Ibu adalah wanita yang hebat! Sesukar mana pun melalui cabaran anak adalah nombor satu. Itu belum lagi ketika bertarung nyawa melahirkan anak, tak cukup tidur untuk bangun menyusu atau berjaga ketika anak sakit.
Namun seorang ibu itu dia tetap nak pastikan anaknya sentiasa dalam keadaan yang baik walaupun diri perlu bersusah payah. Seperti kisah penuh inspirasi ibu hebat yang menerima Anugerah Pa&Ma Gala Moms, Asmida Zulaikha atau mesra dipanggal Yuyu Zulaikha kisahnya cukup menyentuh hati.
Tegas dengan anak
Mempunyai tiga hero, Yuyu yang juga seorang instafamous akui bukan mudah nak uruskan anak-anak kecil jika tiada bantuan dari suami. Bayangkan riuhnya macam mana dalam rumah, jika masing-masing bergaduh.
“Walaupun suara ibu hari-hari menjerit, tapi inilah momen yang akan menjadi kenangan bila mereka dah besar nanti. Walaupun ibu jadi ‘singa’, anak tetap datang nak bermanja.
“Memang ramai tak percaya Yuyu tegas dengan anak-anak kerana nampak lemah lembut, tapi jika anak buat salah, Yuyu akan terus tegur. Walaupun anak masih kecil, didikan dari awal itu penting.
“Yuyu akui sangat manjakan anak, suka peluk-peluk cium manja tapi bab disiplin tiada kompromi. Anak-anak pun dah faham,” katanya.
Ibu czer sakitnya tetap sama
Kongsi Yuyu lagi, disebalik kehadiran tiga adiwira kecil dalam hidup, sebenarnya perjuangan melahirkan mereka semuanya melalui pembedahan.
Ramai sebenarnya orang-orang yang menganggap ibu bersalin czer ini sebab nak kerja senang dan tak mahu merasai sakit secara alami. Yuyu pun tak terkecuali dengan kata-kata ini.
Sebenarnya kalau kita beranak secara czer orang akan tanya kenapa tak cuba normal dulu. Seolah-olah macam kita nak sangat lahir czer. Masa anak pertama Yuyu memang dah cuba nak normal tapi akhirnya terpaksa czer sebab pelvik Yuyu kecil.
Sedangkan waktu itu air ketuban dah pecah dan bukaan pun dah ada. Disebabkan dah lebih 12 jam dan masa scan, kepala baby dah lonjong, doktor terpaksa lakukan emergency czer untuk selamatkan kedua-duanya.
Cuma Yuyu tak suka orang kata czer ni pengalaman bersalin tak rasa sedangkan hakikatnya bagi Yuyu ibu yang czer sakitnya akan dirasai selepas itu. Sama je pun.
Kongsi Yuyu lagi, disebabkan ketiga-tiga anak dilahirkan secara czer dan semuanya lelaki, sebagai ibu tetap juga berharap akan dapat seorang perempuan. Memang ramai yang cakap bila dah tiga kali czer, tak boleh hamil lagi.
Tapi rezeki Yuyu, doktor masih lagi bagi peluang untuk yang keempat kerana keadaan rahim masih elok dan umur muda lagi. Cuma buat masa sekarang Yuyu rehat sekejap, mungkin tunggu 5 tahun anak ketiga dapatlah lagi seorang.
Jika yang keempat ni dapat perempuan alhamdulillah, cuma jika tetap juga lelaki, Yuyu dan suami tetap syukur, asalkan sihat semua.
Pernah alami migrain teruk
Walaupun bergelar ibu di usia muda, Yuyu juga tak terlepas mengalami masalah migrain yang teruk kerana tak cukup tidur. Ini kerana Yuyu memang tak boleh tidur lambat atau kurang tidur.
Mungkin masa anak pertama kita kurang ilmu jadi apabila waktu tidur tak cukup, Yuyu mengalami migrain dan penat melampau sampaikan anxiety Yuyu makin teruk.
Keadaan ini ambil masa yang lama juga untuk kembali pulih sehingga anak sulung Yuyu berusia 5 bulan. Disebabkan keadaan Yuyu yang agak teruk juga, doktor nasihatkan Yuyu banyak berehat. Pada masa itu, suami yang ambil alih tugas menjaga anak. Tugas Yuyu waktu itu hanya uruskan penyusuan anak je.
Selepas kejadian itu dan kesihatan kembali pulih barulah ok. Inilah fasa yang sangat strugle bagi Yuyu dan tak akan dilupakan sampai bila-bila.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)