Sedap Rupanya Air Sirap Nanas Tembikai ni, Wajib Ada Untuk Menu berbuka Puasa

Share

Pernah dengar tak air sirap nanas tembikai? Sedap rupanya gabungan antara manis buah tembikai dan masam manis buah nenas.

Jom cuba resepi Air Sirap Nanas Tembikai yang dikongsi ini.

Bahan-bahan untuk 1 jug air (1.2L):

  • Nanas Tin
    (nak masak nenas bersama air gula sendiri pun boleh, cik orkid beli siap je mudah)
  • Tembikai (potong dadu)
  • 4 sudu makan gula
  • 2 sudu makan pati Sirap Ros
  • 1 cawan air panas
  • Air sejuk secukupnya
  • Air batu

Cara penyediaan:

  • Bancuh gula dengan air suam. Kemudian masukkan sirap
  • Tuang air nanas kedalam jug. Isi nenas dipotong dadu. Isi tembikai dipotong dadu
  • Campurkan air sirap, buah potong dan ais kedalam jug tadi
  • Sedia untuk diminum

Kredit: Orkids Channel

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.

Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz

Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam


(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Published by
NuFa