Selain isu tempat asuhan dan taska, tempat penyusuan juga merupakan isu besar bagi golongan ibu. Di Malaysia, masih kurang kesedaran tentang tempat penyusuan yang selesa untuk golongan ibu. Akibat kekangan ini, ramai ibu yang mengambil inisiatif untuk menyusu di tempat awam dengan menggunakan nursing cover untuk melindungi aurat.

Sedih Bila Ibu Terpaksa Pam Dan Menyusu Dalam Stor! Polisi Penyusuan Susu Ibu Perlu Diperluaskan

Beberapa hari lalu, pihak kementerian berkaitan juga telah mengambil langkah proaktif dengan mencadangkan pelbagai usaha untuk memastikan SEMUA agensi kerajaan akan memiliki pusat jagaan kanak kanak seawal tahun hadapan.

Walaupun, isu penyusuan susu ibu tidak akan menyebabkan kematian, namun ia merupakan antara isu yang wajar di beri perhatian.

Sehingga kini, masih ramai wanita terutamanya wanita bekerja tidak dapat meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif berikutan polisi di tempat kerja tidak menyokong aktiviti penyusuan susu ibu di tempat kerja.

Di Malaysia, penyusuan susu ibu di tempat awam masih tidak dapat di terima secara meluas oleh semua pihak, maka adalah penting untuk lebih banyak fasiliti dan kemudahan bilik penyusan susu ibu disediakan.

Sedih Bila Ibu Terpaksa Pam Dan Menyusu Dalam Stor! Polisi Penyusuan Susu Ibu Perlu Diperluaskan

IKLAN

Menyedihkan apabila masih ramai ibu yang terpaksa menyusu dan mengepam susu di tempat yang kurang bersesuaian seperti di dalam stor dan di dalam surau.

Elemen untuk menjayakan Program Penyusuan Susu Ibu di tempat kerja

Sokongan kepada program penyusuan susu ibu untuk menggalakkan penyusuan ibu sepenuhnya di tempat kerja memerlukan pihak majikan mempertimbangkan perkara-perkara yang berikut:

a) Menyediakan bilik penyusuan
b) Mewujudkan tatacara mengenai keupayaan dan fleksibiliti untuk penyusuan susu ibu
c) menggalakkan aktiviti pendidikan mengenai penyusuan susu ibu dan lain-lain bentuk sokongan di tempat kerja.

IKLAN

Sedih Bila Ibu Terpaksa Pam Dan Menyusu Dalam Stor! Polisi Penyusuan Susu Ibu Perlu Diperluaskan

Apakah Faedah dan Manfaat Menyokong Polisi Penyusuan Susu Ibu Kepada Pekerja?

Pihak majikan sektor korporat akan memperolehi banyak faedah dalam perniagaan mereka kerana menyokong program penyusuan susu ibu.

Program ini bukan sahaja menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan ibu dan anak malah menjana keuntungan yang cukup besar dari segi ekonomi kepada perniagaan kerana terdapat pengurangan dari segi kos jagaan kesihatan pekerja, penurunan kadar ketidakhadiran, peningkatan dalam produktiviti, penambahbaikan mutu pekerja dan peningkatan imej korporat.

IKLAN

Kajian terhadap program penyusuan

Sebuah syarikat yang beroperasi di Amerika Syarikat dan dikenali sebagai CIGNA Corporation telah menjalankan suatu kajian selama dua tahun ke atas 343 orang pekerja yang menyertai program menyokong penyusuan ibu.

Kajian ini menunjukkan pulangan kewangan yang berikut bagi tahun 2010:

  • Penjimatan tahunan sebanyak $240,000 dalam perbelanjaan jagaan kesihatan bagi ibu yang menyusu dengan susu badan dan kanak-kanak yang diberikan susu badan;
  • Pengurangan sebanyak 77% dalam waktu bekerja yang hilang kerana bayi yang sakit, dengan penjimatan tahunan sebanyak $60,000;
  • Kos farmasi yang rendah kerana preskripsi yang diperlukan oleh bayi yang sakit berkurangan sebanyak 62%;.

Di harapkan pihak kementerian yang berkaitan dapat membawa isu ini untuk di ketengahkan dan menggesa agar sokongan polisi penyusuan susu ibu di perluaskan.

Sumber: Public Health Malaysia-Laman Rasmi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI