Sedekah baju sekolah terpakai, siap gantung di ampaian, usaha pihak sekolah, ibu bapa dipuji. Usaha murni sebuah sekolah di Petaling Jaya serta ibu bapa mengumpulkan pakaian sekolah terpakai mendapat perhatian ramai.
Sedekah Baju Sekolah Terpakai, Siap Gantung Di Ampaian
Lebih menarik, baju-baju sekolah yang disumbang itu ada yang belum pernah digunakan, disusun dan digantung dengan baik bagi memudahkan ibu bapa atau pelajar memilih mengikut keperluan serta saiz masing-masing.
“Tadi singgah sekolah anak nak beli buku teks. Dulu ampaian ni kecil saja, letak di depan pondok jaga. Alhamdulillah, sekarang ampaian dah makin besar.”
Usaha Pihak Sekolah, Ibu Bapa Dipuji
Itu reaksi seorang lelaki di atas usaha murni pihak sekolah anaknya dan ibu bapa yang menyumbang baju sekolah terpakai namun masih berkeadaan baik untuk digunakan golongan memerlukan.
“Mana-mana baju yang masih elok tapi dah tak pakai boleh letak di sekolah. Ibu bapa yang bajet tengah ketat, boleh datang pilih dan ambil. Terima kasih kepada mereka yang cetuskan idea macam ni. Sungguh memberi 1,000 makna.
“Kos untuk tiga ke empat orang anak nak masuk sekolah lebih RM1,000 tak lari. Kita sama-sama bantu. Di saat dunia dipenuhi dengan sang tamak, tak ada hati perut, Alhamdulillah masih ada yang pemurah,” katanya di Facebook menggunakan nama Wan Luqman.
Ads
Sementara itu, seorang lagi pengguna, Noor Asmidar Ahmad Kamal turut berkongsi situasi serupa di sekolah anaknya.
“Baru terjadi tadi, sukarelawan di sekolah anak. Antara bagi sumbangan beg-beg sekolah, syukur ada yang bawa pulang. Semoga berjasa kepada tuan baru,” ujarnya.
Perkongsian itu meraih pujian orang ramai yang menyifatkan usaha berkenaan sebagai salah satu cara terbaik membantu golongan yang memerlukan.
“Boleh buat di semua sekolah. Bantu ringankan beban yang kurang berkemampuan,” komen Yang Sheila.
Ads
“Bagusnya sekolah ni. Sekolah anak saya tak ada buat macam ni. Saya barang apa pun tak beli lagi. Duit bantuan sinpan untuk beli buku enam orang yang masih bersekolah,” luah pengguna yang lain.
“Sama Cantik Sama Padan…” Anak lelaki Habib Jewels bertemu jodoh dengan pelakon terkenal Indonesia.
Nyata jodoh itu memang rahsia Tuhan. Kita tak pernah tahu siapa yang akan menjadi pelengkap hidup kita, tetapi bila tiba masanya, segalanya akan terasa begitu indah.
Siapa sangka pelakon ternama Indonesia, Pevita Pearce kini sahkan sebagai isteri kepada Mirzan Meer iaitu anak kepada Pengerusi Eksekutif Habib Group, Datuk Seri Meer Habib dan Datin Seri Zarida Noordin. Ini membuktikan bahawa takdir cinta boleh hadir dari seberang sempadan.
Muat naik turun gambar perkahwinan di Ingstagram (IG), pelakon jelita itu yang dikuti oleh lebih 18 juta pengikut menyaksikan majlis dihadiri keluarga dan sahabat terdekat pasangan itu.
“Hari ini, dengan cinta yang damai, kehadiran orang yang tersayang. Kami disatukan.”
Kapsyen penuh makna Pevita dalam hantaran di akaun Instagram peribadinya yang diikuti oleh 18.2 juta pengikut itu.
Difahamkan Mirzan Meer merupakan Pengarah di Time Zone Group yang juga anak syarikat Kumpulan Habib.
Pevita, 32, sebelum ini sangat masyhur menerusi lakonannya sebagai Hayati dalam filem mega Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (2013)
NETIZEN UCAP TAHNIAH
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen rata-rata memberikan ucapan tahniah dan menitip doa buat pasangan berkenaan.
“Congratulation kakak” “Cantiknyaaa.” “Semoga bahagia selalu.” “Congratulationss kak Pevita! Wishing you lots of love and a lifetime of happiness.”
Semoga perkahwinan ini menjadi permulaan kepada kehidupan yang penuh bahagia dan diberkati, serta cinta yang kekal abadi. Tuhan memang susun pertemuan ini dengan cantik sekali, tepat pada waktunya.
Untuk ibu ayah yang bekerja, salah satu kegusaran apabila terpaksa meninggalkan anak sama ada di taska mahupun rumah pengasuh. Bukan mudah kita buat keputusan untuk membiarkan orang lain menjaga anak kita kan? Apatah lagi dengan macam-macam kes yang ada sekarang, buat kita rasa susah hati.
Namun, bukanlah semua pengasuh sambil lewa dalam soal penjagaan anak. Dengan rasa tanggung jawab serta keikhlasan menjaga anak kita, kadang-kadang mereka lebih rapat dengan pengasuh. Sampai tak nak pula dengan ibu ayah sendiri! Itulah tanda anak kita selesa dan menyayangi pengasuh mereka. Bila dapat pengasuh yang baik macam ni, ia adalah satu REZEKI yang harus kita hargai.
Seperti yang dikongsikan di Tiktok araa_vaniella ni, kelihatan anaknya berada dalam dukungan pengasuh yang dikenali sebagai Patti. Bila melihat si ibu, anaknya terus memalingkan wajahnya ke belakang umpama tak mahu mengikutnya. Comel sungguh dia memanggil Patti sebagai Emak.
Rupa-rupanya ia bukanlah kali pertama perkara ini berlaku. Patti menjaga anaknya dengan baik sehingga bayi perempuan itu tak mahu balik rumah. Menurut ibu ini lagi, anaknya itu kini berumur 7 bulan dan Patti telah menjaganya selama empat bulan. Perkataan pertama anaknya adalah Emak, sedangkan Ibu dan Ayah tidak disebut pun.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Kagum apabila seorang kanak-kanak berusia 12 tahun mencipta sejarah sebagai pelajar termuda yang pernah diterima masuk ke Universiti Malaya (UM) sejak penubuhannya pada tahun 1962.
Izz Imil Shahrom secara rasmi mendaftar pada Sabtu lepas dan akan mengikuti pengajian dalam Sarjana Muda Sains Matematik.
Perkongsian daripada Fatimah Kari di Facebook mendedahkan bahawa Izz Imil telah memulakan pengajian di Tingkatan 1 di Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) seawal usia enam tahun. Pada umur lapan tahun, beliau berjaya menamatkan O-Level, dan pada usia 11 tahun, A-Level telah diselesaikan.
Ramai warganet meluahkan rasa kagum melihat kepintaran luar biasa Izz Imil yang baru berusia 12 tahun. Kejayaan beliau diterima masuk ke universiti pada usia begitu muda mencetuskan rasa bangga dan inspirasi, dengan ramai yang memuji kecerdasan dan usaha gigihnya.
Lantaran dengan kecerdasan luar biasa Izz Imil, malah ada yang membandingkannya dengan watak fiksyen Sheldon Lee Cooper dari sitkom popular Amerika, The Big Bang Theory.
Semoga kisah kejayaan Izz Imil ini menjadi sumber inspirasi dan penguat semangat untuk anak-anak lain, mendorong mereka untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai impian masing-masing.
Sumber: FB Prof Fatimah binti Kari
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!