Bukan mudah untuk mengharungi kehidupan tanpa insan tersayang. Kehilangan pasangan membuat kita terasa ‘kosong’ tetapi impaknya lebih besar pada anak-anak. Mereka yang masih kecil, mungkin sukar untuk menerima kenyataan ini dan akan merasai rindu yang tiada penghujung.
Artikel Menarik: [Anak Ramai Seronok, Tapi Risau Terabai Beri Nafkah. Ini Hukumnya Suami Perlu Tahu]
Video berdurasi lebih kuran 6 minit yang dikongsikan oleh akaun Tiktok eldazaiman yang menunjukkan rakaman yang meruntun jiwa sesiapa sahaja yang menonton.
Tonton video ini;
@eldazaimansemoga terus kuat anak²ku.. 🥺nangislah kalau dengan cara tu dapat legakan hati..😢mama tau bang ngah kuat..anak² mama semua kuat..mama & arwah abah syg semua dunia akhirat..jangan sedih sebab nanti mama pun sedih 🥺😭♬ original sound – eldazaiman
Menurut pemilik video, dia sebenarnya mahu memeriksa sama ada anak-anaknya sudah tidur atau belum apabila dia menyaksikan anak keduanya yang dipanggil Bang Ngah sedang menatap dan memeluk foto seseorang.
“Ingat nak check je anak-anak dah tidur ke belum. Tak sangka ini yang mama tengok. Sedih mama.”
Katanya lagi, foto tersebut adalah gambar arwah suaminya. Mungkin anaknya tidak dapat melelapkan mata, lalu mengeluarkan foto tersebut dari laci dan kemudian dihulurkan kepada adik kecil yang dipanggil Baby. Sambil menatap gambar Abahnya, dia turut dilihat seperti bercerita dengan Baby.
“Tengok gambar Abah sama-sama dengan Baby. Bagi Baby peluk gambar Abah.”
Anaknya dilihat cuba untuk tidur tetapi mungkin rasa rindu membuatkan dia sukar tidur. Kemudian Bang Ngah ambil semula foto Abah dari Baby untuk dicium dan dipeluk. Masih tak dapat tidur, Bang Ngah terus menatap foto Abahnya itu.
“Bang Ngah ni suka cerita kat Baby pasal Abah walaupun Baby tak sempat kenal sebab dia baru sebulan lebih masa tu. Sebab tu Baby selalu sebut pasal Abah walaupun tak sempat nak kenal, nak bermanja. Banyak benda dia tahu.”
Artikel Menarik: [Rawatan ‘Best’, Snek Pantang Sedap! Suraya Mother Care & Beauty Tawarkan Servis Terbaik]
Sambil melelapkan mata, tangan Bang Ngah masih erat memeluk foto Abah dan kemudian dia dilihat seperti sedang mengelap matanya.
“Still peluk gambar, tak tahu nak gambarkan betapa rindunya anak-anak dekat Abang.”
Masih sukar untuk tidur, Bang Ngah dilihat berkata sesuatu kepada Baby dan kemudian menangis tetapi segera dilap kerana tak mahu adiknya itu nampak. Foto Abahnya ditatap lagi sebelum Bang Ngah dilihat mengelap air matanya.
Artikel Menarik: [“Cinta Lahir Dari Hati.” Wajah Happy Isteri Disuap Suami OKU, Jelas Rasa Bahagia!]
“Mama dah tak tahan sedih dah masa tengok ni, Mama tahu banyak Abang Ngah pendam tapi tak cakap. Sungguh kadang-kadang Mama pun tak kuat sebenarnya. Jangan lupa selalu doakan Abah setiap kali habis solat. Mama dan abah sayang semua anak-anak dunia akhirat.”
Mengakhiri videonya, beliau mendoakan agar anak-anaknya dipertemukan dengan Abah mereka di ‘sana’ nanti. Difahamkan Allahyarham Zawawi bin Hj Mohd telah meninggal dunia pada Jun 2018 pada bulan Ramadan. Semoga ibu ini dan dan anak-anaknya terus diberikan kekuatan untuk menempuh ujian berat ini.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race!. Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/