Sedapnya Salmon Orange, Ringkas Tapi Menyelerakan. Tak Pedas, Anak Kecil Confirm Suka

Share

Bagi ibu yang mempunyai anak kecil, mesti ligat berfikir sajian berbuka puasa yang tidak pedas tapi sedap.

Ikan dan kerang-kerangan adalah sumber nutrien. Ikan salmon juga tidak terkecuali. Ia adalah sumber protein, vitamin dan mineral yang sangat baik termasuk kalium, selenium dan vitamin B12. Di samping itu, kandungan asid lemak omega-3 juga tinggi. Sesuai untuk dijadikan sajian untuk keluarga.

 



Apa kata hari ini cuba sajian salmon yang dikongsikan wanita ini sebagai sajian berbuka puasa. Nampak sedap dan menyelerakan. Confirm tak hanyir kerana ada campuran limau didalamnya. Mungkin ada di antara mama papa yang tidak suka sajian yang ada kuah lemak bersantan, resepi ini mungkin menepati cita rasa. Rasa masam manis ditambah dengan rasa lemak ikan salmon akan membuatkan anak makan bertambah berbuka puasa nanti.

 

Kepada yang tidak boleh menggunakan salmon, boleh menggunakan ikan-ikan jenis lain seperti tenggiri. Ikuti cara penyediaanya. Beberapa bahan yang digunakan boleh disesuaikan dengan anda dan si kecil terutamanya garam, gula dan bahan perasa.

SALMON ORANGE

Resepinya adalah;

( Untuk Ikan )

  • 2-3 sudu makan Minyak Olive / Sawit
  • Salmon Filet
  • Garam
  • Lada Hitam (boleh kurangkan kuantiti jika anak tidak suka pedas)

Cara penyediaan ikan

  1. Guna kuali non-stick supaya ikan tak lekat.
  2. Tabur garam dan lada hitam kedua-dua belah ikan.
  3. Goreng sampai masak macam gambar.

( Untuk Sos Oren )

  • 2-4 ulas Bawang Putih
  • 2.5 tsp Rosemary Segar / Kering
  • 1/2 Cawan Air
  • 1/2 tsp Pati Ayam (opsyenal)
  • 1.5 biji Parutan Kulit Orange
  • 1.5 biji Jus Orange Segar
  • 1 tbsp Jus Lemon Segar
  • 1.5 tbsp Madu
  • 1 tbsp Gula
  • 2.5 tsp Tepung Jagung ( untuk memekatkan kuah )
  • Beberapa potong buah orange

Cara penyediaan sos

  1. Tumis bawang putih bersama rosemary.
  2. Dalam bekas yang lain sediakan dulu campuran semua bahan lain kecuali tepung jagung.
  3. Campurkan kesemua bahan bila tumisan rosemary dan bawang putih telah wangi.

Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung & sedikit air untuk pekatkan kuah. And . . . . It’s done ?.Credit to Kak Lina Tomas from US for sharing the recipe!

Sumber: Hana Sanchezs Ahmad


Published by
Azma ML