Sedapnya Biskut Red Velvet Coklat Chip & Badam Cincang. Ranggup, Cair Di Mulut!

Share

Dah nak masuk dua minggu berpuasa, ramai ibu mula nak mencuba buat biskut raya pula kan? Tambah lagi sekarang anak-anak pun ada di rumah, jadi ramailah pembantu yang boleh tolong.

Orang kata walaupun raya tahun ini tak boleh raya seperti tahun sebelumnya, mood raya tetap ada. Apa salahnya meriahkan rumah dengan buat biskut hasil air tangan sendiri pula. Mungkin sebelum ni kita banyak beli je.

Kali ini ibu boleh cuba buat biskut red velvet ranggup resipi dari blog Maisarah Sidi.

Biskut Red Velvet Rangup

Bahan-bahan yang diperlukan:

200 gram mentega
100 gram gula perang
50 gram gula kastor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
250 gram tepung gandum (diayak)
20 gram serbuk koko (diayak)
Secubit garam
200 gram cip coklat
200 gram badam cincang
1 sudu teh pewarna merah

ARTIKEL RESIPI MENARIK [Sedapnya Kuih Ketayap Ni, Inti Penuh Puas Makan, Mudahnya Nak Buat!]

Cara membuatnya:

– Pukul mentega, gula perang, gula kastor dan garam sehingga kembang dan putih.

– Dalam satu bekas, campurkan pewarna merah dan esen vanila dengan telur. Kacau rata.

– Kemudian masukkan dalam adunan mentega tadi dan pukul lagi sehingga sebati.

– Masukkan cip coklat dan badam cincang, kacau rata.

– Masukkan campuran tepung yang telah diayak (tepung gandum dan serbuk koko diayak bersama) sedikit demi sedikit sehingga dapat adunan yang lembut.

– Sudukan adunan mengikut saiz yang dikehendaki dan susun atas dulang pembakar.

– Bakar dengan suhu 170 ⁰C selama 15-20 minit mengikut oven masing-masing.

LAGI ARTIKEL MENARIK [Guna Kulit Popia Je Buat Wantan, Paling Cepat & Sedap. Ranggup Bila Makan!]

– Setelah siap dibakar, biarkan biskut sejuk dahulu kemudian simpan di dalam balang.

* Satu adunan ini boleh dapat lebih 100 keping biskut (mengikut saiz yang anda bentukkan).

* Biskut akan terasa lembut selepas dikeluarkan daripada oven. Biarkan sejuk nanti biskut akan mengeras. Kalau biskut masih lembut (tidak rangup) setelah sejuk, masukkan semula ke dalam oven beberapa minit supaya masak sepenuhnya.

Sumber: maisarahsidi.com

Published by
Wan Amy