Adat hidup berumah tangga, sesekali berselisihan faham itu normal. Berkongsi hidup pastinya menerbitkan rasa tidak puas hati sesama dua insan. Biarpun saling menyayangi, pasti akan bergaduh jua. Pergaduhan itu ada baiknya, supaya setiap pasangan saling mengenali dan menjadi lebih matang.

Sesekali bergaduh manja tiada salahnya agar kedua-dua saling meluahkan perasaan yang terpendam. Ia juga dapat menjadikan sesebuah perkahwinan itu lebih harmoni dan bahagia kerana suami tahu kemahuan isteri dan isteri pula sedar akan keinginan suami.

Artikel Menarik: [Suami Isteri Wajah Seiras Lebih Bahagia Dan Jarang Nak Bergaduh. Sweet Je!]

Pun begitu, janganlah selalu bergaduh. Pertengkaran yang berlanjutan atau semakin teruk kerana tiada kata sepakat untuk berbaik semula (ego masing-masing) menyebabkan rumah tangga tidak bahagia dan sentiasa ‘panas’.

Sesetengah pergaduhan melarat dan memberi kesna kepada hubungan suami isteri. Lebih dahsyat lagi, sehingga ia menggugat keharmonian sesebuah perkahwinan dan berlaku perkara yang tidak diingini (penceraian).

Setiap pasangan terutamanya yang mempunyai anak, berfikirlah secara matang. Fikirkan kesan jangka panjang dari perbuatan anda. Jangan sesekali membuatkan anak menjadi mangsa dan bertoleransilah sesama kalian berdua.

Artikel Menarik: [Tak Salah Suami Isteri Gaduh, Jadi Lebih Harmoni. Syaratnya, Jangan Maki!]

Jika rumah tangga anda tidak tenteram, asyik bergaduh sahaja bolehlah diamalkan petua ini. Tidak sukar dan boleh diamalkan oleh kedua-duanya. Hanya perlukan satu gelas air suam yang dicampurkan dengan secubit garam. Kemudian, dibacakan:

Al Fatihah 3x
Al Ikhlas 3x
Baca Surah Yusof ayat 1-6
Ya Latif 7x
Selawat 7x

Minumlah setiap hari, moga-moga dapat membantu pasangan anda yang panas baran untuk lembut hatinya. Untuk pasangan yang sering bergaduh tanpa sebab pun boleh amalkan, semoga ia membantu mengembalikan romantis seperti awal perkahwinan dahulu.

Artikel Menarik: [Suami Isteri Sama-Sama Angau, Macam Zaman Bercinta. Amalkan Doa Ini]

Sebaiknya dibuat dua kali sehari pada setiap pagi dan malam sebelum tidur. Buatlah dengan yakin, mudah-mudahan Allah SWT membantu untuk melembutkan hati suami dan isteri yang sering bergaduh untuk lebih mesra dan saling mencintai.

Sumber: Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin