Sedapnya Dapat Makan Wonton Cups Crabstick Cheesy, Berlemak Creamy Rangup Pula Tu!

Share

Ada tak penggemar wantan dekat sini? Kalau ada ini salah satu resipi wantan goreng yang anda semua boleh nikmati sebab resipi kali ini sangatlah mudah.

Intinya kita gunakan crabstick sebagai bahan utama. Rasa yang rangup dari kulit wantan, rasa creamy dari cream cheese, flavorful dari sos kewpie dan manis dari crabstick cukup lengkap! Jom cuba resipi dari saudari nrlchyain ini.

 

Bahan-bahan: 

Kulit wantan

Crabstick (dipotong kecil)

Sos Kewpie (Spicy)

Daun bawang

Cream cheese

Mozarella cheese (pilihan)

Minyak

 

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan crabstick, sos kewpie, daun bawang dan cream cheese. Gaul rata.
  2. Sapukan loyang kecil dengan minyak, letakkan kulit wantan dan skop inti ke dalamnya.
  3. Hiaskan atasnya dengan keju mozarella dan masukkan ke dalam air fryer atau oven 170 darjah celcius selama 8 minit.
@nrlchyain Bosan hidangkan kuih raya bila tetamu datang beraya dekat rumah? Apa kata raya tahun ni korang impresskan tetamu korang dengan Raya Wonton Cups Crab Stick Cheesy menggunakan KEWPIE Hot Spicy Dressing, memang ngam betul rasa pedas and creamy 😍 Sedap gilaa jangan sampai tetamu korang tak nak balik sudah😝 Korang nak tahu my colour raya theme this year? You all boleh try teka kot hehe, it is the colour of KEWPIE Hot Spicy Dressing ~ Yess, it is yellow orange! Semua teka betul tak tu? BTW, korang comment packaging KEWPIE mana yang korang rasa paling ons dan macam mana ia mewarnai Raya korang tahun ni✨5 lucky pemenang will be selected! Mana boleh dapatkan product KEWPIE di supermarket terdekat anda atau hanya klik di Shopee & Lazada! #AColourfulRayaBersamaKewpie #RiangRayaKewpieBergaya #KewpieMalaysia ♬ Raya Cun – Elizabeth Tan

Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI

Dah siap dah! senang kan? selamat mencuba semua

Published by
Humaira