Penyanyi Arif Bahran, mengakui sedih apabila tidak dapat membawa balik cahaya mata sulungnya harini bersama isteri. Bayi sulungnya baru sahaja dilahirkan pada Ahad lalu.
Kata Ariff, bayi lelakinya itu ditahan kerana perlu dipantau selepas disyaki mempunyai jangkitan kuman.
Setakat ini isteri Alhamdulillah sihat dan sudah pun pulang ke rumah. Cuma anak pula sekarang masih di bawah pemantauan doktor sebab nak tengok takut ada jangkitan kuman dan sebagainya.
“Sedih juga bila tak dapat bawa baby pulang. Doktor pun beritahu dia syak ada jangkitan kuman. Harapnya tak ada apa yang serious,” katanya
Isteri Ariff iaitu Amirah Syazwani Mohd Ridzuan, 28, selamat bersalin bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor, jam 3.32 pagi, Ahad lalu.
Ads
Berkongsi mengenai perasaannya yang kini sudah bergelar bapa, Ariff memberitahu teruja dan dalam masa yang sama terharu mellihat pengorbanan isterinya.
“Rasa terharu sangat sebenarnya, walaupun dah jangka perkara ini lebih 9 bulan lalu. Tapi tak boleh nak jangka perasaan masa hari sebenar. Rasa sedih tengok isteri kat labor room, tapi rasa teruja juga nak dapat anak.
Ads
“Saya lihat sendiri semua proses itu dari contraction, sampai dalam labor room, memang tak boleh nak express sakit yang isteri rasakan.
Saya tak pernah lihat isteri merungut sakit, tapi kali ni memang saya tahu sangat sakit. Walaupun saya ada sebelah dia, saya tahu saya tak boleh nak ambil kesakitan tu, cuma boleh bagi mental support je,” kongsinya lagi.
Seperti kebanyakan selebriti lain, Ariff turut mencipta sebuah akaun Instagram (IG) buat anaknya.
“IG tu dah ada tapi pada awalnya memang untuk dikongsi bersama keluarga saja. Insya-Allah nanti kita boleh kongsikan tentang anak dalam tu.”
Ads
Setakat ini, Ariff belum bersedia untuk berkongsi nama anak sehingga ia didaftarkan kelak.
Melahirkan bayi seberat 1.83kg pada minggu ke-36 kehamilan ialah pengalaman yang dilalui ibu ini. Tetap kuat semangat dan kini permata hatinya membesar dengan sihat dan ceria.
Puan Syadiyah Sajuddin berkongsi dengan Pa&Ma tentang bagaimana dia menambah berat badan anaknya yang lahir pramatang selepas kelahiran. Tip ini boleh juga digunakan kepada ibu bapa lain yang mempunyai anak lahir cukup bulan.
“Armel Mikayla lahir pada 36 minggu 3 hari iaitu pada 26 Disember 2016. Berat badannya ketika dilahirkan ialah 1.83kg. Punca saya bersalin ialah air ketuban bocor (leaking) secara tiba-tiba. Saya bersalin secara normal selepas 24 jam pecah air ketuban,” kata beliau.
SENTIASA BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH
Melalui proses kelahiran yang awal daripada tarikh jangkaan tidak membuatkan ibu ini down. Katanya reda dan bersangka baik dengan ujian yang Allah berikan. Anak pramatang sangat kuat semangat dan dia akan membesar seperti kanak-kanak lain. Cuma kata ibu ini, anak pramatang memerlukan sedikit pemerhatian dan jagaan rapi sehingga usia 2 tahun.
MAHU ANAK MEMBESAR DENGAN BAIK
Walau pun lahir pramatang, ibu ini mahu anaknya melalui kehidupan seperti anak-anak lain dan membesar dengan sihat. “Saya mahu anak saya sihat seperti kanak-kanak lain dan buktikan bahawa saya mampu membesarkan dia dengan baik walaupun dia tak membesar ketika didalam kandungan,” kata Syadiyah.
5 TIP MEMASTIKAN ANAK PRAMATANG CEPAT NAIK BERAT BADAN
Syadiyah turut berkongsi tips bagaimana untuk menaikkan berat badan Mikayla. Ia tentu boleh ditiru oleh ibu-ibu lain juga.
#1Pastikan anak menyusu dengan kerap dan mencukupi.
#2Jaga waktu tidur anak dan bedung. Kata Syadiyah, Mikayla tidur berbedung sehingga 9 bulan. Ia penting supaya dia boleh tidur dengan nyenyak.
#3 Jaga keselesaan dan kebersihan anak. Ia termasuk dari segi tempat tidur dan pakaian yang selesa supaya anak tidak senang jatuh sakit atau meragam.
#4Jaga emosi anak. Jangan biarkan anak menangis terlalu lama. Stress akan membantutkan perkembangan minda dan fizikal kanak-kanak. “Seingat saya, Mikayla jarang menangis sejak dia lahir. Perut tak pernah kembung dan aktif macam biasa. Dia seorang anak yang ceria dan mudah tersenyum, ” kata ibu ini.
#5 Selain itu, Syadiyah memberikan anaknya vitamin doktor ada bekalkan . “Selepas dia lahir due to poor weight gain ketika lahir, doktor berikan vitamin. Boleh dapatkan di farmasi.”
SYUKUR KERANA MIKAYLA MEMBESAR KUAT DAN SIHAT
Kegembiraan menjadi milik ibu ini tatkala melihat cahaya mata yang dulu sekecil 1.83kg sudah pun membesar seperi kanak-kanak normal.
“Alhamdulillah Armel Mikayla baru menyambut ulangtahunnya yg ke -2 pada 26/12/18 lepas. Berat terkini Armel 13kg. Susu masih kuat , makan pun berselera. Soal makan, saya takpernah menghadkan pemakanan dia.
“Tapi saya langsung tak berikan dia makanan ringan atau makanan manis seperti coklat, minum bergas atau makanan segera. Mikayla lebih suka lauk seperti ayam, sayur-sayur hijau, telur rebus, kekacang , keju, biskut , mee , pasta dan udang!,” kata Syadiyah yang memohon doa semua berharap Armel Mikayla kekal sihat dan aktif macam kanak-kanak lain.
PESANAN KEPADA IBU-IBU HAMIL
Melalui kelahiran anak pramatang tidak mudah. Justeru ibu-ibu perlu kuat. Dia turut menyarankan agar ibu tidak terlalu penat dan stres.
“Untuk ibu-ibu atau bakal ibu diluar sana , jangan pernah rasa menyesal atau terlalu bersedih jika melahirkan anak pramatang. Sesungguhnya hanya ibu-ibu yang kuat sahaja terpilih untnk merasai pengalaman manis sebegini.
“Jaga pemakanan ketika mengandung. Jangan skip ubat daripada doctor. Jangan terlalu penat / stress. Ingat! Anak ialah pemberian tuhan yang sangat-sangat bermakna. Hargai apa yg ada depan mata. Insya Allah , Dia gandakan pahala utk mu di sana nanti,” kata Syadiyah.
ANAK PRAMATANG TIDAK LEMAH & TIDAK SUSAH NAK BELAJAR.
Syadiyah juga turut berkongsi video telatah Mikayla. perkembangannnya sangat baik, lantas menangkis tanggapan sesetengah orang yang yg kata anak pramatang ni lemah dan susah untuk mempelajari sesuatu.
“Jd saya nak betulkan stigma masyarakat yang anak pramatang tetap boleh membesar dan belajar selaras dengan tumbesaran mereka. Buktinya, Mikayla boleh bercakap, menerima ,mendengar & memberi arahan dan memahami setiap apa yg kami sampaikan,” kata Syadiyah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Resipi Apam Guna Jagung Dalam Tin, Boleh Terus Buat Bila Anak Teringin Nak Makan
Anak teringin nak makan apam jagung tapi jagung pula tiada. Apa susahnya, boleh sahaja kita gunakan jagung dalam tin. Nak buatnya pun senang sahaja dan tidak mengambil masa yang lama pun.
Kalau tiba-tiba ada tetamu hendak datang ke rumah, kita boleh buat sahaja apam jagung ini. Bahan utama jagung dalam tin dan santan. Jom kita cuba resipi apam jagung seperti yang dikongsikan oleh Badariah Abdrahman ini.
RESIPI APAM JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
2 sudu kecil yis
Sedikit air gula
Sedikit air suam
*Bancuh semua bahan ini sehingga jadi berbuih
BAHAN B:
1/2 cawan jagung tin
1/2 cawan santan paket
1 biji telur
3/4 cawan gula
3 sudu makan air (lebih kurang 1/4 cawan)
BAHAN C:
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
*kedua-dua bahan ini diayak
CARA MEMBUAT:
1. Kisar semua bahan B. Masukkan bahan A dalam bahan B. Kacau sebati.
2. Boleh juga tambah pewarna kuning jika suka. Seterusnya masukkn tepung, kacau lagi hingga sebati. Perap sampai kembang.
3. Panaskan periuk pengukus. Kukus dalam masa 15 minit (untuk acuan kecil). Jika guna loyang, kukus selama lebih kurang 30 hingga 40 minit.
4. Jika guna acuan kecil, kacau-kacau dahulu adunan barulah masukkan dalam acuan biar kembang balik kemudian baru kukus. Pastikan acuan dan loyang dengan minyak terlebih dahulu.
5. Jika guna loyang, masukkan terus dalam loyang dan kemudian terus kukus sahaja. Adunan akan terus kembang lepas kukus.
Hernia atau angin pasang banyak berlaku di kalangan bayi. Bagi bayi ini, keadaan lebih teruk kerana perut yang sedikit buncit disalah ertikan sebagai kembung perut dan dibedah secara DIY oleh bapanya untuk ‘membebaskan’ udara yang terperangkap.
INFO MENGENAI HERNIA
Hernia adalah adalah satu jenis penyakit yang kerap dialami oleh kebanyakan bayi. Ia adalah satu benjolan tidak normal bagi organ dalaman keluar melalui pembukaan normal atau tidak normal, tetapi masih berada di bawah lapisan kulit. Ini disebabkan kelemahan pada dinding di dalam perut kerana otot bayi belum matang.
Secara umum terdapat dua jenis hernia iaitu dalaman (internal) dan luaran (external). Internal bermaksud hernia yang berada di dalam tubuh dan tidak boleh dilihat secara mata kasar manakala external hernia lebih mudah dikesan kerana dapat dilihat dari luar.
Jenis yang sering ditemui ialah hernia inquinal yang muncul di lipatan paha dan umbilical hernia yang muncul di kawasan pusat. Bayi umumnya mengalami external hernia yang boleh dilihat dengan mata kasar.
Hernia umbilical berlaku apabila kandungan isi usus membentuk satu bonjolan di kawasan pusat di mana ada kelemahan sokongan di dinding perut.
IBU BAPA CUBA MERAWAT SENDIRI
Nasib bayi berusia 41 hari itu kurang baik apabila ibu bapanya sendiri cuba untuk merawat dengan melakukan ‘pembedahan secara DIY’. Fakta yang mengerikan ialah kira-kira 20 inci usus kecil bayi ini ditarik keluar untuk membebaskan angin terperangkap yang menyebabkan ‘kembung’.
Menurut laporan media China, si kecil ini bagaimana pun telah dibawa ke hospital dan pembedahan dilakukan untuk memasukkan kembali usus yang dikeluarkan.
Doktor mengesahkan yang bayi lelaki ini telah mengalami umbilical hernia dan 40 to 50sm (15.7 to 19.7 inci)’ telah dikeluarkan semasa pembedahan DIY dan 25sm (9.8 inci) sudah pun bertukar menjadi hitam kerana terdedah di luar badan selama 3 jam.
Bapa bayi berkenaan tidak menyangka usus kecil bayinya akan keluar sebaik sahaja pembedahan DIY dilakukannya. Bayi berkenaan bagaimana pun dilaporkan stabil dan mendapat rawatan di bahagian rawatan rapi (Intensive Care Unit).
Semoga kisah ini boleh dijadikan pengajaran kepada ibu bapa supaya tidak melakukan rawatan sendiri sebaliknya mendapatkan rawatan dari pihak perubatan yang bertauliah.
Sebagai hadiah sempena Hari Raya dan bagi meringankan beban, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56.