Sedapnya Kuih Telaga Emas Ni, Nak Buat Pun Mudah, Guna Sukatan Cawan Je!

Share

Kuih tradisional antara kuih yang dicari-cari sepanjang Ramadan ini. Kuih Telaga Emas ini tidak kurang hebatnya. Teksturnya lembut, berlemak dan cukup manis kala suapan pertama ke mulut.

Resipi hebat Farisha Sofea ini amat mudah untuk dicuba. Anak-anak pasti suka kerana saiznya yang comel ditambah dengan kelembutan dan rasa manisnya. Jangan lupa masukkan senarai menu untuk berbuka esok hari. Jom cuba!

Resipi wajib cuba: Resipi Ayam Panggang Ala Dominos, Padu Mudah & Sedap, Jadi Rebutan Anak-Anak!


KUIH TELAGA EMAS

Bahan Bahan :

Bahagian Hijau :
250g tepung pulut
3 sb tepung gandum
1 sb tepung jagung
Sedikit garam
1 cawan air pandan
Sedikit pewarna hijau

Bahagian Kuning :
1 cawan air suam
1/2 cawan gula
1 cawan santan
1 sk esen vanilla
3 biji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning telur
2 sb tepung kastard
1/4 cawan tepung gandum

Bahan Lain :
Minyak
Acuan lompang

Satukan kesemua bahan Bahagian Hijau kecuali air dan pewarna. Kacau sebati.

Masukkan pewarna dan juga air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga adunan menjadi doh. Ambil sedikit adunan dan bulatkan.

Letakkan di dalam acuan lompang yang sudah dioles dengan sedikit minyak. Tekan dan ratakan doh di sekeliling acuan. Ulang proses sehingga selesai.

Sementara itu panaskan kukusan. Untuk membuat bahagian dalamnya pula, satukan air suam, santan dan juga gula. Kacau rata sehingga gula larut.

Masukkan esen vanilla, garam, pewarna dan juga telur. Kacau seketika.

Akhir sekali masukkan adunan tepung, kacau sebati kemudian tapiskan. Tuangkan ke dalam acuan tadi 3/4 penuh.

Kukus selama 15 minit menggunakan api sederhana.

Keluarkan kuih daripada acuan dan sejukkan sebelum dihidang.

Siap!

Selamat mencuba!

Resipi wajib cuba: Sambal Penyet Pedas Menyengat Paling Senang & Sedap, Patutlah Share Sampai 36k!

Published by
SRM