Puding yang satu ini pastinya dapat menarik perhatian anak-anak kita. Mana tidaknya, sumi segera dijadikan bahan utama dalam pembuatan puding sumi. Memang berebut anak nanti.
Nak buatnya macam mana? Ini cara yang dikongsikan oleh Zanariah Yusof. Memang sedap!
Bahan-bahan:
1 bungkus agar-agar tali
6 cawan air
Gula batu -agak-agak ye
Bahan blend:
4 keping roti
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat
1 biji telur
Esen vanila
Buka sumi dan susun dalam bekas siap-siap. Siap susun terus simpan dalam peti beku. Suhu jangan tinggi sangat nanti sumi beku. Tujuan untuk bagi sumi melekat dan berat.
Masak agar-agar, air dan gula batu sampai hancur.
Ads
Sementara mendidih, blend roti, susu cair, susu pekat, esen dan telur sampai sebati.
Kalau nak buat 2 lapisan, setiap warna asingkan adunan yang ori dulu ya kemudian baru masukkan bahan blend tadi dalam periuk yang ada agar-agar. Masak sampai sebati.
Kecilkan api dan asingkan 5 senduk, ikut berapa nak lapisannya.
Ads
Dan asingkan dalam mangkuk yang untuk dilayer baru keluarkan sumi dari peti beku tadi Jangan angkat atau disengetkan sumi.
Masukkan adunan perlahan-lahan sampai habis. Letak sikit-sikit je.
Adunan pertama letak adunan susu (4-5 senduk yang diasingkan tadi). Bagi adunan suam dulu baru titiskan sikit-sikit atas sumi.
Sebelum layer kedua, lorek sikit guna lidi atau garfu supaya lapisan pertama dan kedua melekat. Untuk layer kedua baru letak warna, perasa pada adunan susu dan adunan yang original tadi. Bagi suam dulu baru melapis. Ulang step sama sampai habis adunan.
Ads
Bila adunan kedua mengeras, teruskan lapisan seterusnya pula. Biarkan mengeras kemudian terbalikkan perlahan-lahan.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Bijaknya Adik Huzaifah dan ibunya, Ustazah Aishah melakukan solat Subuh dengan tertib rukunnya. Semoga adik-adik BK rajin mendirikan solat, kerana solat tiang agama tau!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kanak-kanak kalau suruh makan sayur memang kebanyakkannya akan menolak. Tapi kalau diajak makan makanan segera seperti nugget, sosej dan makanan proses lain memang tak pernah kata tidak.
Perkongsian resepi seorang ibu menerusi laman Facebook Makan Apa Hari Ni (MAHN) boleh dijadikan salah satu cara untuk ibu buatkan anak jadi suka nak makan sayur. Nugget dengan keju dan juga dicampur bayam pastinya memberikan rasa yang luar biasa untuk anak-anak. bentukkan seperti makanan kegemaran mereka iaitu nugget, mesti berebut semua nak makan.
“CHEWY CHEESE SPINACH”
Bahan-bahan:
250g Mozarella parut (kalau yg ketul, parut kan utk senang cair)
250g Cream cheese (apa2 brand pun boleh)
1 cwn daun bayam racik (daun sahaja tau no batang2)
1sdb butter
1 ulas bawang putih cincang
1sdk lada hitam tumbuk halus
1sdk garam halus
Note:
** Nak taruk isi ayam cincang pun boleh
** Nak ganti daun sawi pun boleh
** Nak guna carrot pun sedap… parut halus & perah sikit air dia
** Nak guna brokoli pun ok… ambik kepala brokoli tu cincang halus
**Nak campur pun ok sangat2… lantak cayam2 nak selera mcm mana wokey
Cara-cara:
Panaskan pan, masukkan butter & bawang putih cincang. Biar naik bau. Api slow je ye sebab tak mahu bahan dua bahan tersebut garing.
Masukkan kedua-dua cheese bedebah tu… Kacau supaya cair
Bila cheese bedebah dah cair & bercampur masukkan daun bayam, pepper & garam. Kacau ratakan sampai bayam tu agak2 dah layu @ tukar color hulk
Salin dlm bekas yg sesuai @ x lekat… @ sapukan bekas dgn minyak sikit. Minyak tu nipis2 jek cayam2 ye.Atau pun kalau nak buat bulat2, time ni sesuai sbb dia masih panas. Kalu sejuk nnt dah susah nak bentukkan.
Tekan2 sikit biar dia rata… bila dah sejuk masukkan dlm peti sejuk 30 minit sehingga dia set
Bila dah set, potong size yg cayam2 nak… jgn terlalu tebal @ halus wokey…
Kalau x nak potong, terap la guna cookies cutter. mesti comel
Mandikan dgn 1/2 cwn tepung gandum
Celup dlm 2 bj telur yg dah di kepuk slow dgn garfu.***Kalu nak kulit luar tebal guna kaedah :
Tepung > telur > tepung > telur > bread crumb
Coating pulak dgn 1 cwn bread crumb oren.
Tada… siap. Sebelum goreng, simpan di tempat beku 15 minit, Lepas tu panaskan minyak, goreng dgn api slow sampai kekuningan. Nak frozenkan pun boleh… Nyum2…
Macam-macam biskut moden yang diolah dengan pelbagai resipi menjadi pilihan tiap kali menjelang hari raya. Namun bagi sesetengah individu, biskut style lama tetap tiada tandingannya walaupun banyak pilihan yang ada sekarang.
Ok kali ini bagi peminat biskut legend yang teringin nak buat Biskut Mazola, resipi tersangat mudah dari Cikgu Azlina Ina ini wajib anda cuba. Tak perlu nak mixer, nak goreng atau tumbuk kacang.
Olahan resipi ni hanya gaul je semua bahannya sehingga jadi doh dan boleh bentuk ikut citarasa masing-masing. Mana-mana yang tak pernah buat biskut, buat resipi ni dijamin hasilnya puas hati.
**Nak menang hadiah menarik dari SSPN, boleh hantar penyertaan Cabaran RM10 mengikut kreativiti anak. Nak tahu lanjut boleh klik sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menu sardin adalah makanan yang paling versatil, masak cara apa pun mesti sedap rasanya.
Namun, ramai yang mungkin tak tahu sebenarnya hidangan sardin ini boleh dibuat sendiri dan pembuatannya juga mudah.
Bila buat sendiri, sudah pasti terjamin jimat, bersih dan halal kan. Tambah lagi rasanya lebih fresh daripada yang dalam tin.
Antara ikan yang boleh digunakan adalah sardin, makerel ataupun tamban.
Bahan-bahan;
Ikan (2kg)
Tomato puri (1 tin)
Cili kisar (2 senduk)
Bawang kisar (2 senduk)
Air asam jawa (1 cawan)
Sos cili (1 botol)
Garam
Serbuk perasa
Cuka
Minyak (untuk menumis)
Cara membuatnya;
1. Tumis dahulu bawang kisar dan cili kisar sehingga minyak pecah.
2. Kemudian, masukkan air asam jawa, cili sos dan tomato puri.
3. Tambah air sehingga menutupi ikan. Lebih pun boleh kerana kuah akan cepat pekat apabila masuk dalam pressure cooker nanti.
4. Masak kira-kira dalam 60 minit, tulang ikan akan menjadi lembut seperti sardin tin yang selalu dibeli.
Tip;
Bagi yang tidak menggunakan pressure cooker, anda perlu memasak selama tiga hingga empat jam.
Namun, hasilnya tidak begitu cantik jika dibandingkan dengan menggunakan pressure cooker.
Untuk sukatan ini, ia dapat menghasilkan sebanyak lima bekas bagi ikan seberat dua kg. Selamat mencuba!