Salah satu pengorbanan seorang isteri adalah ketika dia dengan rela mengandung dan melalui fasa kehamilan biarpun mungkin diuji dengan pelbagai cabaran. Sepanjang tempoh mengandung, seorang isteri akan melakukan yang terbaik bagi menjaga kesihatan diri dan bayinya.
Saat melahirkan adalah detik yang dinanti-nantikan biarpun dalam debaran. Seorang ibu pasti mahukan proses kelahiran yang lancar, asalkan bayinya dapat dilahirkan tanpa sebarang komplikasi.
Suami yang menemani si isteri melalui saat-saat getir itu juga pasti sentiasa membasahkan bibirnya dengan bacaan doa. Memohon agar isteri dan anaknya selamat melalui proses kelahiran. Menanti isteri bersalin adalah momen yang paling menakutkan buat seorang suami.
Hari ini, tular tentang status yang dimuatnaik oleh seorang suami di laman Facebook, Mohamad Sufian yang telah meruntun hati warganet.
Ads
“Selamat Berpantang di Taman Syurga syg.. Abg janji akan jaga harta yg syg bagi utk kami.. Alfatihah.”
Melalui perkongsian Karl_Capix65 (abang ipar kepada Nurzalikha Zaharin atau mesra disapa sebagai Ika) di akaun Tiktok pula memberitahu bahawa adik iparnya itu selamat bersalin pada 7 Mac yang lalu. Namun, pada 8 Mac 2023 adik iparnya telah meninggal dunia.
Menurut abang iparnya, Ika mempunyai komplikasi jantung dan dinasihatkan supaya tidak hamil. Namun, dia nekad untuk mengandung dan apa pun yang terjadi akan ditanggungnya sendiri. Dia sempat melihat wajah bayinya selepas bersalin.
Ads
Ika melahirkan bayinya itu pada 7 Mac dan pada malam 8 Mac, Ika akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir kerana serangan jantung.
Antara komen yang ditinggalkan warganet di Tiktok;
Ads
Semoga rohnya dirahmati dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Didoakan seluruh keluarga Mohamad Sufian juga reda dan terus tabah mengharungi ujian hebat ini.
Setiap kali tibanya bulan Ramadan, Bazar Ramadan Klebang Restu di Ipoh pasti meriah dengan pelbagai jenis juadah berbuka. Namun, ada satu gerai yang sentiasa menjadi tumpuan ramai gerai kuih talam hasil air tangan wanita berusia 71 tahun, Rahmah Hashim atau lebih mesra dikenali sebagai ‘Cik Mah’.
Menariknya, dalam tempoh kurang sejam sahaja selepas jualan dibuka, kuih talam beraneka jenis yang dijualnya laris terjual. Pelanggan setia dan pencinta kuih tradisional sanggup beratur awal demi mendapatkan kuih talam Cik Mah yang terkenal dengan rasanya yang asli dan memikat selera.
Resipi Sejak Usia 20-an Kekal Digunakan
Menggunakan resipi yang dihasilkan sendiri sejak usia 20-an, Cik Mah telah berniaga kuih talam selama lebih 40 tahun. Keunikan rasa dan tekstur kuih yang dihasilkan membuatkan ia sentiasa menjadi pilihan ramai, terutamanya ketika bulan Ramadan.
Menurut anak lelakinya, Ishammudin Isahak, 37, ibunya tetap mengekalkan cara penyediaan tradisional bagi memastikan setiap kuih talam yang dihasilkan tidak berubah rasa.
Pelbagai Jenis Kuih Talam Menjadi Tarikan
Di gerai kecilnya, Cik Mah menawarkan pelbagai jenis kuih talam. Setiap jenis kuih talam ini dihasilkan dengan penuh teliti bagi memastikan tekstur yang lembut serta keseimbangan rasa manis dan lemaknya yang menjadi kegemaran pelanggan.
Setiap tahun, kehadiran kuih talam Cik Mah di bazar ini menjadi sesuatu yang dinantikan oleh pelanggan setia. Ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk merasai keenakan kuih talam yang sukar didapati di tempat lain.
Dengan sambutan yang tidak pernah surut, kuih talam Cik Mah terus menjadi warisan rasa yang tidak lapuk dek zaman. Kepada sesiapa yang ingin merasai keunikan kuih talam asli, gerai Cik Mah di Bazar Ramadan Klebang Restu pastinya destinasi yang tidak boleh dilepaskan!
Betullah anak-anak ni penyeri hidup kita. Ada saja perkara yang mereka lakukan yang buat kita terhibur dan rasa bahagia. Sepanjang tempoh nak membesar ni, mereka suka explore dan belajar banyak perkara. Kalau ada adik-beradik, lebih banyak akalnya!
Sebuah video yang dikongsikan oleh @julianorazreen menunjukkan gelagat tiga beradik yang berebut-rebut nak makan asam jawa. mereka bertiga menyangka bahawa asam jawa itu adalah aiskrim.
“Bende jangan dilarang.. nak makan kite bagi.. suap sama rata..”
Dek kerana mereka mahu sangat makan asam jawa itu, si ibu pun menyuap setiap seorang anaknya. Yang kelakarnya, sebaik saja merasa asam jawa tersebut si abang dan kakak terus berlari ke dapur kerana tak tahan dengan rasa asam jawa yang masam.
Si bongsu hanya makan sedikit asam jawa tersebut dan mengatakan rasanya sedap. Apabila ditanyakan ibunya sama ada mahu makan lagi atau tidak, dengan pantas dia menggelengkan kepala.
“Ni bijak sikit ni. Ni budak yang bijak, makan sikit je. Sedap tak?.”
Ramai juga yang berkongsi kisah mereka tersilap mengganggap asam jawa tersebut sebagai sapuan kaya. Berikut komen yang ditinggalkan;
Melihat gelagat tiga beradik ni memang lucu. Memang tinggi harapan mereka nak makan aiskrim rupa-rupanya asam jawa. Mujurlah si bongsu makan sikit saja, tak adalah berlari macam kakak dan abangnya. Video ini telah mendapat lebih daripada 400,000 tontonan sejak ia dimuatnaik oleh ibu mereka.
Walaupun Covid-19 pulih sepenuhnya kelak, namun untuk membolehkan anak-anak kita ke sekolah semula sememangnya memerlukan masa. Kementerian Pendidikan (KPM) perlu memastikan wabak Covid-19 benar-benar sifar sebelum memutuskan sesi persekolahan dibuka semula. Ini semua bagi memastikan tahap kebersihan benar-benar berada pada garis sifar.
Mengambil contoh negara terdekat kita, Singapura yang cuba membuka sesi persekolahannya semula namun terpaksa akur untuk menutup semula kali kedua berikutan kes Covid-19 yang masih belum berakhir. Hal sebeginilah yang patut kita elakkan.
Melalui perkongsian Sinar Harian, menerusi temubual bersama Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd Azizee Hasan, aspek keselamatan dan kesihatan pelajar serta guru perlu diberi keutamaan bagi mengelak gelombang baharu Covid-19.
“Kami melihat tiada sesi persekolahan baharu dimulakan sehinggalah keadaan benar-benar pulih. Perkara ini mengambil masa sekurang-kurangnya dua hingga empat bulan termasuk satu bulan untuk proses penyah kuman dan nyah infeksi agar sekolah benar-benar bebas dari wabak bahaya ini,” katanya.
Malah katanya lagi, segala operasi mestilah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).
Beliau juga menyarankan pembelajaran digital perlu dioptimumkan dan dimaksimumkan seperti e-learning (google classroom/ WhatsApp/ Telegram/ EduWeb/ Cikgootube) serta meningkatkan akses penyampaian ilmu melalui siaran televisyen pendidikan (TV Okey) yang sedang dilaksanakan oleh KPM.
Katanya lagi, jika sesi sesi persekolahan dibuka seawal Jun, pihak KPM juga hendaklah mengutamakan pelajar dari kelas peperiksaan dan hanya berfokus kepada subjek-subjek yang memerlukan bimbingan guru terutama Sains dan Matematik.
Malah beliau juga menyatakan beberapa cadangan KPM termasuklah menjadikan dewan orang ramai atau tadika milik kerajaan yang dijadikan pusat pembelajaran supaya pergerakan murid terhad untuk 10 sehingga 30 orang. Namun semua ini masih lagi di dalam perbincangan.
Sebagai ibu bapa, walaupun terpaksa menjalani tempoh PKP namun teruslah berusaha menjadi pendidik buat anak-anak di rumah supaya masa mereka terisi di samping tidak mahu ketinggalan dengan pembelajaran mereka. Sebolehnya usahakan untuk berinteraksi dengan guru-guru di atas talian agar perkembangan pembelajaran anak tidak terabai.