“Sedih Tak Dapat Bawa Baby Balik Harini” Bayi Ariff Bahran Disyaki Ada Jangkitan Kuman

Share

Penyanyi Arif Bahran, mengakui sedih apabila tidak dapat membawa balik cahaya mata sulungnya harini bersama isteri. Bayi sulungnya baru sahaja dilahirkan pada Ahad lalu.

Kata Ariff, bayi lelakinya itu ditahan kerana perlu dipantau selepas disyaki mempunyai jangkitan kuman.

Setakat ini isteri Alhamdulillah sihat dan sudah pun pulang ke rumah. Cuma anak pula sekarang masih di bawah pemantauan doktor sebab nak tengok takut ada jangkitan kuman dan sebagainya.

“Sedih juga bila tak dapat bawa baby pulang. Doktor pun beritahu dia syak ada jangkitan kuman. Harapnya tak ada apa yang serious,” katanya

Isteri Ariff iaitu Amirah Syazwani Mohd Ridzuan, 28, selamat bersalin bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor, jam 3.32 pagi, Ahad lalu.

Berkongsi mengenai perasaannya yang kini sudah bergelar bapa, Ariff memberitahu teruja dan dalam masa yang sama terharu mellihat pengorbanan isterinya.

“Rasa terharu sangat sebenarnya, walaupun dah jangka perkara ini lebih 9 bulan lalu. Tapi tak boleh nak jangka perasaan masa hari sebenar. Rasa sedih tengok isteri kat labor room, tapi rasa teruja juga nak dapat anak.

“Saya lihat sendiri semua proses itu dari contraction, sampai dalam labor room, memang tak boleh nak express sakit yang isteri rasakan.

Saya tak pernah lihat isteri merungut sakit, tapi kali ni memang saya tahu sangat sakit. Walaupun saya ada sebelah dia, saya tahu saya tak boleh nak ambil kesakitan tu, cuma boleh bagi mental support je,” kongsinya lagi.

Seperti kebanyakan selebriti lain, Ariff turut mencipta sebuah akaun Instagram (IG) buat anaknya.

“IG tu dah ada tapi pada awalnya memang untuk dikongsi bersama keluarga saja. Insya-Allah nanti kita boleh kongsikan tentang anak dalam tu.”

Setakat ini, Ariff belum bersedia untuk berkongsi nama anak sehingga ia didaftarkan kelak.

Kredit: Gempak, Ariff Bahran


Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
NuFa