Apa sahaja jenis bebola, anak-anaklah antara yang paling suka. Apa lagi kalau inti yang penuh, berkrim dan rangup diluarnya. Anak-anak pasti teruja sementara ibu tengah menggoreng.
Bagi mencari kelainan, mama bolehlah cuba hasilkan Creamy Crab Ball ini untuk anak. Simple! Jom cuba resipi perkongsian Pn Tyra Manan.
CREAMY CRAB BALL
BAHAN-BAHAN :
Crab stick -koyak-koyakkan
Daun bawang
Bawang holland – Cincang
Bawang putih – Cincang
Butter
Black pepper
Panaskan kuali & cairkan butter.
Ads
Tumis bawang holland & bawang putih sampai kuning, masukkan crab stick tadi dengan daun bawang & perisakan dengan black pepper.
BAHAN CREAM :
Butter
Tepung
Susu fresh milk – kalau suka yang lagi berkrim, boleh guna susu full cream
Cairkan butter, masukkan tepung, gaul sikit bagi rata, padam api & terus masukkan susu. Kacau sampai tepung & susu tu sebati.
**Part ni jangan biar lama atas api, nanti tepung tu masak sangat tak jadi creamy la.
Ads
Dah siap cream ni, campurkan dalam isi ketam tadi & bulat-bulatkan ikut size mana korang nak. Ok dah settle tu, jom kita nak goreng pulak.
BAHAN UNTUK GORENG
Telur
Tepung bestari – kalau nak ganti tepung gandum pun boleh je
Bread crumbs
Celup adunan yang dah dibulatkan tadi dalam telur, pastu tepung, pastu celup balik dalam telur baru golekkan dalam bread crumbs baru goreng dalam minyak yang panas.
Ads
Nak pesan awal-awal, dah siap tu makan pulak dengan cili sos, serius memang tak ingat orang belakang tau!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan sekadar makan dengan soto tapi bergedil memang padu dimakan dengan nasi. Boleh jadi bertambah.
Resipi begedil daging homemade yang dikongsikan oleh Pn Liza Idris ni memang senang dan terbaik. Daging lebih dan padu. Jom cuba!
Jom buat bedegil daging. Eh, begedil daging. Rasa sempoi sungguh. Mudah je pun. Pekena pula dengan soto. Layan. Resepi soto ada link di gambar pertama ye. Cara buat ada pada setiap gambar.
Bahan-bahan:
3 biji ubi kentang
1 biji bawang besar
1 mangkuk daging kisar -200gm
2 pokok daun sup dan bawang.(hiris halus)
2 biji cili merah. (hiris halus)
1 genggam bawang goreng.
2 sudu besar lada sulah.
Panaskan minyak, tumis 1 biji bawang besar yang dihiris nipis gitu. Biar sampai kekuningan.
Masuk 1 mangkuk daging yang dikisar. Anggaran 200 gram gitu. Kacau dan kacau biar sedikit masak.
Masuk sedikit garam ikut citarasa. Masuk pula 1 sudu besar lada sulah. Kacau dan kacau lagi hingga sebati.
Dah kering gini boleh tutup api. Ketepikan dulu.
Ambil 2 atau 3 biji ubi kentang, dibuang kulit dan potong sederhana nipis.
Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan.
Angkat kentang dan toskan. Masuk dalam mangkuk yang bersesuaian dan boleh lenyekkan.
Daging yang dimasak tadi. Dalam mangkuk yang sama, satukan semuanya. Bersatu teguh bercerai roboh.
Gaul hingga mesra rakyat. Gitu kaedahnya. Kemudian gempal-gempalkan. Ikutla nak corak bujur ke, bulat ke, kebenaran dan kebatilan pun boleh je.
Ha dah siap bentuknya. Kebenaran pasti menang.
Pecahkan sebiji telur dan kacau. Celup bola-bola cinta tadi dalam telur.
Panaskan minyak dan goreng. Biar sampai masak dulu, baru balik-balikkan.
Siap!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biskut sarang semut antara biskut raya yang wajib ada satu ketika dahulu. Mungkin generasi millenial dan alfa masa kini tidak mengenalinya. Tetapi bagi golongan mak ayah sudah pasti biskut sarang semut menggamit memori menjelang sambutan hari raya.
Kalau dulu ia antara biskut utama yang mesti disediakan oleh setiap rumah. Pendek kata bila nampak mak kita sudah mula mengadun bahan membuat biskut sarang semut, tandanya hari raya semakin menghampiri.
Keseronokkan membuat biskut sarang semut bersama ahli keluarga antara memori yang pasti tidak akan dilupakan. Keenakkan biskut sarang semut memang tersendiri. Tak jemu memakannya dan memang terasa puas bila dapat buat sendiri.
Jom kita raikan Syawal yang tak berapa lama lagi akan menjelang tiba dengan mengajak anak-anak mengenali antara biskut raya nostalgia ini. Selain dapat belajar membuat biskut raya, ia juga mengeratkan bonding bersama anak-anak.
Ayak tepung kastard, tepung jagung dan tepung gandum. Satukan buttercup dan gula halus. Pukul sehingga kembang.
2. Masukkan mentega dan gula halus ke dalam bekas kemudian pukul sehingga kembang.
3. Masukkan kuning telur, esen vanila dan pewarna kuning dan pukul sehingga sebati.
4. Masukkan semua tepung dan gaul sehingga adunan tak melekat pada tangan. Adunan memang lembut. Jika masih melekat, tambah sedikit tepung gandum.
5. Simpan adunan ke dalam peti sejuk selama 30 minit.
6. Setelah adunan sudah sejuk, boleh mulakan proses memarut.
7. Masukkan parutan adunan ke dalam cawan kertas dan hias dengan coklat manik.
8. Bakar guna api atas bawah – 170c selama 30 minit atau ikut suhu oven masing-masing.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kek menjadi sajian utama sebagai manisan di pagi raya. Tidak lengkap raya tanpa sebiji kek yang dibakar malam raya. Kek Planta Rainbow ini antara kek wajib dicuba kerana cara hendak membuatnya cukup lah mudah. Malah resipi Chef Azmin Zain yang dikongsikan semula oleh Haliza Jeran ini sangat mudah hendak di sediakan.
Paling menarik resipinya dihasilkan tanpa menggunakan bahan penaik. Nak tahu macam mana ia dihasilkan? Jom cuba!
Assalamualaikum. Salah satu Kek Raya PKP, Kek Planta Rainbow. Walau tanpa bahan penaik kek tetap gebu moist lagi. TQ chef Azmin Zain atas resepinya.
Jangan cemas bila berlakunya pendarahan ketika awal hamil. Ia boleh berlaku terutama di awal trimester kehamilan. Pun begitu, anda perlu tahu apa sebab dan puncanya berlaku pendarahan secara tiba-tiba.