Tanggal 18 Oktober lalu, penyanyi Fara Hezel yang juga kakak kepada Aiman Tino telah pun selamat melahirkan bayi sulungnya. Kelahiran cahaya mata sulung yang sememangnya dinantikan keluarga ini.
Menerusi satu entri di instagram miliknya semalam, Fara Hazel telah pun mendedahkan nama buat putera sulungnya.
Farah dan suami sepakat memilih nama cukup indah buat anak sulung mereka, Tengku Muhammad Aisy Al-Abidin Petra Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin. Nama dengan makna yang cukup indah dan sempurna.
“Bismillahirrahmanirrahim. Syukur ke hadrat Illahi kerana mengurniakan rezeki kepada kami seorang cahaya mata yang selamat dilahirkan pada 18/10/2020 jam 6.05am.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan putera sulung kami. Tengku Muhammad Aisy Al-Abidin Petra bin Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin,” tulisnya.
Bukan hanya berkongsi nama, bahkan Fara juga turut berkongsi gambar si comel Tengku Muhammad Aisy selepas 10 hari kelahirannya. Semoga teruslah menjadi pelengkap bahagia buat ibu dan ayah.
“Handsomenya Baby Muhammad”
Dalam pada itu, para pengikut Fara di instagram turut memuji nama indah itu. Tidak kurang juga yang mengucapkan tahniah di atas kelahiran dan mendoakan kesejahteraan ibu dan bayi.
Ads
“Tahniah.. Comelnya baby & nama lawa”
“Hensemnya baby Muhammad. Assalamualaikum baby”
“Tahniah farahhh!!!! Comelnya baby & nama diaaaaa fuhhhhhh! Sedap gila. Semoga jadi anak yang baik ya baby”
Ads
Terdahulu, Fara yang juga merupakan kakak kepada penyanyi Aiman Tino itu mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin pada 20 Disember 2019.
Mahal macam mana pun botol tukarlah dengan kerap. Jangan kedekut. Menjadikan botol susu sebagai satu koleksi sangat-sangat tidak relevan..(kecuali belum guna).
Perkongsian dari Maya Darwish cukup membantu ibu bapa supaya tidak bersikap acuh tak acuh atau dalam kata lainnya tengok botol masih elok niat nak tukarkan tu ditangguhkan.
Tengah bancuh susu anak, entah kenapa tiba-tiba teringat ‘Eh, berapa lama eh boleh tahan satu botol susu ni.. takkan la pulak selama-lamanya..’
Pernah tak terfikir benda yang sama ? Berapa lama jangka hayat botol susu anak kita tu ? Apa efek bahaya guna botol susu terlampau lama kepada anak ?
TAHU TAK ?
Rupanya bahaya guna botol susu yang dah lebih 3 bulan. Tambah lagi yang dah banyak calar balar kat bahagian dalam botol tu. Calar-balar tu akan keluarkan toksid dan bahayakan kesihatan anak kita. Cuma kalau yang botol BPA Free tu paling maksimum pun 6 BULAN SAHAJA TAHAN.
APA ITU BISFENOL A (BPA) ?
Bisfenol A (BPA) ni bahaya terhadap keluarga kita (bayi terutamanya). Bisfenol A (BPA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin.
JANGKA HAYAT BOTOL SUSU
Jika botol susu yang ada BPA jangka hayatnya hanya 3 ke 6 bulan. Manakala botol susu yang BPA FREE jangka hayatnya lebih panjang, namun sebaiknya tukar sekiranya berubah warna botol, banyak kesan calar dan sudah kekuning-kuningan.
KESAN BPA TERHADAP KESIHATAN DAN BAYI
BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen.
Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan. Bahkan janin dalam kandungan (ibu hamil jaga pemakanan anda) dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.
Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti :
-Baligh awal
– Kanser payudara
– Kanser prostat
– Penyakit jantung
– Obesiti
– Kencing manis
– Dan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom !
FAKTOR PENGARUHI LARUT RESAP BPA KE DALAM MAKANAN
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan larut resap ini berlaku dengan lebih banyak. Antaranya :
Kepanasan (api dan matahari)
• Calar
• Pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia (termasuk sabun pencuci)
TIPS MENGELAKKAN BPA
Anda mungkin sukar untuk mengelakkan secara mutlak penggunaan produk yang mengandungi BPA ini, tetapi anda dapat mengurangkannya dengan mengamalkan langkah-langkah berikut ~
Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat sama ada menggunakan ketuhar gelombang mikro atau pun direbus.
Kurangkan pengambilan makanan dalam tin, pilih yang segar atau sejuk beku. Jika mahu yang segera, pilih dalam botol kaca. Seboleh mungkin, gunakan bekas makanan daripada porselin, kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan atau minuman panas.
Berikan permainan yang selamat untuk anak anda. Lihat kod plastik di bawah permainan. Kod 7 adalah polikarbonat (elakkan juga kod 3 kerana ia mengandungi toksin).
Jika mahu membungkus sup atau air panas dari penjual makanan, bawa bekas makanan atau minuman anda sendiri. Jangan gunakan plastik !
Jangan membiarkan air di dalam botol air mineral terjemur di dalam kereta, dan kemudian meminumnya.
TIPS ELAK BPA PADA BOTOL SUSU ANAK ANDA
Gunakan botol susu daripada KACA atau STANLESS STEEL (tahan lama dan tak perlu risau tentang BPA) atau boleh juga gunakan botol plastik yang bebas BPA (tapi perlu tukar dalam masa 3 bulan atau paling lama 6 bulan). Elakkan menggunakan botol polikarbonat.
Jika anda menggunakan juga botol polikarbonat, pastikan ia tidak dijemur, tidak dipanaskan dan tidak dimasukkan air panas menggelegak ke dalamnya.
Elakkan calar dengan menggunakan berus yang lembut daripada plastik dan span, bukan berus daripada dawai untuk membasuh botol susu bayi.
Gunakan sabun yang sesuai dan selamat untuk mencuci botol anak anda.
BILA BOTOL ANAK PERLU DITUKAR SEGERA ?
1- Kesan Calar Pada Botol
Kesan calar dalam botol anak juga perlu diperhatikan,jika mempunyai banyak kesan calar, anda perlu menukarkan botol anak. Dibimbangi terdapat pembebasan toksik atau bahan kimia daripada plastik botol tersebut.
2- Sterilizer
Pengunaan sterilizer ini sebenarnya dapat mengurangkan jangka hayat botol ,contohnya jika botol boleh digunakan 6 bulan mungkin hanya boleh digunakan 4 bulan. Salah satu sebab adalah kerana ianya melibatkan penggunaan haba yang tinggi.
Pendedahan terhadap air yang menggelegak juga boleh menyebabkan botol polikarbonat melepaskan Bisphenaol A (BPA) dengan kadar lebih cepat berbanding terdedah kepada air sejuk atau air suam.
3- Warna Botol
Jika botol anak kelihatan kekuningan, ianya adalah tanda botol perlu ditukar. Lebih-lebih lagi sekiranya terdapat kesan calar di bahagian dalam botol.
4- Bau
Jika botol sudah berbau tidak nyaman walaupun kerapkali kali dibasuh, tukar botol kerana bau tidak menyenangkan boleh berpunca daripada kulat atau mikroorganisma di dalam botol.
5- Pengunaan Sabun Pencuci Botol
Penggunaan pencuci botol susu juga perlu di ambil kira. Mencuci dengan menggunakan sabun biasa ataupun sabun pencuci pinggan perlu dielakkan. Ianya bukan sahaja mengandungi bahan kimia menghakis, malah memberikan kesan bahaya kepada anak sekiranya sabun tidak dibilas dengan bersih. Gunakan bahan pencuci yang bersifat ORGANIK.
Sekarang dah tau kan ? Semoga perkongsian ni beri manfaat kepada ibu-ibu semua, buat pilihan yang tepat untuk kesihatan Si Manja yang tersayang.
Kalau anak demam memang rasa tak tenang hati. Nak buat kerja pun serba tak kena. Tambah pula bila anak anak demam, makan pun kadang anak tak nak. Risau anak tak ada tenaga jugak.
Kita kalau demam, pun tak lalu makan. Anak pun sama jugak kisahnya. Tak perlu paksa anak yang demam untuk makan kalau diorang tak nak ok. Berikut perkongsian Dr Mazliana Mazlan untuk panduan ibu bapa.
Kita cuba cari pilihan makanan yang lebih ringan, dan lebih sesuai kalau anak tak berapa lalu sangat nak ambil makanan berat.
Sediakan 10 makanan macam ni bila anak demam:
1. Air kelapa sumber hidrasi utama
2. Madu sebagai ejen antibakteria dan antifungal
3. Air probiotik untuk naikkan imuniti
4. Keledek untuk sumber tenaga
5. Oren tinggi vitamin C
6. Pisang sumber tenaga ekspres
7. Telur untuk tahan lapar
8. Bubur ayam kalau anak nak makan nasi
9. Sup atau singgang banyakkan rempah ratus yang melawab jangkitan kuman
10. Aiskrim buah tanpa gula untuk sejukkan tekak
Selain ubat, makanan sangat perlu kita titikberatkan waktu anak demam. Hanya real food untuk anak.
Blend buah dan air, tambah madu sikit, masuk dalam mould aiskrim. Lega tekak anak tau.
Makanan tinggi proses, elakkan terus ye waktu anak demam. Makin lambat anak nak sembuh.
Demam ni bagus, tanda badan anak aktif untuk melawan benda asing yang ada dalam badan mereka.
Kalau kita selalu bajakan tubuh anak dengan real food, insyaAllah imuniti kuat, anak mudah nak sembuh.
Andai kata kadang tu, bila anak susah sangat nak sembuh bila demam, cuba sesekali kita check balik, apa sebenarnya yang anak makan. Ubah sikit je, insyaAllah akan nampak hasil yang ketara.
Kita cuba sama-sama ya, cari pilihan makanan yang baik buat anak-anak terutama waktu anak demam.
Kredit: Dr Mazliana Mazlan
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Follow saya di sini jugak k.
instagram.com/mazliana.mazlan
t.me/sembangsihat
Pemakanan anak boleh jadi punca kepada permasalahan kesihatan anak. Sebab itu bila anak sakit, ibu bapa kena periksa jenis makanan apa yang selalu anak makan.
Seperti yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan, bila anak sakit, terutama yang berkaitan dengan saluran pernafasan, ini sepatutnya ibu bapa kena perhatikan.
Biasanya bila anak sakit, saya akan cuba elak sebolehnya makanan yang akan perbanyakkan kahak.
Bila anak batuk atau selsema, saya suka buat sup atau singgang, yang mana kuantiti bawang putih dan halia saya lebihkan dari biasa.
Jika ada ibu ayah yang bawa anak mereka ke klinik, juga saya akan berikan maklumat makanan apa yang perlu dihentikan sementara dan makanan apa yang perlu diperbanyakkan untuk proses penyembuhan dengan lebih cepat.
Ada juga yang datang ke klinik, hanya dengan sebab berkahak tapi tiada batuk mahupun selsema. Bila diambil sejarah pemakanan secara ringkas, mereka memang ambil makanan penggalak kahak secara harian.
Tidak lupa juga untuk saya ingatkan ibu ayah yang ada anak yang diuji dengan asma, elakkan terus makanan penggalak kahak jika mampu. InsyaAllah asma akan jarang-jarang sekali nak dekat dengan anak.
Makanan, tidak dipanggil ubat. Tapi, ia boleh bantu proses penyembuhan jika diambil dengan cara dan kaedah yang betul.
Follow saya di FB dan telegram t.me/sembangsihat untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!