lah dengan lidi nak tau dah masak ke tak. Lidi clear bersih, dah masaklah kek tu. Kat rumah tak ada lidi, saya guna kayu chopstick.
Dah boleh tutup api. Terus bawa keluar kek tu, telangkupkan atas relai. Keluar kan terus dari loyang kek. Kalau di biarkan terus dalam loyang, nanti kek jadi mendap.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Agar-agar santan berlumut ini semakin disukai ramai. Mana tidaknya, hasil lumutnya yang cantik buat kita terpikat. Pun begitu hendak membuatkan, lebih-lebih ketika hidangan hari raya ini, teknik membuatnya haruslah tepat. Barulah ia menjadi!
Resipi dan tip Nur Ain Rahman ini anda wajib cuba. Memang menjadi!
Alhamdulillah perfect kejadiannya, walaupun first time buat. Siapa suka resipi di bawah ye.
BAHAN BAHAN;
30gm agar-agar tali (rendam 30 minit nak bagi lembut dan larut masa masak)
5 cawan air
4 helai daun pandan -dikisar dengan 1/2 cawan air (tapiskan dan ambil air)
2 biji telur A atau B
1 kotak kecil santan
Garam secubit
Gula 1 1/2 cawan
Pewarna hijau 1 penutup
Masak agar-agar hingga larut bersama air dan gula.
Sebatikan telur dengan santan dan kacau hingga berbuah sedikit. Ketepikan.
Bila agar-agar dah mendidih, masukkan air pandan, pewarna hijau dan garam. Biarkan mendidih, baru masukkan santan bersama telur tadi.
Tuang sikit-sikit sambil kacau. Biarkan mendidih kuat (jangan kacau, biar dalam seminit), baru padamkan apinya.
Tuangkan dalam loyang 8 atau 9 inci. Biarkan dekat luar dulu dalam 20 minit kemudian baru masukkan dalam peti ais.
Tip: Nak dapatkan lumut yang cantik, masa part last mendidih tu besarkan api dan biarkan kejap, baru padamkan apinya.
Basahkan dulu loyang sebelum tuang adunan supaya mudah nak potong dan tanggalkan agar-agar nanti.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!