Churros yang berbentuk panjang mungkin sudah terbiasa bagi kita. Apa kata kali ini untuk mendapat anak-anak kecil, kita jadikan bebola kecil.
Tetap rangup dan sedap walau dalam versi bebola. Jom cuba resipi perkongsian Shima Bakar ini.
Churros merupakan hidangan tradisi yang berasal dari Sepanyol & Portugal. Ia kemudiannya popular di seluruh dunia termasuklah Malaysia.
Ia adalah sejenis “choux pastry” yang dipaip memanjang ke dalam minyak panas. Biasanya digaul dengan campuran gula & serbuk kayu manis sebelum dihidangkan. Kini, ada pelbagai bentuk churros dan ada pelbagai cara menikmati churros.
Antara yang best ialah Churros Celup Coklat. Biasanya churros berbentuk silinder @ jejari, tapi hari ni kita nak buat bentuk bebola pulak. Jadi, jom kita tengok macamana nak buat Churros bentuk bebola & dicelup sos coklat yang pekat & melekat ni.
Bahan Churros:
200g tepung gandum
400g air
35 g butter Anchor
2 biji telur
1 1/2 sudu besar gula
3/4 sudu kecil garam
Bahan Sos Coklat:
300g susu cair
3 sudu besar gula
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu kecil tepung jagung
80g milk choc Beryls (dark pun boleh)
1️. Dalam kuali , satukan air, butter, garam & gula. Masak hingga mendidih.
2️. Kecilkan api, masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh yang sebati.
3️. Alihkan doh ke dalam bekas , masukkan 2 biji telur dan mix hingga sebati. Saya guna mixer. Kalau nak sebatikan guna senduk pun boleh, cuma memerlukan lebih tenaga.
4️. Dah sebati, masukkan dalam piping bag. Guna Nozzle 9 F untuk hasilkan bentuk bebola.
5. Jika nak guna nozzle lain pun boleh. Jika nozzle kecil, churros akan jadi memanjang tapi rangup. Jika nozzle besar seperti yang Kak Shima guna, churros akan jadi montok, rangup diluar, lembut berongga di dalam.
6️. Guna api sederhana bila minyak dah panas, paipkan adunan sepanjang 1 inci & potong dengan gunting. Buat sampai penuh kuali. Pastikan minyak tidak terlalu panas ketika mula paip. Supaya churros tidak overcooked kat luar, dalam tak masak. Churros juga akan “pecah” jika suhu awal terlalu panas.
7️. Goreng hingga kuning keemasan. Toskan.
8. Untuk sos pula, satukan susu cair, serbuk koko, tepung jagung & gula (kecuali coklat). Biarkan masak dan guna api sederhana. Kacau hingga sebati, pekat & meletup-letup.
9. Masukkan coklat, kacau hingga coklat cair & sebati. Padam api. Sejukkan & sedia digunakan.
* Nota
“Choux pastry” ialah doh yang diperbuat dari bahan asas tepung, butter , telur & air.
Menarik: Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI https://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!