Bila anak semakin membesar ni, banyak betul kerenah dia. Ada saja benda dia buat yang mencuit hati kita. Seronok bila dapat lihat sendiri anak membesar depan mata apatah lagi bila kita dapat rakamkan momen indah itu.
Salah seorang anak selebriti yang sering menjadi tumpuan adalah Talita. Anak perempuan kepada pasangan Raja Ilya dan Trent Garret ini selalu menarik perhatian ramai dengan gelagatnya yang comel.
Terbaharu, Raja Ilya berkongsi video Talita sedang makan. Yang mencuri perhatian adalah apaila dia bermain dan mencuba untuk menyembunyikan biskut di celahan sofa.
Biarpun selalu menggunakan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi di rumah, tetapi Raja Ilya tetap mengajarkan Bahasa Melayu kepada anaknya itu.
Antara komen yang ada;
Ads
Ads
Di dalam video tersebut, Raja Ilya sempat menegur perbuatan Talita dan meminta anaknya duduk ketika makan. Wajah Talita ketika itu kelihatan selamba seolah-olah memahami apa yang dikatakan oleh ibunya.
Sumber foto: Instagram Raja Ilya
Comel sungguh Talita, memang anak yang cerdik dan banyak akalnya. Memang geram tengok gelagat Talita, dia nampak seperti anak yang mudah dijaga dan happy go lucky! Semoga Talita terus membesar dengan sihat dan akan membanggakan kedua orang tuanya.
Bila tengok bayi lain yang sebaya dengan anak boleh berjalan, pasti akan timbul keinginan untuk melihat si kecil untuk memulakan langkahnya, bukan? Tetapi boleh ke bantu baby untuk mula berjalan atau bertatih?
Bantu bayi bertatih
Rasanya memang naluri semula jadi ibu bapa untuk membantu anak, termasuklah dalam hal melibatkan bila si manja mahu memulakan langkah pertamanya.
Ada masanya kita berasakan bahawa mereka memerlukan bantuan dalam mengembangkan kemahiran motor dan ia adalah tugas ibu bapa untuk membantu merangsang si manja mula melangkah.
Walau bagaimanapun, menurut seorang pengarang buku keibubapaan, Janet Lansbury, sebenarnya ibu bapa tidak seharusnya memaksa bayi untuk mula berjalan.
Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan perbuatan tersebut tidak digalakkan. Antaranya:
Bahasa tubuh
Sebenarnya apabila berkaitan dengan perkembangan motor, bayi boleh mempelajarinya sendiri. Ini kerana mereka sebenarnya lebih mengetahui sama ada mereka sudah bersedia untuk memulakan langkah atau tidak.
Apabila anda memegang tangan si manja untuk membolehkan mereka bertatih, anda secara tidak langsung menghalang keupayaan diri mereka untuk mencari keseimbangan diri dan menentukan apa yang mereka boleh lakukan atau tidak.
Sebaiknya anda perlu mempercayai bahawa si manja anda akan memulakan langkah pertamanya sebaik sahaja mereka bersedia untuk melakukannya.
Keselamatan
Kewaspadaan serta keselamatan merupakan perkara yang saling berkaitan, dan perbuatan membantu si manja untuk berjalan membuatkan mereka menjadi kurang berwaspada.
Ini kerana tindakan itu membuatkan mereka berada dalam keseimbangan dan kebolehan palsu.
Bayi yang diberikan kebebasan untuk bergerak dan berkembang dalam cara mereka sendiri memperolehi pengetahuan untuk membuatkan mereka kekal selamat.
Pemikiran dan keseimbangan akan berhubung dan langkah yang akan diambil adalah dengan lebih berhati-hati. Situasi ini sekali gus mengurangkan risiko untuk melakukan kesilapan dalam pergerakan.
Kebergantungan
Apabila kita membantu si comel untuk bertatih, ia mungkin menyebabkan mereka ingin diperlakukan sebegitu secara berulang kali.
Keadaan ini bukan sahaja menimbulkan situasi kebergantungan kepada individu dewasa untuk mengimbangi badan, ia juga sebenarnya memupuk satu tabiat yang tidak sihat dalam aspek perkembangan motor bayi.
Sakit belakang
Well, kesakitan ini adalah perkara yang akan dilalui oleh ibu bapa yang kerap membantu bayi untuk berjalan dan bertatih.
Sudah tentu ia adalah satu perkara yang tidak bagus untuk kesihatan anda kerana ia bukan sahaja boleh mengganggu perjalanan tugasan harian, malah ia mungkin akan menjejaskan mood seharian anda.
Kawalan
Niat anda mungkin ingin membantu si kecil untuk bergerak secara bebas. Namun sebenarnya tindakan kita ini adalah seperti mengawal si kecil dan menjadikan pergerakannya terbatas.
Anak-anak kecil memerlukan latihan bergerak secara bebas untuk membolehkannya memperolehi kemahiran baru. Jadi cara terbaik adalah untuk menggalakkan mereka secara bebas dan mempercayai naluri dalaman mereka.
Walaupun kita berasa apa yang kita lakukan adalah untuk membantu si manja untuk cepat berjalan, hakikatnya perbuatan itu lebih banyak memberikan kesan yang tidak sihat kepada perkembangan mental dan fizikal si manja.
Jadi berikan mereka peluang untuk membangunkan keyakinan dan kepercayaan kepada diri.
Yakinlah, apabila mereka bersedia, mereka akan memulakan langkah pertama mereka dengan sendirinya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penglihatan ialah merupakan salah satu deria yang paling banyak banyak berkembang ketika dilahirkan. Input visual pada bulan-bulan awal mungkin mempunyai kesan yang paling mendalam terhadap sistem saraf bayi yang berkembang. Kenapa rangsangan visual sangat penting untuk bayi? Bagaimanakah mama dan papa boleh memberikan merangsang deria visual bayi yang baru lahir?
RETINA BELUM BERKEMBANG SEMASA DILAHIRKAN Semasa kelahiran, retina pada mata bayi masih belum berkembang sepenuhnya. Retina adalah lapisan belakang mata yang berfungsi untuk mengesan cahaya. Retina orang dewasa berupaya membezakan pelbagai warna dan tona yang berbeza, tetapi retina bayi baru lahir hanya berupaya untuk mengesan warna yang mempunyai kontras yang ketara iaitu sama ada bercahaya dan gelap; atau hitam dan putih.
BAGAIMANA RANGSANGAN VISUAL MEMBANTU OTAK BAYI BERKEMBANG
Selepas lahir, sel-sel saraf pada otak bayi tidak teratur dan tidak terhubung dengan baik. Ketika bayi membesar, otaknya akan menerima apa jua rangsangan melalui kelima-lima deria. Input ini menyebabkan sel-sel saraf untuk berkembang dan membentuk pelbagai sambungan dengan sel-sel saraf yang lain.
Inilah sebabnya mengapa rangsangan visual sangat penting. Sebagai contoh, jika bayi tidak dirangsang, pusat visual di otaknya tidak akan berkembang, saraf optik akan berkurang dan penglihatannya tidak akan dapat dibangunkan dengan optimum.
Sebaliknya, jika anda memberikan input visual yang berterusan kepada mata bayi, retina mata dan saraf optiknya akan berkembang. Kesannya bahagian visual pada otak bayi akan berkembang dengan baik.
6 CARA RANGSANGAN VISUAL UNTUK MATA BAYI
Mama dan papa boleh memberikan ara untuk merangsang penglihatan yang terbaik kepada bayi dengan menggunakan imej berjalur hitam dan putih atau warna-warna kontras yang terang dan gelap. Penyelidikan telah membuktikan bahawa imej kontras hitam dan putih memberikan impak berkesan pada retina bayi dan menghantar isyarat visual terkuat ke otaknya.
Berikut adalah beberapa cara visual play yang menyeronokkan dan kreatif yang dapat merangsang penglihatan bayi baru lahir:
1.Letakkan persekitaran tempat tidur bayi anda dengan fabrik dan objek berjalur sama ada selimut, cot bumper, sarung bantal dan kertas dinding yang mempunyai jalur gelap dan cerah.
2.Sediakan mainan bayi berjalur berhampiran dengan tempat yang biasa bayi duduk seperti ruang bermain, dalam car seat atau stroller. Mereka mempunyai quiet alert state di mana apabila terjaga, matanya terbuka, dan si kecil akan menatap dengan teliti pada apa sahaja yang menarik perhatiannya. Ini adalah masa yang tepat untuk meletakkan buku, gambar atau mainan berwarna hitam dan putih kira-kira 8 hingga 12 inci dari muka bayi.
Kad imbasan seperti ini boleh diimbaskan kepada bayi untuk merangsang penglihatan mereka.
3.Mainan hitam dan putih atau berwarna cerah dan gelap akan menarik perhatian bayi dengan lebih baik .
4.Pilih mainan yang berwarna terang dan kontras seperti hitam, putih dan merah dan kurangkan mainan yang berwarna pucat.
5.Bayi anda boleh melihat dengan jelas sekitar 8 hingga 12 inci jauhnya. Apabila anda berinteraksi dengan bayi, sama ada dengan mainan, tangan atau muka anda, cuba untuk lakukannya dalam jarak 12 inci dari bayi
6.Bayi akan mula menatap wajah anda dan mula memberi tumpuan pada mata anda pada minggu-minggu awalnya. Selepas sebulan, mereka akan mula mengikuti anda dengan matanya apabila anda perlahan-lahan bergerak dari sisi ke sisi. Boleh lakukan aktiviti ini dengan kerap.
7.Mama dan papa yang ingin menstimulasi penglihatan si manja, bolehlah cuba memakai baju bergaris atau berjalur sekerap yang boleh ketikan bersama bayi.
Sumber: www.askdrsears.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai ibu risau anak yang menyusu susu ibu badan tapi berat tak naik atau naik sedikit je. Dek kerana terlalu risau, ada ibu yang mencampurkan susu formula. Dalam situasi lain pula, ada bayi yang menyusu badan dan badannya begitu bersemangat.
Apa yang menyebabkan bayi kita mengalami situasi yang berbeza ini? Adakah tak cukup susu atau terlebih minum susu ibu. Berdasarkan perkongsian dari Kaunselor Laktasi, Puan Ziela Juzaila ini jawapannya yang ibu kena tahu.
Anak yang menyusu dengan susu ibu apabila berat tidak naik atau naik sedikit banyak perkara perlu dilihat. Kaji satu persatu antaranya:
– Bagaimana jadual memerah semasa bekerja? Sekiranya jadual memerah 3-4jam sekali maka susu perahan yang dibekalkan walaupun 20oz atau 30oz seharian di rumah pengasuh anak minum tetapi kandungan lemak dalam susu rendah. Itu sebab minum susu banyak tapi berat tak naik banyak. Ada baby minum 14-16oz di rumah pengasuh tapi susu yang diminum hasil dari sesi memerah kerap sekerap 2-3jam sekali dan berat anak naik mencanak tinggi.
– Bagaimana corak penyusuan waktu malam? Di waktu malam hormon prolaktin tinggi dan kandungan lemak dalam susu juga tinggi. Anak yang menyusu sekerap sejam sekali akan meningkat berat badan dengan banyak berbanding anak yang sedap tidur dan ibu ikut sama lena.
– Genetik juga pengaruhi saiz anak. Emak ayah kecil molek slim macam model anak pun boleh jadi mengikut juga.
Ramai sangat yang risau berat anak naik sikit sedangkan anak sihat ada yang aktif bertenaga 20jam sehari.
Beralih kepada susu formula mengikut cadangan nurse doktor bukanlah tindakan yang tepat, kenali dulu dimana yang boleh diperbaiki.
Rezeki buat rakyat negeri Pahang! Setiap kali Ramadan menjelang, mesti ramai penjawat awam tertanya-tanya, "Bonus raya ada ke tahun ni?". Alhamdulillah, kerajaan akhirnya mengumumkan...