Sepinggan nasi goreng tak pernah menghampakan. Apa lagi kala dimakan ketika waktu panas. Memang boleh habis licin satu pinggan. Nak cuba kelainan?
Apa kata kali ini mama sediakan nasi goreng sotong kunyit pula untuk keluarga. Bagi suami yang suka makan pedas-pedas, bolehlah ditambah cili padi. Memang umphh resipi perkongsian Har Ryea ini.
Pernah bagitau sebelum ni yang Kak Su dapat resepi dari Tik Tok. Tapi hari ni Kak Su tambah sotong.
Bahan-bahan:
Nasi putih
Bawang merah, bawang putih
Cili padi merah, hijau
Ikan bilis
Telur
Sotong
Kunyit
Garam secukupnya
Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada merah dan sedikit cili padi hijau.
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sampai garing, lepas tu ketepikan sikit.
Masukkan telur.
Dah masak sikit, hancur-hancurkan telur tu. Ketepikan jugak.
Masukkan bahan-bahan yang dah ditumbuk, tumis hingga wangi & sedikit garing.
Masukkan garam, ajinomoto & sedikit serbuk kunyit.
Masukkan sotong yang dah dikeringkan airnya dulu. Gaul rata semua bahan-bahan.
Lepas tu masukkan nasi dan kacau rata sehingga masak sekejap.
Alhamdulillah siapp sudah. Sedap!
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI