Aiskrim yogurt buah-buahan selalunya ibu ayah akan tunda dulu kerana ia kaya dengan gula. Tapi resepi yang dikongsikan ibu ini  menggunakan buah-buahan dan yogurt sebagai bahan, tiada gula & garam digunakan, jadi ia mesra bayi!

Tidak salah jika anda ingin memperkenalkan makanan selain bubur dan puri kepada bayi. Misalnya aiskrim buatan sendiri ini menggunakan buah-buahan sebenar dan kurma sebagai perasa dan yogurt sebagai bahan asasnya. Ia bukan sahaja sedap, tapi khasiat di dalamnya juga diperoleh si manja. Boleh disajikan sebagai snek.

Puan Faizah Abdul Majid berkongsi resipi ini. Dia telah menggunakan buah naga, avokado dan pisang dalam pembuatan aiskrim ini. Berikut ialah perkongsian beliau;

Harini Nadhif Mateen makan aiskrim yogurt home made flavor Dragon Fruit, Avocado & Pisang.

Kawan-kawan pun boleh cuba aiskrim ni sebab tiada gula, garam, pengawet dan pewarna/perisa tiruan.

IKLAN

Resipi Aiskrim Yogurt Buah-Buahan Homemade

Bahan-bahan

Sedapnya Aiskrim Yogurt Buah-Buahan Homemade, Ibu Ini Kongsikan Resipi. Sesuai Untuk Bayi 8 Bulan Ke Atas

IKLAN

3 bahan sahaja yang diperlukan

  • Natural yogurt
  • Kurma/puri kurma
  • Buah-buahan sesuka hati

Cara penyediaan

IKLAN
  1. Lenyekkan/kisarkan buah.
  2. Campurkan puri kurma & sudu Natural Yogurt.
  3. Masukkan ke dalam peti ais.

Sedapnya Aiskrim Yogurt Buah-Buahan Homemade, Ibu Ini Kongsikan Resipi. Sesuai Untuk Bayi 8 Bulan Ke Atas

Aiskrim ini sesuai untuk 8 bulan ke atas & dicadangkan untuk bayi yang tengah dalam fasa tumbuh gigi.

Posted by ‎فاءزه اءجاه عبدالمجيد‎ on Wednesday, 7 November 2018

Kepada ibu bapa, jangan cemas  apabila najis anak berwarna pink atau purple selepas mengambil buah naga. Memang normalnya ia begitu.

Sumber: Puan Faizah Abdul Majid

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI