Sehari Selepas Sambut Birthday, Kanak-kanak 12 Tahun Dicederakan Bapa Kandung!

Share

Kebiasaan sebagai seorang bapa, dia tidak akan menyusahkan anak-anak dan akan  memikul tanggungjawab untuk memastikan anak-anak sentiasa di dalam keadaan selamat dan serba serbi mencukupi.

Namun lain kisahnya apabila seorang kanak-kanak lelaki ini cedera akibat ditumbuk dan ditendang bapa kandung.

Insiden ini dilaporkan dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Perah dekat sini pada Ahad sebagaimana memetik Sinar Harian.

Lebih malang, kejadian menimpa kanak-kanak berusia 12 tahun itu berlaku selepas sehari mangsa menyambut ulang tahun kelahirannya.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, siasatan awal mendapati, pada Sabtu sekitar jam 6 petang, mangsa telah dibawa oleh ibu saudaranya balik ke rumah dengan alasan untuk menyambut hari jadi mangsa.

Menurutnya, kanak-kanak itu telah bermalam di rumah berkenaan dan akan dihantar pulang pada lewat petang keesokan harinya.

“Sekitar jam 5 petang pada Ahad, bapa mangsa telah datang ke rumah tersebut lalu terus menumbuk dan menendang bahagian belakang badan mangsa.

“Lelaki berusia 37 tahun itu juga bertindak melibas parang yang berada di tangannya hingga hampir mengenai mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

mengesahkan mangsa mengalami kecederaan tisu lembut pada bahagian belakang badan dan peha.

Katanya, polis yang menerima laporan kejadian itu telah berjaya membuat tangkapan ke atas suspek pada Isnin.

“Siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.

 

Published by
Mar