Keibubapaan

“Sedia Kelengkapan Awal” Bawa Anak Keluar Tanpa Pembantu, Mia Ahmad Kongsi Amalan Doa!

Share

Bukan mudah membawa anak keluar rumah tanpa bantuan pembantu atau pertolongan suami. Semuanya perlu dilakukan sendiri. Berkongsi kisah dua anaknya, selebriti Mia Ahmad turut berkongsi ceritanya membawa dua anaknya keluar rumah tanpa pembantu.

Menurut kata Mia, macam-macam cerita dan kisahnya bila pembantu tiada bersama ketika keluar namun dia perlu membiasakan diri.

Anak tidak mahu duduk diam dalam carseat dan terpaksa berhenti di hentian untuk menyusukan anak antara momen yang dikongsikan Mia di Instagramnya.

“Hari ni experienced bawa anak-anak keluar sendiri without helper. Fuh fuh fuh.

“Semua ok la, except dalam kereta si kecik tak nak duduk dalam carseat. Terpaksa umpan buka juga la cerita fav dia and kena berhenti sekejap dekat petrol station for breastfeeding.

“Mommies, please share apa you all bagi pada anak kecil umur macam Iris kat dalam kereta untuk bagi dia sit still?,” kongsi Mia sambil meminta pandangan pengikutnya apa yang perlu dilakukan untuk memujuk anak.

Iringi doa sepanjang perjalanan

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata itu juga turut berkongsi tip agar melakukan persiapan awal dan mempersiapkan semua benda untuk kelengkapan anak sepanjang berada di luar.

Malah Mia turut sama berkongsi amalan doa bagi melancarkan perjalanan setiap kali bawa anak keluar. Moga Allah lindungi dan lancarkan perjalanan kita bersama anak-anak.

“Apapun prepare semua ahead before nak keluar and cari best time untuk bawa diaorang keluar.

“Baca Bismillahi Tawakkaltu ‘Alallah La Haula Wala Quwwata Illa Billah ( Dengan menyebut Nama Allah, aku berserah diri kepada Allah, tidak ada daya dan upaya selain dengan pertolongan Allah)

“Malam ni mesti semua snooze awal termasuklah mommy,” kongsinya.

Menarik: Dukung Anak 9kg Setiap Hari Sampai Lupa Makan, Zahirah Macwilson Tak Sempat Fikir Diri Sendiri!

Nak dapatkan produk anak sambil cuci-cuci mata, jom ke Mom’s House.

Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?

Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM