Kalau di rumah ada daging segar dan lada hitam, bolehlah cuba buat resipi ini. Idea untuk masakan yang ringkas tapi cukup sedap dn mengenyangkan jika dimakan dengan nasi. Selain itu, boleh juga pelbagaikan menu dengan lauk ni.

Anak-anak pun boleh menikmati hidangan ini kerana rasanya tidaklah terlalu pedas seperti cili padi. Jangan susah hati, ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Dina Amalia Nordin ini;

RESIPI DAGING BLACK PEPPER

Bila suami request daging black pepper, dgn senang hati kita masak. Sbb sejenis saya kalau beli daging terus 2-3kg then mmg sesiap rebus half cooked then saya frozen. Bila nak guna tinggal masuk dlm kuali je 😁 mudah kan!

Ini Hasilnya. Menggiurkan!
Sedapnya Daging Blackpepper, Bantu Ibu Dalam Pantang Hangatkan Badan. Nak Buat Pun Senang!
Sumber foto: Facebook Dina Amalia Nordin

Baca Juga:

Resipi Mi Sizzling Abang Remy, Makan Panas-Panas Memang Syok! Hidangan Sesuai Untuk Satu Famili

Biskut Raya Terpaling Sedap, Rasa Ala-Ala Jenama Terkenal. Rangup, Tak Sedar Habis Sebalang!

Resipi Bubur Nasi 2 Bahan, Mudah Masak. Makan Dengan Lauk Simple, Bertambah Tak Cukup Semangkuk!

Sy bagi sekali resepi simple cara saya masak daging black pepper. Cara saya mudah je;

Ads

– Tumis bawang putih (ketuk) + halia (hiris).

– Masukkan sos black pepper (yg dlm botol tu) + sos tiram.

– Masukkan ground black pepper (lada hitam kisar).

– Masukkan daging (saya rebus dulu bg lembut sikit).

– Masukkan kicap. *optional ye..kalau tak suka takpe.

Ads

– Masukkan garam.

– Masukkan mushroom seasoning *optional juga..kalau takde takpe..nak ganti dgn serbuk pasti sedap pun boleh.

Sedapnya Daging Blackpepper, Bantu Ibu Dalam Pantang Hangatkan Badan. Nak Buat Pun Senang!
Contoh serbuk perasa cendawan yang boleh digunakan (Sumber foto dari internet)

– Masukkan bawang holland dan bell pepper.

– Masukkan tepung jagung yg dah dibancuh dgn air.

Ads

– Kacau2 dan siap!

*Black pepper tu kalau boleh blend sendiri yg biji tu..blend kasar. Mmg sedap! Ataupun mcm saya mmg ada yg dah siap kisar kasar brand Pawada original dari Sarawak. Takde campuran apa2, mmg lada hitam semata 😘

Boleh dijadikan inti untuk hidangan sihat seperti sandwic atau wrap, memang sedap! Ibu-ibu dalam pantang pun boleh makan sebab lada hitam sememangnya bagus untuk membantu menghangatkan badan.

Sedapnya Daging Blackpepper, Bantu Ibu Dalam Pantang Hangatkan Badan. Nak Buat Pun Senang!

Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI