Bosan dengan air biasa ketika berbuka, sesekali apa kata kita cuba hasilkan air istimewa pula untuk anak-anak. Gabungan dua buah ini, kelapa dan honey dew atau tembikai susu sememangnya cukup istimewa.

Gabungan air kelapa bersama isinya yang lembut dan manis buat tembikai susu buat air Punch Honey Dew ini cukup sedap. Pasti tak cukup secawan! Jom cuba resipi perkongsian Bam Azimad ini.

Sedapnya Punch Honey Dew, Gabungan Isi Kelapa & Honey Dew, Segarnya Waktu Berbuka!


Ternampak di youtube, punch honey dew dari seberang. Teruja nak mencuba lebih-lebih lagi nampak masa bulan puasa. Bahan-bahan ada pada gambar.

Bahan-bahan:
Biji selasih -yang dah direndam kembang
Sirap honey dew (nak guna kordial pun boleh, suka hati nak letak banyak mana janji manis yang disukai)
1 biji kelapa muda -ambil isinya
Air kelapa daripada sebiji kelapa
Limau nipis -dipotong nipis, buang biji. Suka hatilah nak guna sebiji atau 2 biji.
2 biji lemon -ambil airnya
1/2 biji buah honey dew yang dah dikeruk.

Sedapnya Punch Honey Dew, Gabungan Isi Kelapa & Honey Dew, Segarnya Waktu Berbuka!

Ads

 

Ambil isi honey dew macam ni.

Sedapnya Punch Honey Dew, Gabungan Isi Kelapa & Honey Dew, Segarnya Waktu Berbuka!

Isi kelapa pun sama. Masa beli kelapa muda, cakap dengan penjual tu nak kelapa yang isinya banyak/tebal. Dia akan goncang-goncang dan tau mana yang ada isi. Kadang-kadang beli kelapa muda, isinya nipis sangat.

Ads

Sedapnya Punch Honey Dew, Gabungan Isi Kelapa & Honey Dew, Segarnya Waktu Berbuka!

Semua bahan-bahan disatukan dalam bekas dan letak air batu.

Sedapnya Punch Honey Dew, Gabungan Isi Kelapa & Honey Dew, Segarnya Waktu Berbuka!

 

Ads

Siap diminum, terbaik!

Artikel berkaitan: Jus Nenas Soda Terangkat, Segarnya Lepas Berbuka, Rasa Tip Top

Sedapnya Kopi Ais Kaw-Kaw, Ini Sukatan Tepat Kalau Nak Sedap & Padu

**Nak menang hadiah menarik dari SSPN, boleh hantar penyertaan Cabaran RM10 mengikut kreativiti anak. Nak tahu lanjut boleh klik sini.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI