Sedapnya Resipi Rainbow Saltcheesekut Ni, Rupa Cantik Rasa Pun Tip Top!

Share

Sebut sahaja cheesekut pasti terbayang kesedapannya apa lagi sebaik dikeluarkan dari peti sejuk. Manis dan cukup berlemak.

Kali ini apa kata kita berkreatif pula dengan warna, Rainbow Saltcheesekut yang pastinya buat anak tertarik. Hanya masukkan beberapa warna sahaja dan selang selikan seperti biasa dengan biskut dan nestum. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Pn Ada Suhaq ini.

Bahan-bahan:
500g cream cheese
3/4 tin susu pekat
Susu full cream
Saltcheese biskut
Nestum

Cara buat sama macam dok buat cheesekut biasa-biasa tu. Cuma letak warna je.

Blend susu pekat dan susu cair. Celup biskut ke dalamnya.

Susun biskut yang dicelup tadi masukkan dalam bekas. Letakkan cream cheese (ikut suka warna apa) dan ratakan.

Tabur nestum rata.

Susun biskut lagi dan ulang step tadi hingga penuh bekas.

Last sekali tabur nestum atau hiaslah dengan apa-apa yang korang suka. Dah siap!

Masukkan dalam peti ais dalam 2@3jam.

Baca: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak, Ini Apa Yang Boleh Dibuat

**Nak menang hadiah menarik dari SSPN, boleh hantar penyertaan Cabaran RM10 mengikut kreativiti anak. Nak tahu lanjut boleh klik sini

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM