Kebanyakan orang kata eloknya orang perempuan ni ada duit sendiri dalam tangan. Tak banyak pun tak apa simpanan tu, asalkan boleh digunakan dalam masa terdesak.
Mungkin bagi yang bekerja makan gaji atau pun buat bisnes kecil-kecilan tak ada masalah, cuma bagi yang tiada pendapatan tetap, simpanan sikit-sikit tu tetap boleh dilakukan jika pandai menyimpannya.
Menerusi perkongsian saudara Firdaus Shakirin yang banyak berkongsi ilmu rumah tangga, beliau mengupas kenapa pentingnya isteri ada duit sendiri. Bukan maknanya kita harapkan sesuatu yang buruk berlaku tetapi untuk kesenangan bersama.
Ada pendapatan boleh bantu ringankan beban suami
Baik dan bagus sekiranya isteri itu ada pendapatan bulanan. Tapi nawaitu untuk ada pendapatan itu bukanlah sebagai persediaan untuk ditinggalkan suami.
Ada pendapatan, untuk meringankan bebanan suami. Ada pendapatan untuk perbelanjaan kelengkapan sendiri. Ada pendapatan, untuk buat simpanan, beli aset dan kegunaan kemudian hari..Sekurang-kurangnya ada pendapatan untuk di hulurkan kepada orang tua sendiri.
Maka, tidak lagi perlu meminta-minta dari suami untuk kegunaan-kegunaan berikut sebab dah ada duit sendiri.
Persediaan sekiranya ditinggalkan suami itu tak perlu dibuat oleh seorang isteri bila awk dah pun buat perkara-perkara diatas. Secara automatiknya, jika berlaku sesuatu yang tidak di ingini, maka tiada apa yang awak perlu khuatirkan atau risaukan sebab awak dah lebih dari boleh untuk hidup tanpa seorang suami.
Bagi yang tiada pendapatan, janganlah terus risau
Dan bagi yang tiada pendapatan, jangan risau, jangan kelam kabut…Jangan esok terus cari kerja, jangan esok terus nak berniaga.
Allah SWT dah janji bahawa Dia akan mencukupkan sekiranya terjadi sesuatu kepada pasangan awak tu. Maka letak keyakinan anda pada Allah SWT.
Memang langit tak selalunya cerah, tapi selalukah kita berdoa untuk mintak hujan turun di tengah hari?
Perbaiki nawaitu, “Saya cari duit bukan sebagai persediaan untuk kehilangan suami…” InsyaAllah, hidup kita akan baik-baik sahaja.
Sumber: Firdaus Shakirin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI