Sedapnya Makan Sejuk-Sejuk, Sediakan Dadih Guna 3 Bahan Je Untuk Anak, Mudah!

Share

Salah satu menu minum petang yang ringkas dan cukup disukai anak-anak kita adalah dadih. Rasanya yang manis dan lembut buat anak teruja untuk makan. Apa lagi saat digabungkan bersama buah-buahan berwarna yang buat anak makin teruja.

Tak susah pun untuk menyediakan dadih buat anak. Resipi ibu ini, Puan Wahidah Hassan antara yang mudah dan paling ringkas. Mana tidaknya, hanya tiga bahan saja digunakan dalam penyediaan dadihnya. Mudah!

Jom buat dadih guna tiga bahan je. Masa penyediaan 10 minit hingga 15 minit. Lepas ni boleh buat sendiri kat rumah. Anak anak mesti suka.

Bahan bahan:
3.3 agar agar tali atau 1/6 agar agar tali 20g
450 ml susu fullcream
450 ml air

Ikuti langkah mudah ni.

Rebus agar agar dengan air tadi hingga larut semuanya. Masukkan susu. Kalau beli susu full cream botol macam dalam gambar senang sebab memang 450 ml dah.

So, tuang semua. Guna api perlahan dan kacau sebentar. Jangan sampai meruap ya. Tutup api.

Tunggu suam sikit, tapis masuk ke dalam jug dan tuang dalam acuan kesukaan anak anak.

 

Tak ada bekas kecik-kecik, guna apa yang ada kat rumah. Banyak juga dapat. Balance ada sikit lagi dalam jug tu. Sejukkan dalam peti selama 1 jam then boleh makan.

Siap! Tengoklah kejadiannya yang elok ni. Sedap makan sejuk sejuk.

Dadih versi dragonfruit untuk adik dan coklat utk abg. Saya guna susu coklat abangnya yang umur 4 tahun.

Mudah je kan? Mamawa dah buat dan hasilkan dadih yang tak terlalu berair. Rasanya memang tawar, nak perasa sikit boleh letak buah kesukaan anak.

*kalau nak buat flavour buah, air + puree buah jadikan 450 ml ya.

Semoga bermanfaat ibu ibu.

Published by
SRM