Pelakon Yatt Hamzah akui seronok melalui proses berpantang meskipun sudah kali keempat bersalin.
Menurut Yatt, meskipun tidak semua amalan berpantang tradisional dituruti, namun dia akui sejak melahirkan anak pertama dia tetap amalkan 10 perkara untuk kekal sihat dan cepat kembali langsing.
Hari Jumaat penghulu segala hari bersamaan 2 Oktober, pelakon, Fattah Amin akhirnya selamat menimang cahaya mata pertama selepas isterinya yang juga aktres Fazura melahirkan bayi perempuan sebentar tadi di sebuah pusat perubatan.
Berita gembira itu dikongsi Fattah menerusi Instagramnya dengan meluahkan rasa syukur atas kelahiran puteri sulungnya.
“Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini.
“Cahaya mata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga” tulisnya.
Kongsi nama dan gambar selepas 7 hari
Menurut Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, dia dan isterinya memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah.
“Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan. Salam sayang dari kami bertiga,” katanya.
Rata-rata rakan selebriti dan peminat turut meluahkan rasa syukur serta mengucapkan tahniah atas kelahiran zuriat terindah itu.
Sebelum ini pasangan tersebut berkahwin pada 27 November 2017 selepas dua minggu mengikat tali pertunangan.
Sumber: Fattahaminz
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setia ke hujung nyawa! Itu prinsip yang dipegang oleh seorang suami, Muhammad Saiful Sudin, 30, yang diuji dengan ujian besar dalam hidupnya setelah isteri koma lepas bersalin anak tunggal mereka hampir dua tahun lalu dan kini hanya terlantar kerana lumpuh.
Kisah Nor Fadillah Che Par, 29, dari Bachok, Kelantan pernah tular sebelum ini setelah penantian untuk menimang cahaya mata sulung bertukar peristiwa yang tak dijangka sama sekali sehingga anak lelakinya tidak dapat merasa susu ibu.
Lumpuh seluruh badan
Difahamkan ketika proses melahirkan anak tiba-tiba degupan jantung Nor Fadillah terhenti seketika semasa menjalani pembedahan. Mulai saat itu Nor Fadillah koma dan lumpuh seluruh badan hampir dua tahun setelah melahirkan anak sulung mereka pada 18 November 2018.
Sebelum disahkan lumpuh, Nor Fadillah koma selama tujuh bulan tanpa sempat menatap wajah cahaya mata sulungnya sejurus dilahirkan menerusi pembedahan.
Saiful akan sentiasa menyingkap memori lama mereka sebelum ini untuk pastikan Nor Fadillah kembali pulih.
Tenang jalankan tanggungjawab sebagai suami
Isterinya itu bukan sahaja tidak dapat bergerak, malah tidak mampu untuk bercakap dan hanya manghabiskan masa di atas katil sahaja. Sesekali jika ingin berinteraksi, Nor Fadillah akan menggunakan isyarat mata.
Sungguhpun begitu, Saiful tetap tenang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan menjaga Nor Fadillah dengan penuh kasih sayang.
“Setiap hari saya akan memberikan kata-kata semangat kepada isteri supaya dia sentiasa kuat untuk melawan penyakitnya dan kembali sembuh seperti biasa.
“Saya juga tidak putus-putus berdoa agar ALLAH memberikan kesembuhan semula kepadanya,” katanya.
Terdahulu Muhammad Saiful menerima kunjungan dari Kelab Volunteer i-Care (Vi-C) yang diwakili oleh bendahari, Saripah Ismail yang menyampaikan sumbangan almari, susu dan lampin pakai buang untuk kegunaan Nor Fadillah.
Rutin Syahmi akan mengucup ibunya setiap hari dan akan memanggil ibu
Anak akan kucup ibu setiap hari
Saiful berkata, bagi memperhebatkan lagi sokongan setiap hari dia akan menyuruh anak tunggal Muhammad Syahmi untuk mengucup ibunya.
Katanya, dia turut mengajar cahaya matanya itu memanggil ibunya supaya hubungan mereka menjadi lebih akrab.
“Walaupun Muhammad Syahmi masih kecil, dia seolah-olah memahami permintaan saya untuk sentiasa memberikan ciuman pada ibunya,” katanya.
Muhammad Saiful (kiri) menerima kunjungan dari Kelab Volunteer i-Care (Vi-C) yang diwakili oleh Saripah (dua dari kanan) yang menyampaikan sumbangan almari, susu dan lampin pakai buang untuk kegunaan Nor Fadillah.
Bergantung bantuan JKM
Muhammad Saiful berkata, dia kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan bulan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sumbangan adik-beradik dan orang ramai untuk meneruskan kelangsungan hidup selepas tidak dapat keluar untuk mencari rezeki.
Katanya, sebelum ini dia mengambil upah membuat pendawaian elektrik, namun disebabkan keadaan isteri sukar untuknya keluar mencari rezeki.
Dia berkata, setiap bulan dia memerlukan sekurang-kurang RM1,500 untuk perbelanjaan Nor Fadillah tidak termasuk Muhammad Syahmi yang dijaga oleh adik iparnya.
“Isteri juga perlu menjalani rawatan susulan untuk doktor melihat perkembangan tahap kesihatannya,” katanya.
Syahmi bertuah dikelilingi ahli keluarga yang mengambil berat dan menyayanginya walaupun tidak dapat belaian seorang ibu.
Muhammad Saiful berkata, sungguh pun tugas menguruskan isteri agak berat, namun dia lega apabila mendapat sokongan padu daripada ahli keluarga.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan di akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 030094-1-000-16-63-84 atas nama Muhammad Saiful Sudin.
Biasanya ramai ibu-ibu bila dah ada anak, bab kesihatan tak berapa dititikberatkan. Maklumlah dari celik mata sampai nak tidur, kerja rumah tak pernah habis. Tambah pula nak bagi perhatian pada anak-anak kecil lagi. Itu belum dikira ibu bekerja yang keluar rumah pagi-pagi, sampai rumah dah lewat petang.
Sebab itu orang kata pengorbanan ibu tak boleh digantikan dengan hadiah. Ibu sanggup buat apa saja asalkan orang yang dia sayang mendapat perhatian. Sehingga bab kesihatan diri, ibu buat acuh tak acuh.
Seperti kisah seorang ibu Ina Usor, di Group Kami Suri Rumah, beliau berkongsi pengalamannya yang bagaikan mati hidup semula selepas koma akibat mengalami sakit kepala teruk.
Sakit kepala teruk, pengsan dan muntah
Menurut Puan Ina, ibu kepada tujuh cahaya mata, sebelum ini hanya ingatkan sakit kepala biasa sahaja namun tak sangka ia hampir meragut nyawa dan anak-anak mungkin kehilangan seorang ibu.
Kejadian sebelum bulan Ramadan. Subhanallah bagai mati hidup semula. Allah bagi peluang kehidupan kedua. Koma seminggu, duduk dalam ICU 3 minggu. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Jangan main-main kalau anda mengalami sakit kepala yang teruk. Sebenarnya saya pun tak tahu ada penyakit brain aneurysm. Itu pun bila sakit kepala yang teruk, tiba-tiba pengsan dan muntah.
Maknanya pembuluh darah dalam kepala dah pecah. Alhamdullilah, pada Ramadan ke-2 dah dapat kembali bersama keluarga. Masa di ICU, selalu mohon agar dapat bersama anak-anak dan suami di bulan Ramadan. Akhirnya Allah makbulkan juga.
Bayi 7 bulan tak kenal wajah ibu
Cuma yang sedihnya apabila keluar dari hospital anak yang berusia 7 bulan tak kenal wajah saya. Menangis dia tengok saya. Mungkin kerana dengan rambut botak, mata sebelah kanan masih bengkak.
Syukur alhamudlillah, sekarang bila dah mula pulih, si kecil dah mau ikut saya. Doakan semoga saya sembuh seperti sediakala ya semua. Bila anak-anak selalu cakap nak ibu cantik dan boleh berjalan macam dulu-dulu, hati rasa sayu sangat.
Moga Allah terus beri keajaiban dan mengurniakan kesihatan berpanjangan untuk melihat anak membesar di depan mata. InsyaAllah!
Tindakan yang boleh kita buat apabila dipukul, dikasari dan dicederakan. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.