“Sediakan Minima 3-4 Botol Susu Untuk Seorang Anak” Doktor Kongsi Punca Anak Sakit Datang Dari Botol Susu Yang Tak Bersih

Share

Siapa sangka botol susu yang selalu anak minum sebenarnya antara salah satu punca anak sakit? Oleh kerana penjagaan kebersihan botol susu yang tidak betul menjadikan tempat untuk kuman dan bakteria berkumpul lebih-lebih lagi di bahagian penutup botol dan puting botol susu.

Menurut Pegawai Perubatan, Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Dr Redza Zainol, dek pengendalian yang tidak betul, botol susu boleh jadi penyebab anak-anak terkena muntah dan cirit-birit.

“Baru-baru ni jumpa seorang ibu muda. Dia baru dapat anak pertama. Anaknya ni dah berusia sebulan setengah, tapi dah kena masuk wad sebab muntah-muntah dan cirit birit.

“Selepas saya tanya itu dan ini, rupa-rupanya dia tak tahu cara kendalikan alatan menyusu dan cara menyimpan susu tepung yang betul.

“Paling saya terkejut, dia cuma ada dua botol susu sahaja. Mesti terkejar-kejar dia nak bersihkan dan sterilkan botol susu. Lagi-lagi waktu tengah malam,” kongsinya di Facebook.

Baca:

Anak Masuk Hospital Ketika Bercuti Di Hatyai, Bapa Ini Kongsi Pengalaman “Bayar RM32 Sahaja”

Sup Ayam Herba Ginseng & Sup Ayam Kurma Merah Bagus Untuk Ibu Berpantang, Amalan Orang Cina Untuk Kekal Sihat

Bawa Anak Berjalan Waktu Kecil Lebih Untung, Banyak Tempat Masuk ‘Free’. Walaupun Penat Tapi Anak Happy

Menurut Dr Redza, berikut antara tip jika anak gunakan botol untuk menyusu;

1. Cuci botol susu setiap kali digunakan dengan cecair pencuci botol yang khas. Tak boleh guna sabun pencuci pinggan.

2. Gunakan berus khas ketika mencuci supaya puting botol susu tak terkoyak bila dicuci. Puting yang terkoyak atau merekah berpotensi jadi sarang kuman membiak.

3. Wajib didihkan atau sterilkan botol susu sebelum digunakan.

4. Jangan beri anak minum susu yang dah disediakan melebihi tiga jam. Buatkan susu yang baru.

5. Gunakan berus khas untuk bersihkan botol dan puting botol susu. Span cuci pinggan tak mampu bersihkan kotoran di ruangan yang sempit.

6. Keringkan botol susu sebelum digunakan.

7. Sediakan minima tiga hingga empt botol susu di rumah supaya kita tak terkejar-kejar untuk mencuci dan sterilkan botol susu setiap kali anak menyusu.

8. Gantikan botol susu baru sekurang-kurangnya setiap tiga hingga enam bulan sekali atau apabila botol telah berubah warna, retak atau bocor.

Jadi, ibu-ibu jagalah kebersihan sebetulnya dalam kendalikan botol susu anak-anak bagi mengelakkan dijangkiti sebarang penyakit.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Dr Redzal Zainol

Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

Published by
NuFa