Siapa yang tak mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak yang sedang membesar. Melepaskan anak untuk memasuki ke sekolah asrama penuh memang berat namun inilah yang terbaik untuk masa depan anak-anak.
Inilah yang dikongsikan oleh isteri usahawan berjaya, Dato’ Sri Aliff Syukri, Datin Sri Shahida di Instagramnya.
Terdahulu, menerusi Instagram, Dato’ Sri Aliff Syukri turut memuat naik video memujuk ketiga-tiga anaknya untuk ke maktab asrama penuh beragama demi masa depan anak-anaknya.
Biarpun berat hati bagi kedua-duanya untuk melepaskan tiga anak mereka menjadi Al-Hafiz dan Hafizah namun inilah satu pengorbanan.
“Tak lama lagi anak-anak bertiga ni nak masuk asrama dah. First time jauh dengan anak-anak nanti.
“Saya mesti sedih, tak tahu macam mana nak lalui perasaan tu.
“Tapi saya yakin anak itu kepunyaan Allah. Kita hanya pemegang amanah, Allah akan menjaga mereka jauh lebih baik dari saya.
“Saya yakin keputusan ini terbaik untuk mereka untut menjadi hamba yang terbaik di sisi penciptaNya. Siapa ada pengalaman hantar anak masuk asrama….boleh share tak,” tulisnya di Instagram.
Berat melepaskan ketiga-tiga anak mereka, namun demi mendalami ilmu Allah, inilah yang sebaiknya. Bukan satu pengorbanan yang mudah buat DS Shahida dan Datuk Aliff Syukri sekeluarga.
Berkongsi rasa yang sama, Dato’ Sri Aliff Syukri turut membingkiskan ucapan penuh bermakna menerusi video yang dikongsikan oleh beliau di Instagramnya.
“Abah tak baik.. abah nak anak-anak abah jadi yang orang yang dari abah.
“Kalau boleh saya nak anak-anak saya berjaya di dunia dan di akhirat. Syukur Alhamdulillah dengan rezeki apa yang saya ada boleh saya menyenangkan anak saya didunia ni.
“Semoga dengan menghantar anak saya di maktab asrama penuh beragama ini, boleh menjadikan anak saya lebih baik dan menjadi seorang Al-Hafiz dan Hafizah yang hartawan dan budiman,” tulisnya.
Semoga ketiga-ketiga kesayangan DS Shahida dan Dato’ Sri Alif Syukri, Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra dan Ibraheem Adham dipermudahkan urusan dalam menuntut agama dan menjadi Al-Hafiz dan Hafizah terpuji.
Dapatkan barangan berpantang dan kelengkapan perkhidmatan yang memuaskan hati sepanjang berpantang di SINI.
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)