Selain isu tempat asuhan dan taska, tempat penyusuan juga merupakan isu besar bagi golongan ibu. Di Malaysia, masih kurang kesedaran tentang tempat penyusuan yang selesa untuk golongan ibu. Akibat kekangan ini, ramai ibu yang mengambil inisiatif untuk menyusu di tempat awam dengan menggunakan nursing cover untuk melindungi aurat.
Beberapa hari lalu, pihak kementerian berkaitan juga telah mengambil langkah proaktif dengan mencadangkan pelbagai usaha untuk memastikan SEMUA agensi kerajaan akan memiliki pusat jagaan kanak kanak seawal tahun hadapan.
Walaupun, isu penyusuan susu ibu tidak akan menyebabkan kematian, namun ia merupakan antara isu yang wajar di beri perhatian.
Sehingga kini, masih ramai wanita terutamanya wanita bekerja tidak dapat meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif berikutan polisi di tempat kerja tidak menyokong aktiviti penyusuan susu ibu di tempat kerja.
Di Malaysia, penyusuan susu ibu di tempat awam masih tidak dapat di terima secara meluas oleh semua pihak, maka adalah penting untuk lebih banyak fasiliti dan kemudahan bilik penyusan susu ibu disediakan.
Ads
Menyedihkan apabila masih ramai ibu yang terpaksa menyusu dan mengepam susu di tempat yang kurang bersesuaian seperti di dalam stor dan di dalam surau.
Elemen untuk menjayakan Program Penyusuan Susu Ibu di tempat kerja
Sokongan kepada program penyusuan susu ibu untuk menggalakkan penyusuan ibu sepenuhnya di tempat kerja memerlukan pihak majikan mempertimbangkan perkara-perkara yang berikut:
a) Menyediakan bilik penyusuan
b) Mewujudkan tatacara mengenai keupayaan dan fleksibiliti untuk penyusuan susu ibu
c) menggalakkan aktiviti pendidikan mengenai penyusuan susu ibu dan lain-lain bentuk sokongan di tempat kerja.
Ads
Apakah Faedah dan Manfaat Menyokong Polisi Penyusuan Susu Ibu Kepada Pekerja?
Pihak majikan sektor korporat akan memperolehi banyak faedah dalam perniagaan mereka kerana menyokong program penyusuan susu ibu.
Program ini bukan sahaja menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan ibu dan anak malah menjana keuntungan yang cukup besar dari segi ekonomi kepada perniagaan kerana terdapat pengurangan dari segi kos jagaan kesihatan pekerja, penurunan kadar ketidakhadiran, peningkatan dalam produktiviti, penambahbaikan mutu pekerja dan peningkatan imej korporat.
Ads
Kajian terhadap program penyusuan
Sebuah syarikat yang beroperasi di Amerika Syarikat dan dikenali sebagai CIGNA Corporation telah menjalankan suatu kajian selama dua tahun ke atas 343 orang pekerja yang menyertai program menyokong penyusuan ibu.
Kajian ini menunjukkan pulangan kewangan yang berikut bagi tahun 2010:
Penjimatan tahunan sebanyak $240,000 dalam perbelanjaan jagaan kesihatan bagi ibu yang menyusu dengan susu badan dan kanak-kanak yang diberikan susu badan;
Pengurangan sebanyak 77% dalam waktu bekerja yang hilang kerana bayi yang sakit, dengan penjimatan tahunan sebanyak $60,000;
Kos farmasi yang rendah kerana preskripsi yang diperlukan oleh bayi yang sakit berkurangan sebanyak 62%;.
Di harapkan pihak kementerian yang berkaitan dapat membawa isu ini untuk di ketengahkan dan menggesa agar sokongan polisi penyusuan susu ibu di perluaskan.
Neqayl atau panggilan manjanya Ney Ney sudah mula makan makanan pejal atau solid food pertamanya pada usia 4 bulan lebih. Dah besar rupanya anak selebriti terkenal, Nora Danis dan suami, Nedim. Mesti seronok mereka dapat merasai momen yang berharga ini kan?
Apa yang lebih menarik, makanan pertama Ney Ney dimasak sendiri oleh Nedim. Untung betul Ney Ney dapat daddy yang pandai masak kan? Nedim juga berjanji akan masak makanan setiap hari untuk Ney Ney supaya makanan tersebut sihat dan segar.
Fynn Jamal, selebriti dan penyanyi popular mempunyai dua anak angkat iaitu Bakti Arjuna Fitri dan Sakti Kencana Fitri. Beliau telah memuatnaik sebuah posting di laman instagram berkenaan anaknnya. Ikuti perkongsian beliau.
Kadang2 kesian kat dedek. dia tak merasa segala macam yg balong rasa dulu. travel sini sana, passport penuh, hidup macam nomad.
takpe. siapa tau rezeki country hopping tu awak dapat lepas awak dah kawen satu hari nanti. kan?
mummy dulu haram tak pernah naik kapal terbang. nak naik genting pun, atok simpan duit setehun sekali dpt merasa.
it is amazing what الله had planned for us all. jauh mana kita terbang— siapa je sangka.
tapi mummy lagi happy dedek dtg skrg, sbnrnya. bayangkan mummy masih yg dulu. mesti mummy groom dedek jadi mini mummy. hanyut merapu. benda2 lagha yg mummy puji laju2. allahu akbar.
your life, you choice.
betul. i can make no decisions for you in future. how you want to live your life. nak pakai tudung ke nak bukak. nak solat ke tidak.
satu hari nanti, i am no longer cool for you. kawan2 awak akak jadi segalanya dalam hidup. semua benda awak akan sibuk pikir apa derang pikir berbanding apa mummy rasa.
i pray everyday hari itu takkan datang. but i am realistic. harap2 tidak— but kalau sesuatu الله dah decide akan jadi— kazaalik dia jadi.
just look at mummy, sakti, and deduce it yourself. all the money in the world, all that life, all the travel and all that jive.
all that in my past life— didnt make me as happy as the mummy today you see me.
jgn kejar benda yg salah, nak.
sbb sbnrnya kalau الله nak bagi— الله akan bagi jugak.
tanpa perlu jual diri, iman dan agama. kalau mmg tertulis utk kita— tak perlu bermati2 utknya.
settle dgn الله—dan الله akan settlekan semua
Ini reaksi netizen setelah membaca luahan Fynn Jamal di instagram. Ada yang turut meluahkan kebimbangan tentang anak-anak yang akan membesar. Hanya mampu berdoa mereka jadi insan yang berjaya.
Semua ibu bapa nak yang terbaik untuk anaknya
Semoga Allah lindungi anak-anak kita semua dari perkara-perkara yg tidak baik
Walaupun saya belum bernikah tapi dah risau anak-anak macamana nanti.
Seorang ibu kehilangan anaknya yang berusia antara tiga hingga empat bulan yang meninggal dunia akibat terlepas dari dukungannya. Ketika kejadian, wanita itu bersama bayi serta anak sulungnya sedang menuruni tangga eskalator tingkat tiga di pusat beli-belah Zhenxing di Guandong, China pada Sabtu lalu.
Bayi Terlepas Dari Dukungan Ibunya
Semasa berdiri menuruni tangga eskalator itu, bayi malang itu terlepas daripada dukungan ibunya yang gagal mengawal keseimbangan tubuhnya.
Insiden itu dirakamkan oleh kamera litar tertutup pusat beli-belah berkenaan.
Kematian Bayi Disahkan Oleh Ahli Paramedik
Kematian bayi yang tidak diketahui jantina itu disahkan oleh ahli paramedik yang dipanggil untuk memberi bantuan pernafasan.
Berdasarkan laporan media tempatan China, keluarga berkenaan baru selesai makan tengah hari di sebuah restoran sebelum insiden itu berlaku.
Serentak itu, pengurusan pusat beli-belah Zhenxing telah menghentikan operasi eskalator sementara polis menyiasat kes tersebut.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.