Ketika mencuba pelbagai resipi aiskrim homemade pastinya tidak terlepas mencuba aiskrim coklat kerana rasa inilah yang cukup digemari semua. Tak kira usia, baik anak-anak kita atau orang dewasa pasti cukup menyukai rasa hebatnya.
Aiskrim Malaysia gebu yang dihasilkan oleh Pn Ainaa Hafizah ini cukup sedap, malah lemak manis rasanya kala digabungkan dengan coklat Beryl’s yang sememangnya diyakini cukup sedap. Nak tahu macam mana cara nak hasilkannya? Jom cuba langkah demi langkah yang dikongsikan olehnya. Sedap!
Aiskrim Malaysia pasti gebuuuuu
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
4 tin air kosong ( sukat guna tin susu)
1 sk garam
2 sudu membukit tepung jagung atau tepung ubi (bancuh larut)
1 sudu vanilla
Berly’s coins ( salutan pada base aiskrim)
Campurkan semua bahan kecuali tepung jagung. Masak hingga menggelegak, pastikan kacau-kacau ye.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan sentiasa kacau lagi supaya tidak hangit di bawah.
Sudah menggelegak tutup api dan pastikan betul-betul sejuk baru masuk dalam plastik aiskrim.
Tutup api baru masukkan esen vanilla. Setelah sejuk mixer kan supaya adunan lebih halus.
* Resepi 1 adunan ini dapat dalam 21-25pcs
* Sukatan air jangan terlebih sebab itu boleh jadi punca aiskrim berkaca dan kurang gebu.
* Base susu ni boleh jugak letak perisa lain seperti Milo, capucino, teh, solero, strawberry dan pelbagai.
Artikel berkaitan: Resipi Aiskrim Solero Guna Serbuk Limau Nipis, Sedapnya Rasa Masam Manis!
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents