“Sehebat Mana Pun Kita, Dah Kahwin Air Tangan Isteri Tetap Suami Nak Rasa” – Tunku Azizah

Share

Ramai yang sedia maklum bahawa Tuanku Agong serta seluruh keluarga baginda kini menjalani kuarantin sehingga 9 April ini berikutan terdapat 16 orang staf istana disahkan positif Covid-19.

Berikutan situasi ini, hanya keluarga KDYMM Agong serta tiga orang pembantu sahaja yang berada di dalam istana ketika ini. Masing-masing hanya duduk di dalam bilik dan perlu dikuarantin buat sementara waktu untuk memastikan keadaan terkawal walaupun doktor telah mengesahkan yang lain-lain negatif Covid-19.

Sediakan sarapan untuk baginda Agong

Walau bagaimanapun, Permaisuri Agong, Tunku Azizah melalui instagramnya sentiasa memuat naik aktiviti yang baginda lakukan sepanjang tempoh kuarantin.

Biarpun terpaksa berada berasingan, itu tidak menjadi halangan buat baginda untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.

Baginda telah berkongsikan aktivitinya menyediakan sarapan pagi buat baginda Agong.

Sehebat mana pun, tanggungjawab kepada suami nombor satu

Menurut baginda lagi, ketika membuat sarapan pagi ringkas untuk baginda Agong, sarung tangan dan topeng penutup muka tidak pernah diabaikan.

Kongsi Tunku Azizah, sebagai seorang isteri, tidak kira bangsa, agama ataupun kedudukan, tanggungjawab kepada suami haruslah dilaksanakan. Jadi, menyediakan makanan buat pasangan adalah satu yang menyeronokkan buat dirinya.

Kagum cara Tunku Azizah

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, pengikutnya cukup kagum dengan cara Tunku Azizah dan menganggap baginda sebagai inspirasi buat wanita lain.

Bukan itu saja, Tunku Azizah juga turut memanfaatkan masa lapangnya sepanjang tempoh kuarantin ini dengan aktiviti mengait dan semua kagum dengan kreativiti yang ada pada baginda.

Tuanku Inspirasi Kami! 

Sumber : IG air tangan_tunkuazizah

Published by
Wan Amy