Sedapnya Minum Air Katira Masa Berbuka. Yang Ni Versi Jimat & Pantas. Senang Je Nak Buat!

Share

Selain juadah berbuka, minuman yang sejuk dan enak juga menjadi salah satu hidangan wajib ada di atas meja ketika berbuka. Salah satu minuman yang boleh dijadikan pelengkap hidangan adalah air katira yang sedap. Pendek kata boleh buat kecur air liur lah!

Menerusi perkongsian di Facebook Masak Apa Hari Ini oleh Puan Sheila Fendy berkongsi resepi air katira yang jimat dan boleh dibuat dengan cepat. Semestinya sedap, rugi kalau tak cuba!

Resipi wajib cuba: Buat Sendiri Murtabak Untuk Berbuka, Mudah & Sedap Senang Nak Makan Bila-bila Masa

Bahan-bahan:

  • Pewarna minuman berperisa tebu (brand Double Lion)
  • Susu pekat manis
  • Chia seed / Biji Selasih
  • Cincau (Sukatan ikut suka sesedap mata dan rasa)

* Kenapa tebu? Tak rasa tebu ke nanti air tu? Ya sahabat semua, tak rasa tebu pun. Tapi rasa macam air katira sebenarnya.

*Sukatan mengikut sesedap mata memandang dan sesedap rasa.

*Air cincau tu tapis ya. Ambil cincaunya je. Carik kat semua kedai stok cincau asli tu habis. So kita ganti dengan cincau tin je.

Cara-cara penyediaan:

  1. Mula-mula, masukkan perasa tebu ikut banyak mana bancuhan kita.
  2. Seterusnya masukkan cincau. Sebenarnya saya cari cincau asli di kedai tapi tak ada stok, semuanya habis. Jadi, saya guna cincau dalam tin saja. Saya tapiskan cincaunya.
  3. Tambahkan Chia Seed. Kalau ada biji selasih, boleh gunakan juga.
  4. Akhir sekali, masukkan susu pekat manis sesedap rasa.
  5. Masukkanlah air kosong dan ais buat penyejuk tekak.Siap!

Boleh tambah bahan lain ikut kreativiti. Resepi ini memang ekspres dan simple saja. Boleh berjimat dan buat banyak-banyak bagi satu keluarga minum. Kalau ada yang cukup bahan macam yang digunakan dalam resepi air katira asli, bolehlah ditambahkan ke dalamnya. Kalau tak ada, pakai apa yang ada sajalah. Walaupun ringkas, boleh tahan sedap juga.

Sumber: Puan Sheila Fendy (MAHN)

Resipi wajib cuba: Tak Perlu Tauhu, Guna Kulit Popia Je! Popia Bergedil Rangup Sedap Buat Menu Berbuka Esok!

 

Published by
SAHR