Tak perlukan biskut raya yang mewah, biskut raya ringkas tetap menjadi pujaan kita untuk dihidangkan kepada anak-anak di pagi raya. Biskut Peanut Butter ini antara biskut yang begitu digemari kerana rasanya yang cukup unik namun sedap.

Paling menarik, cara hendak membuatnya juga cukup mudah dan ringkas. Jom cuba resipi perkongsian Pn Novelis Afieyza Isahak.

Sedapnya Biskut Peanut Butter, Tak Perlu Mixer, Bahan Pun Simple!


Biskut Raya Ketiga, Peanut Butter. Ini tahun kedua Cik Fieyza buat biskut kegemaran arwah abah. Tahun lepas mak ajak buat sebab dah lama tak makan biskut lama ni.

Kali ini acuan masih satu, cari di beberapa kedai semua habis jadi Cik Fieyza tekap guna acuan bunga. Masa bakar, terlupa nak turunkan suhu oven maka bergelap la semua adunan bunga. Tak apa, kenangan untuk tahun ini. Cik Fieyza kongsi resipi andai ada yang belum pernah buat :

Bahan-bahan:
Buttercup – 1 buku
Gula halus – 1 cawan
Tepung gandum – 2 1/2 cawan*
Tepung jagung – 1 1/2 cawan*
Soda bikarbonat – 1 sudu kecil*
Telur – sebutir
Esen vanila – 1 penutup kecil
Peanut butter – 1 bekas
Kismis

Ayak bahan bertanda *.

Sedapnya Biskut Peanut Butter, Tak Perlu Mixer, Bahan Pun Simple!

Ads

Pukul buttercup dengan gula halus sehingga kembang. Cik Fieyza guna tangan, tak guna mixer.

Masukkan telur dan juga esen vanila, kacau sebati.

Kemudian tambahkan peanut butter dan gaul.

Sedapnya Biskut Peanut Butter, Tak Perlu Mixer, Bahan Pun Simple!

 

Ads

Masukkan tepung jagung dan soda serta tepung gandum. Uli sehingga adunan tak melekat pada tangan.

Sedapnya Biskut Peanut Butter, Tak Perlu Mixer, Bahan Pun Simple!

Sedapnya Biskut Peanut Butter, Tak Perlu Mixer, Bahan Pun Simple!

Letak kismis di tengah acuan kemudian masukkan adunan dan tekan bagi padat.

Ads

Sedapnya Biskut Peanut Butter, Tak Perlu Mixer, Bahan Pun Simple!

Bakar dengan suhu 170c selama 25 minit atau sehingga masak.

Sedapnya Biskut Peanut Butter, Tak Perlu Mixer, Bahan Pun Simple! Sedapnya Biskut Peanut Butter, Tak Perlu Mixer, Bahan Pun Simple!

Siap!

Menarik: Resipi Oreo Red Velvet Cheese Cake 6 Bahan, Tak Pakai Oven, Mudahnya

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI