Memasak bubur nasi atau puri nasi anak sememangnya mengambil sedikit masa. Terutama bagi ibu yang bekerja, menyediakan bubur nasi anak perlu dilakukan seawal pagi. Namun tip perkongsian daripada Puan Mazlina Ab Manaf ini pastinya membantu semua ibu bekerja dalam menyediakan puri nasi dengan cara paling halus.
Paling utama teknik yang digunakannya bukanlah menggunakan mesin pengisar atau blender. Mudah sahaja dan hasilnya bubur nasi menjadi halus. Bukan sahaja nak sediakan anak di waktu pagi, bahkan cara ini juga boleh dilakukan ketika travel. Mudah!
Jom ikut cara yang dikongsikannya.
Cara saya buat puree nsi yang halus tanpa blend untuk baby 6 bulan.
Nasi yang baru dimasak untuk sekeluarga.
1st lenyek nasi pastu baru masukkan air panas.
After dilenyek dan mix dengan air panas.
Pastu lenyek lagi bubur nasi tadi dalam penapis.
Ambil bubur nasi yang di bawah penapis.
Tadaaa dah siap. Bubur nasi yang halus sesuai untuk ibu yang baru nak intro baby 6 bulan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sebelum Bagi Baby Makan Buah, Kena Masak Dulu Ke? Perkara Ini Wajib Ibu Bapa Tahu!
Anda ingin memberikan buah untuk bayi tetapi perlukah dimasak dahulu buah tersebut? Atau boleh diberikan secara mentah?
Sama ada anda perlu masak makanan pejal seperti sayuran atau buah untuk bayi, ia adalah bergantung sepenuhnya kepada tahap perkembangan mereka.
Adakalanya ia ditentukan oleh jenis spesifik sayuran atau buah yang ingin diberikan kepada si manja.
Bersediakah si manja untuk makanan pejal?
Umumnya, bayi yang berusia sekitar 6 bulan sudah bersedia untuk menerima makanan pejal pertamanya.
Pada tempoh ini, sistem pencernaan si manja sudah menghasilkan enzim yang diperlukan untuk menyempurnakan proses pencernaan.
Anda juga boleh mengetahui tanda-tanda anak bersedia untuk makan jika dia:
-Sudah boleh mengangkat, menahan dan mengawal kepala
-Boleh duduk secara stabil walaupun masih memerlukan sokongan
-Tidak lagi menolak makanan dengan lidahnya – tongue thrust reflex – refleks ini secara automatik mengeluarkan makanan daripada mulutnya untuk mengelakkan tercekik
-Mula menunjukkan minat untuk mencuba makanan
-Sayuran & buah untuk bayi perlu ke dimasak dahulu?
-Kebanyakan pakar pemakanan kanak-kanak akan menyarankan masak makanan pejal seperti sayuran atau buah untuk bayi sehingga mereka berusia 8 bulan.
Walau bagaimanapun, buah seperti pisang dan avokado diberikan pengecualian dalam situasi ini.
Tetapi kenapa perlu masak makanan pejal yang akan diberikan kepada bayi?
Ini kerana proses memasak sayuran dan buah-buahan akan memecahkannya dan memudahkan proses pencernaan bagi perut bayi yang belum matang.
Bayi yang berusia 8 bulan ke atas mampu mengendalikan serat dan gula daripada sayuran atau buah yang mentah berbanding bayi yang baru mencuba makanan pejal.
Kulit sayuran dan buah untuk bayi perlulah sentiasa dikupas terutamanya jika mereka berusia di bawah 8 bulan.
5 sebab perlu masak makanan pejal
Mesti anda tertanya-tanya mengapa makanan pejal perlu dimasak terlebih dahulu, bukan? Ini adalah sebabnya:
Mengurangkan risiko tercekik
Kebanyakan sayuran dan buah mentah boleh menyebabkan bayi tersedak dan tercekik. Sudah tentu ia bahaya.
Sebagai contoh lobak merah, dalam keadaan mentah ia sangat keras melainkan bayi anda sudah mempunyai gigi geraham untuk memudahkannya menggigit dan mengunyah.
Sebaliknya, lobak yang sudah dimasak, pastinya lebih lembut dan boleh dijadikan finger food kepada si manja.
Pencernaan
Seperti dinyatakan pada awal tadi, sayuran dan buah yang mentah mungkin sukar untuk dicernakan oleh bayi berbanding yang sudah dimasak.
Keadaan ini disebabkan makanan segar dan mentah mengandungi zat dipanggil selulosa. Sistem pencernaan akan mengesan bahan ini sebagai produk buangan – kesannya ia mungkin akan memberikan masalah cirit-birit kepada bayi.
Reaksi alahan
Ada yang menyarankan jika memasak sayuran dan buah untuk bayi dapat mengubah protein yang terdapat di dalamnya.
Proses itu akan membantu mengurangkan kecenderungan untuk berlaku reaksi alahan pada bayi.
Pencemaran
Kebanyakan ibu bapa berasa lebih selamat untuk memberikan bayi makan makanan yang sudah dimasak kerana proses tersebut memusnahkan kebanyakan bakteria pada makanan.
Pastinya ia sesuatu yang benar dan perlu dititikberatkan bagi mengelakkan timbulnya isu keracunan makanan pada si manja.
Rasa
Sesetengah sayuran dan buah akan memberikan rasa yang sedikit berbeza setelah dimasak.
Buah yang mempunyai rasa agak masam seperti plum atau pic pastinya boleh mendatangkan kejutan kepada bayi anda.
Jenis buah untuk bayi yang boleh diberikan
Hampir kesemua buah yang terdapat di pasaran boleh diberikan kepada si manja jika ibu bapa mengambil berat cara penyediaan yang betul.
Berikut disenaraikan beberapa jenis buah yang paling kerap diberikan kepada si kecil.
Namun anda juga boleh mencuba untuk memberikan buah lain yang tidak termasuk dalam senarai di bawah.
-Epal
-Avokado
-Aprikot
-Pisang
-Mangga
-Betik
-Pic
-Plum
-Prun
-Labu kuning
-Tembikai
-Nanas
-Kiwi
Manakala senarai buah untuk bayi berikut lebih sesuai diberikan jika usia bayi sudah lebih 8 bulan, iaitu:
-Buah naga
-Tomato
-Laici
-Anggur
-Strawberi
-Beri biru
Sayuran pertama untuk bayi
Tidak dinafikan kebanyakan kanak-kanak tidak gemarkan sayur, malahan ada juga individu dewasa begitu.
Walau bagaimanapun, pada tempoh ini adalah waktu bagi si manja mencuba pelbagai jenis rasa dan tekstur buat pertama kalinya. Jadi biarkan mereka merasainya tanpa membuat sebarang penghakiman.
Jika si kecil membuat sebarang reaksi pada wajahnya, ia bukan bermakna mereka tidak menggemarinya.
Bayi biasanya memerlukan percubaan dan pendedahan makanan yang sama untuk beberapa kali sebelum dapat menerimanya.
Apa sahaja jenis sayuran boleh dicuba untuk diberikan.
Perkara mudah
Ada ibu bapa yang rasa renyah untuk masak makanan pejal bagi bayi? Anda silap, pada dasarnya ia tidaklah serumit yang anda sangkakan.
Dengan peralatan penyediaan yang betul; mesin pengisar atau pemproses makanan yang baik, tugas menyediakan makanan boleh menjadi mudah dan menjimatkan. Cubalah!
Sumber: Hello Doktor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Mee Goreng Basah Ori, Letak Serbuk Cili Lagi Power, Dua Sayur Ni Jangan Letak!
Ada waktunya menjadi, kadang kala pula rasa mi goreng kita jauh tersasar. Pening dengan rasa, apa kata anda cuba mi goreng basah ori yang dikongsikan oleh Veera Saravanan ini.
Lagi sedap dan unik penambahan serbuk cili yang buat mi goreng basah lagi power. Paling penting, elakkan dua sayur ini, baru rasa makin sedap!
Dapur Malaysia bersama Boi. Mee goreng basah.
Bahan-bahan:
1 kg mee kuning – rendam dalam air panas selama lima minit.
1 peket fish ball potong nipis
1 peket fish cake potong nipis
300gm sawi hijau potong dalam 5 cm.
3 biji tauhu putih. Potong kecil dan goreng dahulu.
1 biji bawang besor mayang halus
5 ulas bawang putih cincang halus
3 sudu besor serbuk cili merah
5 sudu besor Kicap pekat
5 sudu besor sos cili
Garam dan lada sulah secukup rasa
4 biji telur ayam.
Minyak yang secukupnya.
Tumis bawang merah dan bawang putih tadi sampai wangi. Masukkan tauhu, fish cake dan fish ball tadi. Letak garam sedikit.
Letak batang sawi tadi. Ketuk ketuk sikit batang sawi ni. Masa ni tambah serbuk cili tadi dan godak habih habih.
Masukkan mee kuning tadi yang telah di rendam dalam air panas.
Tambah kicap pekat dan sos cili sekali. Godak lagi sekali bior sebati. Tuang 1 cawan air dan biar mendidih sampai pekat.
Masukkan daun sawi sekarang.
Dan masukkan 4 biji telur ayam tu sekarang. Tabur sedikit lada sulah dan garam atas telur dan godak semua bahan sekali.
Pakai dua senduk masa godak tu. Senang sikit. Dan api mesti tinggi masa masukkan telur dalam mee. Test garam dan tutup api.
Siap sudah mee goreng basah yang kompom laris.
Taugeh dan lobak merah tamau kasi tarok ah. Rosak dia punya rasa. Nak letak kobis dan tomato pun ok jugak.
Ni orang rumah kata mee goreng mamak Veera.
Selamat mencuba.
Menarik: Resipi Perapan Daging Jadi Lagi Sedap, Daging Pun Bukan Main Lembut, Ini Rahsianya
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Keledek Ungu Bagus Untuk Otak & Usus! Rugi Tak Hidang Super Food Ini Pada Anak
Ramai yang tak tahu tentang khasiat keledek ungu. Rugi rasanya kalau ibu ayah tak jadikan keledek ungu sebagai kudap-kudapan untuk anak-anak.
Ubi keledek mengandungi komponen yang membantu fungsi otak dengan baik, antaranya choline dan manganese. Chroline adalah nutrien penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak. Mangan pula penting untuk kesihatan otak. Ia mengikat kepada neurotransmitter dan membantu menggerakkan impuls elektrik melalui badan anda dengan lebih cepat. Anda boleh menemui 43% nilai harian mangan anda dalam satu cawan ubi keledek bakar.
KELEDEK UNGU ialah SUPER FOOD. Anti oksida tinggi. Juga anti radang.
Bagus untuk OTAK. Bagus untuk usus.
Saiz sederhana besar bekalkan 400% vitamin A.
Vitamin A untuk apa?
Vitamin A perlu untuk kulit. Untuk mata. Zaman ber’smart phone’ penting ambil vitamin ini.
Supaya mata tajam menikam walau dalam kelam. Pandangan tidak suram.
Dalam kajian yang dimuat di Journal Food Functional 2015, KELEDEK UNGU turunkan uric asid sebanyak 30%. Terima kasih pada anti oksidanya – anthocyanins.
Antara kelebihan lain:
1. Vitamin B6
Ubi keledek mengandungi vitamin B6 yang membantu mengurangkan larutan kimia homosisteina di dalam badan. Homosisteina dikaitkan dengan penyakit degeneratif termasuk serangan jantung.
2. Vitamin C
Vitamin C di dalam ubi keledek penting untuk pembentukan tulang dan gigi, penghadaman, dan pembentukan sel darah. Ia juga baik untuk menyembuhkan selesema dan virus influenza. Vitamin C juga mempercepatkan penyembuhan luka dan menghasilkan kolagen yang membantu mengekalkan keanjalan kulit bak remaja.
3. Anti-oksidan
Memakan ubi keledek membantu melindungi badan dari toksin yang membawa kepada kanser.
4. Zat Besi
Kandungan zat besi di dalam ubi keledek menyokong sistem imun dan memastikannya berfungsi dengan baik di dalam badan. Ia memberikan tenaga, membantu pengeluaran sel darah putih, menentang stres, dan memetabolismekan protin.
5. Magnesium
Ubi keledek merupakan sumber magnesium. Magnesium penting untuk kesihatan arteri darah, tulang, jantung, otot, dan fungsi saraf.
6. Pottasium
Potassium yang diketahui ada di dalam pisang juga turut ada di dalam ubi keledek. Potassium mengawal degupan jantung dan signal saraf. Ia juga melegakan pengecutan otot, mengurangkan bengkak, dan melindungi serta mengawal aktiviti buah pinggang.
7. Gula
Rasa ubi keledek yang semulajadi manis tidak bermakna ia tidak baik untuk kesihatan. Ia dilepaskan dengan perlahan ke dalam darah untuk memastikan keseimbangan sumber tenaga.
8. Karotenoid
Warna oren pada ubi keledek menunjukkan yang ia tinggi karotenoid seperti beta karoten dan sejenisnya. Karotenoid membantu menguatkan penglihatan dan menggalakkan ketahanan kita kepada penyakit. Ia merupakan antioksidan kuat yang mencegah kanser dan melindungi diri daripada tanda-tanda penuaan.
Kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard menunjukkan ada 32% pengurangan risiko penyakit kanser paru-paru pada mereka yang memasukkan karotenoid dalam diet mereka. Karotenoid juga membantu mengurangkan kemungkinan serangan semula kanser pada tubuh.
Banyak lagi kebaikan KELEDEK UNGU. Dengan fiber yang tinggi ia tinggikan rasa kenyang. Laporan tentang ubi ini turunkan berat badan ada di Journal Nutritional Research 2011. Berat turun seawal minggu ke 4.
Boleh cuba. Masak dengan kreativiti masing masing. Yang penting hidup akan lebih sihat.
Kredit: DrRizal Abu Bakar
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI