Bila terfikirkan bersarapan di restoran kacang pool popular di Johor Bharu, mulalah terasa ingin sangat hendak merasa. Namun PKP membataskan kita untuk sampai ke sana.
Tak perlu merentas negeri, apa kata kita sediakan sendiri Kacang Pool dengan Roti Bakar untuk anak-anak dan suami sekeluarga untuk sarapan nanti. Jom cuba resipi perkongsian Farith Ismail.
Alhamdulillah settle kacang pool malam ni. Habis seperiuk besar. Cara Saya buat kacang pool.
Bahan-Bahan:
4 Jenis Kacang saya guna
(macam dalam gambar), kalau sekadar nak makan sendiri cukup kacang foul tu je lah setin. (buang air dan semua kacang ni kisar)
Daging kisar (saya guna ramly).
Bawang merah, halia, bawang putih (kisar)
Serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk kari ayam/daging(semua ni saya guna jenama babas)
Minyak Sapi sikit
Panaskan minyak, masak daging dulu, kacau-kacau sampai hancur elok.
Bila daging dah masak, masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia tadi).
Agak-agak 3 hingga 4 minit lepas tu masukkan semua serbuk rempah kat atas tadi.
Kemudian masukkan sedikit minyak sapi. Sedikit dah lah, minyak sapi mahal.
Lepas tu masukkan semua kacang-kacang yang dah dikisar halus tadi.
Masukkan garam sedikit dan biarkan mereneh hingga meggelegak.
Siap. Lebih tu bolehlah dihidang.
Nak hidang jangan guna cili api pula, guna cili hijau besar..haha.
Menarik: Resipi Sambal Daging Cili Api Superb, Makan Dengan Nasi Panas-Panas, Memang Padu
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI